Kisah Musa'ab bin Umair Seorang Syuhada Gugur di Uhud

mus'abbinumair


Seorang lelaki pada zaman jahiliyyah, kehadirannya dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Ini kerana minyak yang dipakai boleh dihidu daripada jarak yang sangat jauh.Pakaiannya adalah pakaian yang paling mahal pada masa itu di Makkah. Dia adalah jejaka ter'tampan' di Mekkah pada masa itu.

Dia adalah anak kesayangan seorang ibu yang memenuhi setiap keinginan yang diingini oleh pemuda ini. Setiap wanita yang melihatnya pasti akan tertawan kepada ketampanannya dan mengimpikannya.

Namun, lelaki ini matinya bermandikan diri, tanpa kedua belah tangannya serta kain jasadnya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasullulah saw menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya Sebagai Syuhada'
Rasullulah saw bersabda berkenaan Musa'ab :
"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia." 


Kisah Mus'ab bin Umair amat unik . Ini kerana di digelar 'Putera Makkah' kerana ketampanannya, tetapi apabila dia memeluk islam dia tidak teragak-agak meninggalkan semua kesayangannya. Dia adalah anak yang dicintai oleh ibunya, segala kehendaknya dituruti. Tetapi apabila Mus'ab memeluk islam segala kesenangan yang telah diberikan oleh ibunya ditarik balik. Baik pakaiannya yang cantik-cantik,wang saku, dan dia juga turut di pulaukan.


Namun, Mus'ab tidak mudah melatah dan merasa susah. Bayangkanlah daripada kehidupannya yang bermewah-mewah kemudian tiba-tiba susah. Bagaimanakah agak perasaan kalau terjadi pada kita? Tetapi Mus'ab tidak sesekali berpaling daripada islam walaupun kehidupannya menjadi susah. Ini kerana keyakinannya yang kuat pada islam iaitu jalan kebenaran , iaitu jalan yang membawa kepada Allah swt.

Bila taktik ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kepada kafir lalu ibunya mogok lapar sehingga ibunya nyawa-nyawa ikan iaitu hampir mati. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa seklipun, dan nyawa ibu keluar satu-satu saya tetap tidak akan keluar islam sama sekali."
siapakahmus'abbinumair

Mus'ab bin Umair adalah seorang anak yang taat kepada ibunya namun untuk meninggalkan agama Allah yang suci tidak sekali-kali. Begitulah kuatnya keimanan Mus'ab demi menegakkan syiar islam, sekali cinta kepada agama Allah berpatah balik kepada agama nenek moyangnya tidak sekali-kali. 

Mus'ab terus menukar gaya hidupnya jika dahulu masa kafir seorang yang memakai baju yang mahal-mahal dan terbaik kepada baju yang bertambal-tampal. Daripada memakai minyak wangi yang berjenama mahal sehingga boleh dihidu sekian jarak kepada bau badan lelaki biasa , dan daripada kulit yang cerah, tampan bergaya kepada kulit yang agak kasar kerana hidup dalam kepayahan dan tabah menghadapi dugaan sekalipun dipulaukan. 

Rasullulah menangis melihat pengorbanan Mus'ab yang tidak pernah berbelah bagi demi untuk agama islam. Hal ini menimbulkan kesedihan hati dan terharu melihat pengorbanan Mus'ab sehinggakan para sahabat pun turut menangis.Tiga tahun tiga bulan Mus'ab bersama Rasullulah diboikot sehinggakan makan daun kayu kering. Hati siapa yang tidak terharu?.

Namun Mus'ab tidak pernah menyalahkan islam sedikitpun, tidak pernah menyalahkan takdir kerana menjadi susah setelah mewah dalam kehidupannya. Lebih rela memilih kebenaran , tidak pernah mendengar keluh kesah atau menyesal kerana memilih islam.   
Kemudian Allah memuliakan Mus'ab kerana Rasullulah saw memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan menyampaikan syiar islam dalam berdakwah kepada penduduk Madianh memang tidak mengecewakan. Ini kerana hampir kebanyakkan penduduk Madinah pintu hatinya terketuk untuk menerima islam. 

Saad bin Muaz ketua kaum suku Aws pada zaman jahiliyyah agak marah dengan Mus'ab yang menyampaikan dakwah islam kepada penduduk Madinah. Dengan perasaan amarah didada Saad bin Muaz dia menarik baju Mus'ab mendekatkan anak panah pada leher Mus'ab. Dia menyuruh agar Mus'ab menghentikan dakwahnya kepada penduduk Madinah. 

Mus'ab tidak sesekali melinting dan menentang malahan berkata: 
"Apa kata kau dengar dahulu apa yang hendak aku katakan, jika kau suka kau boleh ikut jika tidak kau boleh pergi." 

Kelembutan dan ketenangan Mus'ab menyebabkan Saad bin Muaz tenang. Ketika Mus'ab berdakwah kepada Saad bin Muaz menjadi lembut hati untuk menerima islam. MasyaAllah .. begitulah Mus'ab dalam berdakwah. 

Rasullulah saw memuliakan Mus'ab dengan melantik Mus'ab sebagai Jeneral pembawa panji islam. Dalam peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur laksana 'singa yang kelaparan' melawan musuh. Oleh kerana dia pembawa panji islam, maka pihak musuh bersungguh-sungguh untuk menjatuhkannya. Lalu musuh menebas tangan kirinya sehingga terpotong, lalu Mus'ab menyambut panji islam dengan tangan kanannya, lalu musuh menebas tangan kanannya, maka tangan kanan Mus'ab pula terpotong. Mus'ab bin Umair sanggup mempertahankan panji islam yang mana merupakan atau mewakili maruah islam sehingga akhirnya tubuhnya dihujani anak panah yang mana menyebabkan Mus'ab bin Umair tewas atau terkorban sebagai pejuang islam yang mati syahid. 

Saat Syuhada Mus'ab bin Umair hendak dikebumikan , mayat-mayat para syuhada yang syahid akan ditutup dengan kain. Tetapi mayat Mus'ab bin Umair kain yang menutupi agak pendek atau singkat. Jika kain itu menutupi kepala maka kakinya terbuka begitulah sebaliknya. Melihat keadaan ini menimbulkan kesedihan di hati Rasullulah saw melihat keadaan Mus'ab. 

Selain Mus'ab bin Umair yang syahid terdapat beberapa orang sahabat yang syahid di medan peperangan uhud iaitu Saidina Hamzah, dan Hanzallah bin Abi Amir.

Akhirnya Rasullulah mengarahkan agar ditutup kepala Mus'ab bin Umair dan kakinya itu ditutup dengan daun kering. Begitulah kisah Mus'ab bin Umair, kisah para Syuhada yang syahid di dalam perperangan Uhud demi untuk menegakkan syiar islam di bumi ini.  

Author by : 
mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
March 1, 2014 at 9:38 PM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah.. sesuatu yg patut kita tahu & kenang utk kebaikan diri kita.. t kasih atas perkongsian ilmu ini ye.. :)

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
March 1, 2014 at 9:47 PM delete

Maha suci Allah... Demikian murni dan kuatnya keimanan Mus'ab bin Umair.. Rela berkorban kemewahan hatta nyawanya di jln Allah..

Reply
avatar
Zam
AUTHOR
March 2, 2014 at 12:18 AM delete

antara contoh tauladan terbaik :)

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 2, 2014 at 1:18 PM delete

hebat sahabat nabi ni..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 3, 2014 at 2:41 PM delete

memang hebat..antara kisah yang boleh kita jadikan teladan.

Reply
avatar
Jahirah
AUTHOR
March 5, 2014 at 8:16 PM delete

kisah yg penuh tauladan...boleh dicerita kepada anak2 kecil...hee saya yg dah besar ni sonok membaca kisah ni..:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon