Disebalik kejayaan Rasullulah saw dan para sahabat ada para pejuang wanita yang menyokong perjuangan Rasullulah dalam mempertahankan agama islam yang dicintai ini. Dia salah seorang pejuang wanita yang menyertai perajurit muslim dalam perang Khaibar. Riwayatnya dikeluarkan oleh Abu Nasai, dan Ibnu Abi Ashim. Rafi' bin Salamah meriwayatkan daripada Zlayyadh al-Asyja'i bahawa Ummu Zlayyadh akan keluar dengan Rasullulah saw dalam perang Khaibar bersama enam orang wanita lain.
Ketika Rasullulah saw mengetahui hal itu, baginda datang menemui mereka dan dengan raut wajah yang marah , baginda berkata:"Siapakah yang mengizinkan kamu keluar untuk berperang?"
Mereka menjawab,"Mereka keluar dengan membawa ubatan untuk mengubati mereka yang tercedera, mencabut panah daripada tubuh mereka, memberi makanan mereka dan turut berjuang sekuat tenaga kami di jalan Allah.."
Rasullulah saw menjawab,"Jika begitu berangkatlah"
Ketika Khaibar berjaya ditakluki Rasullulah saw membahagikan kurma kepada para pejuang wanita sebagaimana baginda membahagikannya kepada pejuang lelaki.
Daripada penceritaan ini jelas Rasullulah sentiasa melayani pejuang wanita sama macam pejuang lelaki tanpa ada membeza-bezakan antara pejuang lelaki dan wanita. Ini jelas wanita juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu peperangan dalam islam itu. Ini menunjukkan wanita juga adalah tulang belakang dalam kejayaan sesuatu peperangan itu dalam urusan pemberian ubat-ubatan, mencabut panah di badan pejuang lelaki dan memberikan makanan.
Sumber : 100 wanita disisi Rasullulah saw.
11 comments
Write commentsassalammualaikum mselim,
Replysungguh pun kudrat wanita ni tak sehebat kudrat lelaki utk bertungkus lumus berperang..mereka juga mampu menyumbang tenaga dlm hal yg lain kan..
Rasulullah melayan wanita dengan penug adab dan tidak meletaknya di kelas kedua, berbeza dengan kebanyakkan negara Islam hari ini, terutama di timur tengah atau asia barat
Replyalhamdulillah
Replyternyata wanita juga memainkan peranan penting di dalam membangunkan syiar islam..
ReplyAllahu Akbar... pkongsian yg sngat baik... tokoh1 yg plu dcontohi...
Replysatu perkongsian yang menarik dan hebat.. terima kasih memberi info begini.. suka beno mama membacanya... klik iklan satu kali..
ReplyAssalam MSelim3;
ReplySemoga beliau menjadi contoh & tauladan yg baik buat kita semua... aamiin..
Beraninya kaum wanita zaman dahulu..sanggup perjudikan nyawa utk membantu mengubati org lain
Replykaum wanita turut memainkan peranan..beraninya mereka. Semoga mereka menjadi contoh kepada kaum wanita sekarang :)
Replywanita di zaman Rasulullah sungguh berani.. :) kagum dgn kisah2 mereka..
Replyseronok baca kisah wanita solehah
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon