Bagaimana Rasullulah Saw Rukuk?

rukukcararasullulah

Rukuk ialah salah satu satu rukun solat yang dilakukan hanya sekali dalam setiap rakaat. Sebelum melakukan rukuk , Rasullulah saw terlebih dahulu mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu atau daun telinganya sambil bertakbir. Sesudah menurunkan semula tangannya ke bawah, baginda pun membongkokkan tubuhnya ke hadapan , iaitu ke arah kiblat. 


Baginda meletakkan ke dua belah tangannya pada kedua lututnya dengan jari jemarinya diregangnya dan baginda tidak merapatkan sikunya kepada perutnya. Baginda ratakan belakangnya dengan kepalanya. Baginda tidak menundukkan kepalanya ke bawah dan tidak pula mendongak ke atas. 

Baginda kekal dengan keadaan begitu seketika (toma'ninah) sementara baginda mengucapkan tasbih mengangungkan Allah. Baginda ulangi ucapan tasbih itu sebanyak 3 kali : 
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dengan Segala Kepujian-Nya"


Dalam Sahih Muslim dari Ali ra disebut bahawa Rasullulah saw pernah juga membaca dalam rukuknya : 
"Ya Allah, aku rukuk kepada engkau dan aku beriman kepada-Mu,pendengaranku,penglihatanku,tulangku dan  urat sarafku tunduk kepada Engkau"

Dalam satu riwayat , lamanya Rasullulah saw rukuk adalah kira-kira selama membaca tasbih 10 kali.


Daripada Muawiyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
إن هذه الصلاة ، لا يصلح فيها شيء من كلام الناس ، إنما هو التسبيح ، و التكبير ، و قراءة القرآن


"sesungguhnya solat itu tidak patut dicampuri kata-kata manusia sedikitpun kecuali tasbih, takbir dan bacaan al-Quran." (Riwayat Muslim)

Manakala saat rukuk dan sujud pula:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

ألا وإنى نهيت أن أقرأ القران راكعا أو ساجدا فاما الركوع فعظموا فيه الرب واما السجود فاجتهدوا فى الدعاء فقمن أن يستجاب لكم

"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika sedang ruku' dan sujud. Ketika sedang ruku; maka agungkanlah Tuhan. Dan ketika sedang sujud, maka bersungguh-sungguhlah kamu berdoa, kerana pada saat itu doa lebih mudah dimakbulkan." (Riwayat Muslim)


أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي قال : وأقل كمال الركوع أن يضع كفيه على ركبتيه فإذا فعل فقد جاء بأقل ما عليه في الركوع حتى لا يكون عليه إعادة هذه الركعة وإن لم يذكر في الركوع لقول الله عز وجل { اركعوا واسجدوا } فإذا ركع وسجد فقد جاء بالفرض ، والذكر فيه سنة اختيار لا أحب تركها وما علم النبي صلى الله عليه وسلم الرجل من الركوع والسجود ولم يذكر الذكر فدل على أن الذكر فيه سنة اختيار


....Imam al-Syafi’e telah berkata:
“Sekurang-kurangnya rukuk yang sempurna itu hendaklah meletakkan kedua-dua tapak tangannya atas kedua-dua lututnya. Apabila dia telah berbuat demikian, maka terhasillah rukuk yang paling minimum sehingga tidak perlu baginya mengulangi raka’at walaupun dia tidak bezikir dalam rukuk itu berikutan firman  : “Rukulah kalian dan sujudlah kalian.” [1]. Apabila dia telah rukuk dan sujud maka terhasillah kefardhuan (rukun solat) sedangkan zikir dalamnya (rukuk dan sujud hanyalah) sunnah ikhtiyar. Daku tidak suka meninggalkannya.
Dan Rasulullah pernah mengajarkan seorang lelaki tentang sujud dan rukuk dan tidak menyebutkan zikir[2], menunjukkan bahawa zikir dalamnya (solat) ialah sunnah ikhtiyar.”[3]

[1] Al-Hajj: 77

[2] Al-Bukhari (783); Hadith ini terkenal dengan “Hadith Orang Yang Buruk Solatnya” dalam hadith ini Rasulullah mengajarkan lelaki tersebut (Khallad bin Rafi’) cara solat yang baik. Apabila rukuk dan sujud, Baginda hanya memerintahkan thoma’ninah sahaja (dalam riwayat lain thoma’ninah dan meluruskan belakang dengan sempurna). Riwayat-riwayat lain tentang hadith ini semuanya tidak menyebutkan zikir ketika rukuk dan sujud.

[3] Al-Umm (255/2); tahqiq dan takhrij: Dr Rif’at Fauzi Abd al-Mutthalib.

قال الإمام النووي عند حديث ابن عباس السابق : ( واعلم أن الذكر في الركوع سنة عندنا وعند جماهير العلماء ، فلو تركه عمداً أو سهواً لا تبطل صلاته ، ولا يأثم ولا يسجد للسهو. وذهب الإمام أحمد بن حنبل وجماعة إلى أنه واجب ، فينبغي للمصلي المحافظة عليه للأحاديث الصريحة الصحيحة في الأمر به ، كحديث: ( أما الركوع فعظموا فيه الرب ) وغيره مما سبق ، وليخرج عن خلاف العلماء رحمهم الله ، والله أعلم ) انتهى من كتاب الأذكار للنووي


Telah berkata Imam al-Nawawi pada hadith Ibn ‘Abbas yang lalu:
“Ketahuilah bahawa zikir dalam rukuk sunat di sisi kami (Mazhab al-Syafi’e) dan di sisi jumhur ‘ulama’. Jikalau ditinggalkan secara sengaja atau terlupa tidaklah membatalkan solatnya, tidak berdosa dan tidak perlu sujud sahwi. Telah bermazhab al-Imam Ahmad bin Hambal dan sekumpulan (‘ulama’) bahawasanya (zikir ketika rukuk dan sujud itu) wajib. Maka hendaklah bagi orang yang bersolat menjaganya (sentiasa melakukannya) kerana adanya hadith-hadith yang jelas lagi sahih memerintahkan hal itu. Seperti hadith: “Adapun rukuk itu maka hendaklah kalian mengagungkan dalamnya Tuhan.” Dan hadith-hadith lain sebagaimana yang disebut terdahulu, dan untuk keluar daripada khilaf ‘ulama’. Wallahu a’lam.” Tamat (kalam Imam al-Nawawi) daripada Kitab al-Azkar oleh al-Nawawi.

Zikir سبحان ربي العظيم dalam rukuk dan سبحان ربي الأعلى dalam sujud sahih lagi jelas sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Hudzaifah رضي الله عنه .
Namun hadith yang menetapkan bilangan zikir tersebut sebanyak tiga kali terdapat kritikan padanya. Seperti hadith riwayat Imam Abu Daud:


حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ مَرْوَانَ الْأَهْوَازِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ وَأَبُو دَاوُدَ عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ يَزِيدَ الْهُذَلِيِّ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَكَعَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ وَإِذَا سَجَدَ فَلْيَقُلْ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى ثَلَاثًا وَذَلِكَ أَدْنَاهُ 


Daripada Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه, Rasulullah  bersabda:
"Apabila rukuk salah seorang daripada kamu maka katakanlah sebanyak tiga kali سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِdan itulah yang paling minimum. Dan apabila sujud maka katakanlah سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى tiga kali, dan itulah yang paling minimum."

1. Kata Imam Abu Daud setelah meriwayatkan hadith ini: هَذَا مُرْسَلٌ عَوْنٌ لَمْ يُدْرِكْ عَبْدَ اللَّهِ : "Hadith ini mursal, 'Aun tidak pernah bertemu dengan 'Abdullah (bin Mas'ud)."

2. Imam al-Tirmidzi juga meriwayatkan hadith ini dengan kata-kata: حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمُتَّصِلٍ : "Hadith Ibn Mas'ud ini isnadnya tidak bersambung."

3. Imam al-Syafi'e dalam al-Umm mengisyaratkan kedha'ifan hadith ini dengan kata-kata: إن كان هذا ثابتا : "Jika (hadith) ini thabit......."

Penentuan Bilangan Zikir dalam Sujud dan Rukuk daripada Salaf al-Soleh

1. Athar riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa'i daripada Anas bin Malik رضي الله عنه :


مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْبَهَ بِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ هَذَا الْغُلَامِ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ قَالَ فَحَزَرْنَا فِي الرُّكُوعِ عَشْرَ تَسْبِيحَاتٍ وَفِي السُّجُودِ عَشْرَ تَسْبِيحَاتٍ

"Tidak pernah aku melihat seorang pun (pada ketika itu) yang solatnya menyerupai solat Rasulullah (selain) daripada pemuda ini yakni 'Umar bin 'Abd al-'Aziz. Beliau turun rukuk (dengan) sepuluh tasbih dan dalam sujudnya sepuluh tasbih."

2. Imam al-Tirmidzi setelah membawakan hadith Ibn Mas'ud di atas, beliau berkata:


وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّونَ أَنْ لَا يَنْقُصَ الرَّجُلُ فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ مِنْ ثَلَاثِ تَسْبِيحَاتٍ وَرُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ أَسْتَحِبُّ لِلْإِمَامِ أَنْ يُسَبِّحَ خَمْسَ تَسْبِيحَاتٍ لِكَيْ يُدْرِكَ مَنْ خَلْفَهُ ثَلَاثَ تَسْبِيحَاتٍ وَهَكَذَا قَالَ إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

"Dan telah beramal dengan (hadith) ini di sisi ilmuwan, mereka suka sekiranya seseorang itu tidak mengurangkan dalam rukuk dan sujud daripada tiga tasbih. Dan telah diriwayatkan daripada (Imam) 'Abdullah bin al-Mubarak bahawasanya beliau telah berkata: "Aku menyukai agar imam (solat) bertasbih lima kali supaya sempat yang di belakangnya (makmum) tiga tasbih." Demikian jugalah pendapai Ishaq bin Ibrahim ( Imam Ibn Rahawaih)."

3. Imam al-Syafi'ie dalam al-Umm juga menyukai agar bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud dilakukan sebanyak tiga kali:


إن كان هذا ثابتا فإنما يعني والله تعالى أعلم أدنى ما ينسب إلى كمال الفرض والاختيار معا لا كمال الفرض وحده وأحب أن يبدأ الراكع في ركوعه أن يقول سبحان ربي العظيم ثلاثا


Allahu a'lam.......

Sumber Rujukan 

Buku "Solat Rasullulah" 
Halaman 46-47
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
April 16, 2013 at 9:38 AM delete

sebuah perkongsian yang sangat2 bernilai..
jazakallahu khair akhi mselim3..

~walaupun sering didengari. Namun khazanah sebegini takkan sesekali jemu untuk dibaca mahupun didengari..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2013 at 9:54 AM delete

Salam Selim,

Terima kasih perkongsian ilmu.

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
April 16, 2013 at 11:18 AM delete

Salam, Terima kasih. Panduan yang jelas dan terperinci. Semoga sembahyang kita bertambah sempurna.

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
April 17, 2013 at 1:22 PM delete

perkongsian yg sgt berguna...

Reply
avatar
April 18, 2013 at 10:26 AM delete

Semoga bertambah sempurna ibadat kita... =D

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon