Ketika sedang berjalan, Ibrahin bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya lalu bertanya kepadanya,Engkau seorang hamba?"
Jawab Ibrahim :" Ya."
"Dimanakah tempat perkapungan yang terdekat?"tanya lelaki itu.
Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada dekat situ sambil berkata,"Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki."
Lelaki itu mundar sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata,"Aku menanyakan letak perkampungan mengapa kamu menunjukkan perkuburan kepadaku? Apa kamu hendak mempermainkan aku?"
Dengan penuh kemarahan , lelaki itu memukul kepala ibrahim.
"Pukullah kepada yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ,kata Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.
Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian itu diketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata:"Hai lelaki, tidakkah kamu tahu kamu baru sahaja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul kepala Syeikh Ibrahim bin Idham, seorang alim yang terkenal.
Mendengar penyataan orang ramai itu, lalu mengapa dia mengaku dirinya hamba.
Jawab Ibrahim, "Kamu tidak bertanya : "Engkau hamba siapa. Kamu hanya bertanya engkau seorang hamba. Kerana itulah aku menjawab "Ya" kerana aku adalah hamba Allah. Apabila kamu memukul kepala, aku telah berdoa agar Allah masukkan kamu ke dalam syurga."
"Bagaimana mungkin? Seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur hairan. "Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar . Jadi tidaklah layak jika aku masuk syurga kerana kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana."jelas Ibrahin bin Adham.Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, di dalam hatinya tidak terdetik rasa dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menzaliminya.
Rasullulah saw bersabda : "Takutlah doa orang yang dizalimi sekipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah (Riwayat Ahmad)
Rasullulah saw bersabda:"Sesungguhnya seorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.(Riwayat Abu)
Rasullulah saw bersabda :"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berundiang." (Riwayat At-Tarmizi)
Kredit : Sumber
11 comments
Write commentsmulianya..walaupon disakiti,dipukul sehingga berdarah masih mahu mendoakan ke syurga org itu...kita ptt contohi nya..
Replygood sharing
ReplyQudwah hasanah.. InsyaAllah sama2 tauladani..
Replyhanya mampu bersabar
Replyterkesan dengan ayat ini.... terima kasih.
ReplyRasullulah saw bersabda : "Takutlah doa orang yang dizalimi sekipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah (Riwayat Ahmad)
hatinya bersih ...
Replykisah yang mengisafkan diri.. Allahuakbar terasa diri ini banyak kelemahan lagi
ReplyAssalam.. t kasih diatas perkongsian ilmu, Mselim3.. :)
Replysikap seperti ini sepatutnya diamalkan oleh kita semua,
ReplyinsyaAllah akan ika jadikan pengajaran dalam hidup....
terima kasih mselim kongsikan kisah ni...
Doakan yang baik kpd mereka yg menyakitimu...
ReplyMampukah kita? Insyaallah...
ya.. aku juga seorang hamba kepada Allah.. tp apa jaa yg aku sudah lakukan??
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon