Makruh Bersepatu Sebelah Tanpa Uzur Atau Mengenakan Sepatu Atau Terompah Dengan Berdiri Tanpa Uzur

gambar-terompah-mselim3

Perkongsian mselim3 kali ini adalah pasal hukum kita memakai sepatu,terompah,atau selipar sebelah tanpa ada keuzuran atau memakai sepatu,terompah atau selipar berdiri tanpa ada keuzuran.


Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasullulah saw bersabda :
"Janganlah seseorang di antara engkau semua itu berjalan dengan mengenakan sebuah terumpah sahaja. Hendaklah kedua-dua dikenakan semua atau hendaklah dilepaskan sajalah semua." 

Dalam riwayat lain disebutkan : 
"Atau hendaklah ditanggalkan saja keduanya itu~ misalnya di waktu yang satu putus dan lain-lain." 
(Mutafaq'alaih) 

Dari Abu Hurairah ra pula katanya :"Saya mendengar Rasullulah saw bersabda :
"Jikalau tali terumpah seseorang di antara engkau semua putus, maka janganlah berjalan pada yang satunya sehingga ia membetulkan keduanya itu." 

Dari Jabir ra bahawasanya Rasullulah saw melarang seseorang itu mengenakan terompahnya sambil berdiri. 
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan sanad hasan)

Halaman 1519-1520
Riyadhus Shalihin 
Imam Nawawi

pls: mselim3 betulkan sikit entry nie....

24 Comments

  1. mula mula tadi payah juga nak memahamkan tajuk entri tu mselim, tapi sekarang dah faham, terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. baru je tahu.. tq mselim utk infomasi ni.

    ReplyDelete
  3. asslammualaikum mselim3,
    thanks share pasal ni..lagi 1 kan,niesa pernah terbaca org post kot pasal tak boleh pakai selipar sebelah lain dan sebelah lain..betul ke?

    ReplyDelete
  4. ada hikmah Rasulullah S.A.W melarang berselipar sebelah sahaja...untuk mengelakkan fitnah tempang / gila...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana berkongsi mselim....

    ReplyDelete
  6. syukur alhamdulillah... setakat hari ini belum lagi kasut terputus di tengah jalan...

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg bagus ni tq yer.. done nuffnang juga !

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas entri yang menarik :) peringatan untuk diri ini

    ReplyDelete
  9. Pengalaman selipar putus tu tak pernah lagi la sewaktu pulang dari masjid/surau ni. Tapi kalau hilang tu, dah selalu sangat. Haha

    ReplyDelete
  10. tak pernah kena lagi, kalau kena mesti berkaki ayam...nasib baik dalam kereta banyak kasut....nice sharing......

    ReplyDelete
  11. knpa ye? sebab kesihatan ke mcm mne?

    ReplyDelete
  12. ooo rupanya yumida pun baru tahu
    isi tabung nuffnang sini-darlie

    ReplyDelete
  13. menarik topik ni, boleh kupas lagi dengan lebih mendalam :)

    ReplyDelete
  14. pelik sebenarnya klu pakai sebelah jer kan . baik kaki ayam terus ...

    ReplyDelete
  15. pengetahuan baru untuk aiza.. terima kasih mselim..

    ReplyDelete
  16. salam muslim.
    terima kasih pkongsia.. saya pun tak tahu.. selama ni :)

    ReplyDelete
  17. Assalam.. t kasih MSelim3 diatas perkongsian peringatan ini.. semoga membawa kebaikan buat semua..

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum...kekawan semua . Terima kasih sudi visit mselim3 budi kekawan x dapat mselim3 membalasnya. Perkongsian ini sebenar nya melalui pembacaan. Insaallah kalau ilmu baru boleh kongsi dengan kekawan k. Jika ada kekawan yg ingin menambah boleh silakan....percambahan fikiran. .. kalau di forum boleh ulas lagi detail. Insaallah kalau ada ilmu di forum nanti kongsi kat sini..

    mselim3

    ReplyDelete
  19. salam mselim...terima kasih berkongsi , sy pon baru tahu.

    ReplyDelete
  20. Info yang sangat berguna, tambah ilmu :)

    ReplyDelete
  21. Astaga..Abak selalu juga buat macam ni... terima kasih atas pekongsian ini.

    ReplyDelete
  22. Islam menjaga kita disegenap segi sampai perkara2 kecil

    ReplyDelete
  23. Baca tajuk agak tak faham, bila ika baca isi entri baru faham. Tajuk tu agak mengelirukan laa mselim.
    Ni jika terputus semasa di masjid saja atau di mana-mana ye mselim? Kalau mengikut fahaman ika, boleh diaplikasikan di mana-mana je kan? Sebab bukan di masjid saja selipar atau kasut kita rosak, terputus dan sebagainya.

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3