Solat Sunat Tawaf

tawaf-kaabah

Ibadah tawaf terbahagi kepada dua iaitu tawaf wajib dan tawaf sunat. Bagi orang yang mengerjakan kedua-duanya disunatkan supaya mereka solat sunat dua (2) rakaat apabila selesai tujuh (7) kali mengelilingi Kaabah. 

Solat sunat ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja di sisi Kaabah tetapi sebaik-baiknya ialah di Makam Nabi Ibrahim atau di Hijir Ismail. 

Lafaz niatnya : 
"Sahaja aku solat sunat tawaf dua (2) rakaat kerana Allah taala."

Selapas baca Surah al-Fatihah :

Rakaat pertama - baca surah Al-Kafirun 
Rakaat kedua - baca surah Al-Ikhlas.

Sesudah salam, bacalah doa ini :

Doa-Selepas-Solat-Sunat-Tawaf
Maksudnya : 

"Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku dan pebuatanku yang terang , maka Engkau terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunilah dosaku.
Ya Allah Ya Tuhanku,"Sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku memohon keredhaanMu dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Engkaulah yang menolongku di dunia dan akhirat , maka matikanlah daku di dalam islam, dan himpunkanlah daku beserta orang-orang yang soleh. 
Ya Allah Ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat mulia (dosa) melainkan Engkau ampunkan . Janganlah Engkau biarkan kesdihan hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan. 
Mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan. Ya Allah Ya Tuhan , matikanlah kami dalam islam dan hidupkanlah kami dalam islam dan sertakan kami bersama-sama orang orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana." 

Jika berpeluang dan mempunyai masa pergilah berdiri di pintu Kaabah yakni tempat yang bernama Multazam dimana tidak di tolak permohonan hambannya yang berdoa di sini. Berdoalah dengan doa ini : 


Maksudnya :

"Ya Allah , Ya Tuhan yang mempunyai Bait al-Atiq (Baitulah) , merdekakanlah diri-diri kami diri-diri ibu bapa kami, saudara-saudara kami dan anak pinak kami daripada neraka. Ya Allah yang mempunyai kemewahan kemurahan, kelebihan pemberian dan belas kasihan, Ya Allah, banyakkanlah akibat baik dalam segala urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab neraka. 

Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak hambaMu, berdiri dihadapan pintuMu, merendahkan diri di hadapanMu dan takutkan azabMu. Wahai Tuhan yang qadim dalam berbuat kebajikan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu supaya Engkau muliakan sebutan namaku,gugurkan dosaku,bersihkan hati, terangkan kuburku, ampunkanlah dosa-dosaku dan aku bermohon kepadaMu darjat-darjat yang tinggi di dalam syurga, Amin ." 

Sumber :

Buku "Solat-Solat Sunat"
Halaman 58-61  
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Affy Afiqah
AUTHOR
October 10, 2013 at 2:11 PM delete

teringin nak pergi ke sana, bila laa agaknya :)
terima kasih mselim3 atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni~

macam mana pula adab2 kita semasa di mekah? apa yang kita boleh buat, dan apa yang kita tak boleh buat di sana?

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
October 10, 2013 at 2:26 PM delete

mselim..bilalah kita dijemput untuk menjadi tetamu Allah...teringin rasa nak menjejakkan kaki ke sana..

Reply
avatar
October 10, 2013 at 3:14 PM delete

seronoknya kalau dapat menjadi tetamu Allah, mudah-mudahan diberi kekuatan untuk melakukan pelbagai ibadah nanti sama ada sunat atau wajib.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 10, 2013 at 6:28 PM delete

nice sharing mselim
sumber maklumat yg berinformasi buat mereka yg bakal mengerjakn haji n umrah

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
October 10, 2013 at 9:32 PM delete

Salam mselim3
Semoga tercapai impian utk ke Mekah. Banyak dugaan jemaah haji tahunini, semoga segala urusan mereka dpermudahkan dan beroleh haji mabrur...Insyaallah.

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
October 11, 2013 at 9:26 AM delete

Assalammualaikum...terima kasih bebanyak kepada kekawan yg visit mselim3 di sini.

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
October 11, 2013 at 9:28 AM delete

Assalammualaikum...afiqah,

sebenarnya perkongsian ini adalah tentang cara menunaikan solat sunat tawaf di mekah.. insaallah untuk pasal adab2 ketika di sana dan apa yg perlu dibuat akan mselim3 kongsikan next entry k...

mselim3

Reply
avatar
Zizie Zack
AUTHOR
October 12, 2013 at 7:31 PM delete

Assalamualaikum.. belum ada rezki lagi untuk ke sana.. terima kasih atas perkongsian..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon