Julaibib Sahabat Rasullulah saw Yang Amat Disayangi

julaibib


Julaibib adalah merupakan seorang pemuda yang berasal dari Kota Madinah. Sifat fizikalnya yang rendah dan tidak menarik menyebabkan beliau kurang dikenali di Madinah. Namun, Julaibib ra adalah salah seorang sahabat Rasullulah saw yang amat disayangi oleh baginda Rasullulah saw. Disebabkan keadaannya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan beliau di kota itu. 

Julaibib juga seorang yang sangat miskin minum hanya beralaskan tapak tangan dan tidur hanya berbantalkan lengan, hanya tidur di masjid Nabawi. Apabila orang ramai melihat Julaibi ini orang menjadi takut tetapi Allah mengangkat martabat Julaibib ini.


Miskinnya Julaibib ini menyebabkan beliau hilang keinginannya untuk berkahwin.

Selepas peristiwa Hijrah , Baginda Rasullulah saw mengangkat martabat beliau dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku sebahagian daripada dia" . Malah atas usaha Baginda Rasullulah saw, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis yang baik dan solehah.

Puteri yang menyedari bahawa peminangan itu adalah peminangan Rasullulah saw untuk Julaibib maka puteri itu mempersetujuinya. Sekalipun peminangan itu tidak dipersetujui oleh orang tua puteri ini.

Seraya puteri itu berkata:"Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasullulah saw? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya. Bawalah aku kepada Rasullulah saw, nescaya beliau tidak akan menyia-yiakan ku....."

Lalu Rasullulah saw pun menikahkan Julaibib dengan puteri yang dipinang oleh Rasullulah saw dan terbinalah sebuah rumahtangga berdasarkan takwa dan redhaNya.

Lalu Rasullulah saw berdoa :


اَللّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمَا الْخَيْرَ صَبًّا وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهُمَا كَدًّا كَدًّا
"Ya Allah! Limpahkanlah kepada keduanya kebaikan dan janganlah jadikan kehidupan mereka susah"

Julaibib kerap mengikuti Rasullulah saw dalam siri peperangan bersama-sama mempertahankan islam. Julaibib telah terkorban dalam peperangan mempertahankan agama islam. Semasa para sahabat membacakan nama para syuhada yang syahid nama Julaibib tidak disebut kerana tidak dikenali ramai atau tidak terperasan Julaibib.

Mereka pun beramai-ramai mencari dan memeriksa diantara orang-orang yang terbunuh itu. Akhirnya mereka menjumpai mayat Julaibib di suatu tempat tidak jauh di sisi 7 orang musyrik. Julaibib sempat bertarung dengan 7 orang musyrik dan akhirnya terkorban. 

Mayat Julaibib dijumpai dalam keadaan terlungkup. Rasullulah saw berdiri memandang mayatnya Julaibib, lalu berkata: 
"Dia membunuh tujuh orang lalu mereka membunuhnya. Lalu Rasullulah mengangkatnya di atas kedua lengannya dan memerintahkan sahabat agar menggali tanah untuk menguburkan Julaibib. 

Setelah itu, mayat syuhada ini disemadikan oleh Rasullulah saw bersama-sama sahabat yang lain.
surahannurayat52

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Surah An-Nur ; 52) 

Jelas, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah SWT di sisi Rasullulah saw , walaupun beliau tidak dikenali daripada segi wajah,harta maupun pangkat namun beliau lebih mulia di sisi Allah SWT.
Previous
Next Post »

18 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
September 8, 2014 at 1:59 PM delete

Dizaman nabi pun sahabat tidak dihormati apatah lg ulama kita dizaman sekarang..

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
September 8, 2014 at 4:31 PM delete

Subhanallah, terima kasih m.selim, kisah di zaman Rasulullah saw ni masih banyak yg saya ketinggalan sehingga nama Julaibib ni pun baru terbaca di sini. Teruskan berkongsi.

Reply
avatar
Alynn Azman
AUTHOR
September 8, 2014 at 4:41 PM delete

Assalammualaikum ..mselim..anda ditag k..free bls lah..

http://alynnazfiz.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

first time dgr kisah ini, gud sharing..tq !

Reply
avatar
September 8, 2014 at 5:11 PM delete

allahuakbar, baru mama tahu kisah sahabat Rasulullah s.a.w. Syahod di jalan Allah, tinggi martabatnya.. subhanallah... terima kaaih atas perkongsian.. hebat sungguh beliau!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 8, 2014 at 8:13 PM delete

Kemiskinan tetap menjadi kayu ukur sehingga kini ...

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
September 8, 2014 at 9:59 PM delete

pertama kali puteri baca tentang kisah julaibib..memang menarik. Terima kasih kongsi kisah ni :)

Reply
avatar
Umie Amirain
AUTHOR
September 9, 2014 at 7:01 AM delete

Terima kasih berkongsi...biarlah hina di manusia tapi mulia pada Allah...itulah para sahabat Rasulullah s.a.w...

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
September 9, 2014 at 1:25 PM delete

Janji Allah untuk para syuhada..begitu tinggi kedudukannya disisi Allah. Thanks MS for sharing..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 9, 2014 at 2:09 PM delete

Kisah sejarah yang sangat menarik.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 9, 2014 at 2:16 PM delete

rasa sebak bila baca kisah sahabat Rasulullah SAW yg bernama Julaibib ni.. di mata manusia dia adalah bukan sesiapa.. tp disisi Allah, sgt tinggi darjatnya..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 9, 2014 at 2:44 PM delete

Assalam MSelim3;

Mmg patut kita semua tahu ttg kisah ni. T kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
September 9, 2014 at 11:54 PM delete

Assalamualaikum,
Antara Kisah2 sahabat nabi yang wajar diketengahkan. Pasti ramai yg tidak mengetahui kisah Jukaibib ini...perkongsian yg sgt baik!

Reply
avatar
nohas
AUTHOR
September 10, 2014 at 1:57 AM delete

Assalamualaikum..isteri Julaibib perempuan yg mulia..tidak memandang paras rupa, harta kekayaan serta taat pd Rasulullah...

selagi manusia mempunyai hawa nafsu, diskriminasi brdasarkan paras rupa, harta, keturunan, tetap ada, dari dulu, kini dan selamanya...dunia, dunia..

Reply
avatar
Tengkubutang
AUTHOR
September 10, 2014 at 4:14 AM delete

Wah.. terpukau membaca entri ini.. baru hari ni dengar nama Julaibib, antara sahabat Rasullah.. Alhamdulillah, walaupun Julaibib tak dikenali ramai kerana hanya orang biasa... namun dirinya bertuah kerana Rasullah menyayanginya..

Reply
avatar
randomlyally
AUTHOR
September 10, 2014 at 11:24 AM delete

Assalamualaikum, mselim3. Subhanallah... kisah yang menarik.. sejarah mengenai Julaibib jarang kedengaran..walaupun saya sbnrnya bersekolah agama selama 7 tahun. mungkin ada di sebut, tapi tak perasan.. terima kasih kerana berkongsi, mselim3.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 10, 2014 at 10:53 PM delete

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik... :)

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
September 11, 2014 at 11:36 AM delete

Inilah dia kehebatan berjuang di jalan Allah..terima kasih kongsikan..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon