Kisah Isteri Khalifah Abbasiyah Harun ar-Rasyid - Zubaidah binti Ja’far

kisahkhalifahharunarrasyid

Pernah tak kita mendengar dengan istilah "Disebalik kejayaan seseorang bernama lelaki ada wanita atau isteri" yang mendokong dan sentiasa membantu dalam susah dan senang. Hal ini memang tidak dapat kita nafikan. Lihatlah kepada tokoh-tokoh wanita di zaman Rasullulah seperti Khadijah,Aisyah, dan lain-lain sangat menyokong perjuangan dan rela berkorban harta dan nyawa demi menegakkan syiar islam agar terus berkembang ke serata dunia.

Apa yang ingin dicukil dan dinukilkan disini adalah kisah pengorbanan seorang isteri kepada Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid. Tersentuh dengan pengorbanan isteri Khalifah Abbasiyah ini, marilah sama-sama kita lihat apakah pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dalam memartabatkan "Islam" di mata dunia.

Zubaidah binti Jaafar adalah isteri seorang Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Musol tahun 149H . Beliau telah berkahwin dengan seorang Khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid dan mempunyai seorang anak lelaki Al-Amin yang menjadi Khalifah selepas Ar-Rasyid. Zubaidah meninggal tahun 216H, dimakamkan di Baghdad pada usia 71 tahun. 

Beliau meninggalkan banyak jasa dan diantaranya adalah memiliki 100 pembantu wanita yang menghafal al-Quran sepersepuluhnya sedangkan ia menyemak di istananya bacaan mereka bagaikan pokok kurma. 

Dia juga adalah pemilik "Sumber Air Mata Zubaidah"kerana ia menyediakan bagi penduduk Mekah dan para jemaah haji Baitullah Al-haram. Imam Ibnu Jauzi bertutur:"Ia memberi minum penduduk Mekah pada ketika itu satu kolah (ukuran air itu) seperti satu dinar, ia mengalirkan air sejauh 10 batu yang membelah bukit sehingga air itu dapat mengalir dari sumber air mata ke tanah haram, mata iar tersebut dinamakan dengan "Mata Air Zubaidah" salah satu sumber mata air di daerah Mekah yang terletak di hujung lembah Nu'man sebelah timur Mekah. Projek ini menelan belanja sebanyak 1,000,700 dinar. 

Ibnu Jabir mengatakan dalam perjalanan ketika beliau membuat haji kebanyakan perhentian, perumahan-perumahan dari Baghdad samapai ke Mekah merupakan peninggalan Zubaidah Binti Jaa'far. 

Dalam perjalanan hidupnya sentiasa dirahmati Allah dan terdapat beberapa pengajaran yang harus diambil oleh wanita masakini yang ingin menjadi solehah. Allah telah menganugerahkan 3 kurniaan kepada wanita dan salah satunya Allah telah mengurniakan wanita ini dengan kecantikan yang amat mempersonakan. Zubaidah terkenal denga sebab kulitnya yang putih bersih. 

Keduanya Allah mengurniakan harta yang banyak hingga melimpah ruah dan dia mendermakannya hingga berjuta-juta ringgit. 

Ketiganya Allah mengurniakan dia kekuasaan kerana dia adalah putera Khalifah, isteri kepada seorang Khalifah dan ibu kepada seorang Khalifah. Beliau menjadikan semua itu hanya untuk Allah dan beliau juga memperdengarkan bacaan Al-Quran di istananya seperti gemersik pohon kurma. 

Beliau juga turut memberi sumbangan tanpa mengira pahalanya, semuanya adalah anugerah. Beliau juga turut mengalirkan air ke tanah haram yang disebabkan perbuatan tersebut ia mendapat pahala berganda-ganda. Beliau juga melakukan amal jariah sebelum meningal dunia. Alangkah mulianya wanita di zaman kerajaan Abbasiyah yang mempunyai keperibadian yang mulia, taat beribadat dan sebagainya. 

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
December 26, 2013 at 9:01 PM delete

Subhanallah...hebatnya wanita ini

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 26, 2013 at 9:06 PM delete

Subhanallah.. tak nak tuding jari.. melihat pada diri pon dah cukup..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 26, 2013 at 9:43 PM delete

kehidupan pada ketika itu sangat ringkas . jadinya , bila nak buat kerja amal , mrk tak fikir banyak . just do it .

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 26, 2013 at 10:38 PM delete

Suhanallah...besarnya anugerah Allah untuk dia!!!

Reply
avatar
Jejari Menaip
AUTHOR
December 26, 2013 at 11:02 PM delete

perkongsian yang baik..tq.:DD

Usha sikit:senandung semalam

Reply
avatar
December 27, 2013 at 12:51 AM delete

Subhanallah..besar jasanya untuk umat Islam

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 27, 2013 at 3:11 AM delete

Subhanallah.. perkongsian yg sgt baik & bermanfaat. Semoga membawa kebaikan buat semua.. aamiin..

Reply
avatar
December 27, 2013 at 7:00 AM delete

terasa diri teramat2 kerdil bila membaca segala pengorbanannya..

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
December 27, 2013 at 10:59 AM delete

Perkongsian yg berguna sbgai panduan dan peringatan...

Reply
avatar
December 27, 2013 at 1:51 PM delete

subhanallah.. satu perkongsian cerita yang membina semangat kepada yang membacanya .. tahniah!!..

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 27, 2013 at 4:06 PM delete

Wanita solehah utk lelaki soleh dan melahirkan anak2 yg soleh serta solehah...Betapa mulianya wanita ini.

Reply
avatar
December 27, 2013 at 11:56 PM delete

Ikhtibar buat perempuan2 Muslim ceritanya

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
December 30, 2013 at 11:51 AM delete

subhanallah, wanita yang patut dicontohi oleh kaum Hawa seperti ika :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon