Cara Solat Sunat Wuduk

wudhu
Wuduk Sebelum Solat 

Setiap kali apabila kita mahu solat samada solat fardu atau sunat ataupun membaca al-quran , kita terlebih dahulu diperintahkan agar membersihkan diri dengan cara yang disyariatkan iaitu dengan berwuduk. 



Solat Sunat Wuduk ini termasuk di dalam solat sunat 'muqayyad' iaitu solat sunat bersebab yang dikaitkan waktu dengan berwuduk. Sebab itu, solat sunat wuduk ini boleh dilakukan dalam waktu-waktu yang dilarang bersolat. Solat sunat wuduk ini dikenali dengan nama "Solat Syukur Wuduk". 

Daripada Abu Hurairah ra , Rasullulah saw bertanya kepada bilal r.a  pada waktu solat subuh: 
"Hai bilal ra ... ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di surga?
Bilal ra menjawab :"aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan kalau aku habis bersuci pada waktu malam atau siang, aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu. Sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk."
(Mutafaq'alaih) 


Rasullulah saw pernah menyebutkan bahawa apabila seseorang berwuduk dengan penuh keimanan (percaya) kepada janji Allah , maka gugurlah dosa-dosa kecilnya bersama titisan air wuduk yang jatuh ke bumi. Sesiapa pun akan merasa gembira apabila beban yang digalas selama ini dilepaskan. Demikianlah dengan perasaan orang-orang mukmin sekiranya dosa-dosa kecil yang ditanggungnya itu dapat dihapuskan. Maka sebagai tanda terima kasih, kita digalakkan agar kita mengerjakan solat sunat wuduk. Sebaik sahaja selesai wuduk maka segeralah berdoa : 

doalepaswuduk
Doa Lepas Wuduk
Lalu kita menuju ke tempat suci untuk mengerjakan solat sunat wuduk. Lafaz niatnya adalah seperti dibawah; 
Lafaz Niat Solat Sunat Wuduk
Maksuknya : Sengaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah ta'ala

Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah ; 

Rakaat pertama : Surah Al-Ikhlas 
Rakaat kedua : Surah An-Nas. 

Marilah, sesama kita memperbanyakkan solat-solat sunat semoga diampuni oleh Allah swt dosa-dosa kita yang lampau dan dimasukkan di dalam syurga dengan limpah dan kasih sayangNya.
Insaallah...  

Daripada; 
mselim3

9 Comments

  1. Assalammualaikum mSelim. Perkongsian yang baik dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. ooo..ada lagi bacaan lepas wuduk n berdoa tu
    nice sharing mselim
    insha Allah akan dipraktikkan nanti

    ReplyDelete
  3. terima kasih .. boleh mama merujuk sini nanti..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Alhamdulillah.. terimakasih Mselim

    ReplyDelete
  5. Solat sunat umpama pelampung buat kita. Semoga kita diberi kekuatan dan dipermudahkan utk melakukan solat2 sunat.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian en m.selim

    ReplyDelete
  7. terima kasih kongsi ilmu mselim..semoga jadi amalan buat kita semua..

    ReplyDelete
  8. Salam

    perkongsian ini amat penting untuk umat Islam

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3