Hukum Orang Muslim Masuk Gereja?

gereja-st.paul-di-melaka

Pertanyaan : 

Bolehkah orang muslim memasuki gereja lama atas tujuan melancong? Bolehkah memasukinya sekiranya atas tujuan menghadiri majlis perkahwinan mereka?


Jawapan 
Syeikh Atiyyah Saqr menjawab adapun memasuki gereja atas tujuan melancong, maka tiada dalil yang menegah. Bahkan sebahagian tabiin mengharuskan solat di dalamnya, antaranya al-Sya'bi , Ata' dan Ibn Sirin. Begitu juga terdapat sebahagian sahabat yang solat di dalamnya antaranya Abu Musa al-Asy'ari. 

Al Bukhari berkata :"Ibn Abbas pernah solat di dalam bi'ah yang ada patung. Umar pernah menerima surat dari Najran yang melaporkan bahawa penduduk di sini tiada tempat yang paling bersih dan baik berbanding bi'ah (gereja).
Lalu Umar membalas surat itu :"Basuhlah dengan air campuran daun bidara dan solatlah di situ."

Manakala dinukilkan pendapat daripada Ulama Hanafi dan Syafie bahawa makruh solat di dalamnya secara mutlak.

Atas asas ini, masuk bukan dengan tujuan solat tidak haram seperti untuk menyaksikan majlis perkahwinan dan takziah kematian. Dan syarat yang asasi adalah tidak melakukan sebarang upacara keagamaan yang bertentangan syariat. 

Walau bagaimana yang lebih patut ialah tidak memasukinya melainkan ada keperluan seperti demi menjaga hubungan baik dengan rakan atau jiran, ataupun sebagai mencegah berlaku sesuatu yang tidak diingini . 

Sumber : 

Mausu'ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Syeikh Atiyyah Saqr

22 Comments

  1. perkongsian yang bermanfaat,
    ika ada kawan yang belajar architecture di luar negara, antara salah satu kajiannya di sana ialah mengkaji seni binaan gereja,
    kesian juga sebab dia selalu kena kutuk sebab masuk gereja :/

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. t kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  3. Senang cerita, kalau takda apa-apa keperluan yang mendesak, elok tak payah masuk. Betul tak? Hehe

    ReplyDelete
  4. Fiza pun rasa tak salah dengan syarat jgnla ikut apa yang dorg lakukan.. tp kalau boleh elakkan la.. kalau tetiba je nak masuk gereja mmg pelik..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. akhirnya Abak jelas tentang hukum ini..sebelum ni cuma tahu solat didalam gereja hukumnya makruh... Rupanya kita boleh masuk dan lihat upacaranya..

    ReplyDelete
  6. nice share.. tu la, rasanya x de masalah kalau sekadar masuk..

    ReplyDelete
  7. terima kasih mselim untuk perkongsian nie

    ReplyDelete
  8. Idah pernah masuk kuil hindu... hadiri majlis perkahwinan seorang sahabat.. :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum mselim3.

    Terima kasih dengan perkongsian yang sangat berguna ne.Cik pernah di jemput oleh rakan untuk menghadiri perkahwinan merka.Sebab cik masih ragu2 ,asa tu cik tak datang..Majlis kat dewan baru cik datang..

    ReplyDelete
  10. ramai yang masih tidak tahu termasuk aiza.. terima kasih di atas perkongsian ini mselim.. ilmu baru untuk aiza..

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah , sangat bagus entri ini ..ramai yang tak tahu nie ..perlu di sebarkan

    ReplyDelete
  12. kalau tidak ada ilmu, susahlah kita..terima kasih perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  13. ooo..yumida baru tahu
    klo xde urusan better xyah masuk kan mselim
    melainkan klo de undangan, tu pun mcm kata atas yg mselim ckp, utk jaga perhubungan

    ReplyDelete
  14. Terima kasih share. Dah lama Farah tertanya persoalan ni :-)

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian ini ... amat bermanfaat pd semua

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg bagus...semoga kita semua dpt memanfaatkan ilmu bru nih...

    ReplyDelete
  17. salam jumaat bro muslim..
    perkongsian yg bgus.. sbab saya pun x brapa tahu hukum berkenaan perkara ini :)

    ReplyDelete
  18. Tak salah. Sedangkan banyak sekolah dalam negara kita pun didirikan atas gereja.

    ReplyDelete
  19. nice info...banyak perkara yang kita perlu tahu dan faham.....

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum mselim3,
    perkongsian yg saat bermanfaat.. :)

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3