KISAH BILA ULAMA BERSEDEKAH PADA .........

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya. Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terping-pinga.

"Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar . Siapakah yang mampu menunaikan hajatku?"tanya sang murabbi pada seluruh muridnya . 

Salah seorang murid Syeikh menjawab dengan penuh adab,"Hajat apakah wahai tuan guru ?khabarkan kepada kami , moga kami mampu untuk menunaikannya tuan guru ." 

Sang guru menarik nafas lega dengan perlahan seraya berkata,"Aku punya sikit harta yang ingin aku sedekahkan , adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?"

"Kami bersedia membantumu wahai tuan guru untuk mengagihkan harta ini"jawab murid tersebut dengan semangat. 

"Bolehkah Tuan guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan ?"seorang murid lain bertanya dengan lanjut. 

"Hartaku ini akan aku serahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian "jawab Tuan Guru dengan tenang . 

Keadaan menjadi bingit , masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini . 

"Aku sudah mengagak bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. kalu begitu tidaklah mengapa . Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya,"Tuan Guru menjawab dengan tenang. 

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut . Maka mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan warak ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu . 

"Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan kepadanya bahawa ini adalah sedekah daripadaku (nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati Allah ,"Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut. 

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahanTuan Guru perlu dilaksanakan . Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut. 

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya. 
"Assalammualaikum, maafkan saya mengganggu , saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah swt. 

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan warak tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghela nafasnya. 


Masing-masing ternanti-nantikan apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut . Keesokkannya paginya, sesuatu yang mengejutnya telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah datang beramai-ramai menunaikan solat suboh di Masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan . Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan. 



Ini adalah merupakan karamah yang Allah swt kurniakan kepada Tuan Guru yang alim dan warak ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut. 

Tuan Guru yang dimaksudkan disini adalah al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah taaala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah. Beliau digelar "khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin" yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka . Mula mengarang kitab ketika umurnya belum pun sampai 20 tahun. 

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu,sarf,balaghah,mantiq,fikh dan lain-lain. Menurut Syeikh al-Allamah mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 H) , Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya. Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat. 

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai umur 30 tahun beliau mula mengajar sahih bukhari di masjid al-sadat. Ini juga dilakukan tanpa melihat sedikitpun . Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya. 

Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah. Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskan termasuk ilmu perubatan,hikmah-hikmah ,falsafah dan lain-lain . 

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah ialah , mampu untuk memahami apa yang disampaikan , bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu , malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh . Ini kerana keikhlasannya yang tinggi ketika menyampaikan pengajian . Beliau juga digelar Quth al-Zaman (wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu) dan Mujaddid pada zaman itu . 



Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.......

Kredit : rileksantai.com
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
October 8, 2012 at 5:49 PM delete

Bagus strategi Tuan Guru tu untuk insafkan para pelacur tu na..

Reply
avatar
Alal
AUTHOR
July 23, 2018 at 6:58 PM delete

Terasa sebak membaca kisah pengajaran ni.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon