Hikmah Pengharaman Sutera Ke Atas Kaum Lelaki...

hikmahpengharamansutera


Sebenarnya islam telah mengharamkan sutera dan emas ke atas kaum lelaki itu dengan maksud dan tujuan mendidik mereka dengan suatu moraliti yang tinggi lagi mulia. 



Sebab islam itu adalah adalah agama perjuangan dan kekuatan, yang patut sekali menjaga keperwiraan lelakinya daripada segala macam bentuk kelemahan , patah hati, dan kerendahan moral. Orang lelaki ada keistimewaan dalam bentuk anggotanya , tidak seperti wanita. Lelaki tidak wajar untuk bertanding dengan wanita yang ayu, menghias diri dengan emas dan bermegah-megah dan memakai sutera pada anggota badannya seperti wanita. 

Kemudian, disana ada juga tujuan sosial di sebalik pengharaman ini. Pengharaman emas dan sutera bagi kaum lelaki adalah suatu program yang diletakkan islam untuk memerangi segala rupa hidup bermewah-mewah, kerana kemewahan hidup itu dalam kaca mata Al-Quran adalah teman kemerosotan moral yang kerap mengancam umat manusia kepada kebinasaan dan kemusnahan . 


Ia juga sebagai lambang tidak adanya keadilan sosial , dimana pada kebiasaannya golongan segelintar manusia yang hidupnya serba mewah memaksakan kehendaknya ke atas golongan manusia banyak yang hidup melarat. Sebab itu juga merupakan semacam musuh terhadap semua perutusan dan ideologi kebenaran yang membawa saranan hidup yang baik dan sempurna . Al-Quran telah memberikan petunjuknya dalam permasalan ini berbunyi : 





"Dan apabila kami hendak menghancurkan sesuatu kampung , maka kami akan perbanyakkan orang-orang yang bergelimang kemewahan padanya, lalu mereka pun akan memperbuat kejahatan di dalam kampung itu, dan berhaklah ke atas kampung itu ketetapan kami , lalu kami pun menghancurkan kampung itu dengan sehancur-hancurnya." (surah al-isra' : 16)

Dalam firman Allah yang lain: 

"Dan tiadalah kami mengutus kepada sesuatu perkampungan dengan seorang utusan yang membawa pengancaman kami , melainkan berkatalah orang-orang yamg bergelimang dengan kemewahan : Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang diutuskan kamu dengannya. " 

Untuk menyesuaikan manusia dengan kerohanian al-Quran , maka Nabi saw telah mengharamkan kesemua lambang-lambang kemewahan di dalam hidup seorang muslim. Sebagaimana yang Nabi saw telah mengharamkan ke atas kaum lelaki dan kaum wanita sekaligus pemakaian alat-alat rumah tangga dari pinggan mangkuk dan selainnya yang diperbuat daripada emas dan perak. 

Sesudah semua ini, maka di sana suatu pandangan yang bersifat ekonomi yang patut dipertimbangkan pula, iaitu emas dan perak itu adalah jaminan international bagi matawang negara, maka tidaklah wajar memakainya sampai kepada alat-alat rumah tangga, seperti pinggan mangkuk , ataupun memakainya untuk perhiasan lelaki . 

Petikan : 

Buku " Halal dan Haram Dalam Islam" 
Dr.Yusuf Al-Qardhawi 
134-135 
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
MissyMia
AUTHOR
January 17, 2013 at 1:51 PM delete

namun tak ramai org islam especially kat Malaysia ni tau kan? harap2 post wak menyedarkan mereka. :)

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
January 17, 2013 at 3:05 PM delete

Tp ada jugak sesetengah orang lelaki yg masih memakai emas

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
January 17, 2013 at 6:20 PM delete

tapi masih ada lelaki islam yg memakai emas

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
January 18, 2013 at 4:09 PM delete

Setiap yg ditegah dlm Islam pasti ada sebab musababnya

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 18, 2013 at 9:58 PM delete

ramai orang lelaki islam pakai emas sekarang ni..memang nak kena laknat di allah..

Reply
avatar
TRAVELOG ATEH
AUTHOR
January 19, 2013 at 11:12 PM delete

skng da nampak lelaki yg memakai sutera terutamanya batik sutera. emas pun ada sebilangan darinya....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon