Ibadah Korban dan hikmahnya.

ibadahkorbandanhikmah
Sembelihan

Istilah Sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah. Maksud sembelihan ialah sembelihan binatang yang halal dimakan mengikuti lunas-lunas syarak dan syarat-syarat tertentu. 


Hikmah Disyariatkan Sembelihan


Sembelihan dan bangkai merupakan dua istilah yang berbeza di mana hukum memakan bangkai adalah haram dan ianya diketegorikan sebagai najis. 

Justeru sembelihan membezakan antara yang halal dan yang haram atau dalam erti kata lain sembelihan dalam hukum syarak merupakan pembeza yang mutlak antara kedua-duanya. 

Sembelihan menjamin kesihatan orang memakannya kerana ianya menyucikan binatang yang disembelih itu daripada darah dan seperti mana yang kita maklum darah diketegorikan sebagai najis. 

Kematian binatang dengan cara dicekik atau dilanggar akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam tubuh haiwan tersebut dan boleh menyebabkan orang memakan haiwan(bangkai) tersebut mendapat penyakit. 

Jenis-Jenis Sembelihan 

Sembelihan dibahagikan kepada 3 bahagian: 

1-Al-Zabhu 
Memotong batang leher sebelah atas haiwan yang boleh ditangkap oleh manusia untuk disembelih dengan syarat-syarat tertentu. 

2-Al-Nahru 
Memotong batang leher sebelah bawah haiwan dan disunatkan menyembelih haiwan seperti unta.

3-Al-Aqru
Sembelihan yang dilakukan secara darurah (terpaksa) dengan cara mencederakan haiwan tertentu (pada mana-mana bahagian badannya ) dengan kecederaan yang membawa kepada kematian haiwan yang disembelih. 

Al-Aqru juga salah satu cara menyembelih binatang yang liar(yang boleh dimakan) dan tidak boleh ditangkap oleh tuannya. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud; 

"Sesungguhnya binatang-binatang ini memiliki sifat binatang liar , apabila ia mengatasi kamu maka lakukannya terhadap seperti ini."
[Hadis riwayat al-Buhhari (5190) dan muslim (1968) daripada Rafi'bin Khudaij ra]

Syarat Sah Sembelihan 

Syarat Penyembelihan 
1-Islam atau ahli kitab 
Ahli kitab atau salah seorang datuk neneknya menjadi ahli kitab sebelumnya berlaku penyelewengan terhadap kitab tersebut. 

2-Sembelihan hanya diniatkan kerana Allah swt atau dengan nama Allah swt. 

*Anak dalam kandungan 
__________________

Sekiranya binatang yang disembelih itu mempunyai kandungan anak di dalam perutnya, maka halal dimakan daging anak binatang tersebut dengan syarat anak itu mati dengan kematian ibunya. 

Syarat Binatang Sembelihan 

1-Penyembelih dapat menangkap haiwan yang tidak mengalami kesakitan dan kecederaan sebelum disembelih. 

2-Putuskan urat halkum dan urat merih . 

3-Memotong sekali gus dengan cepat 

Syarat Alat Sembelihan 
alatsembelihankorban

1-Alat tersebut mestilah tajam dan diperbuat daripada besi,tembaga,timah,kaca,batu,dan yang seumpamanya. 

2-Tidak menggunakan gigi atau kuku sebagai alat menyembelih. 

Perkara-Perkara Sunat Sebelum Sembelihan . 

1-Memotong urat di tepi batang leher dan mengelilingi halkum. 
2-Menajamkan alat sembelihan. 
3-Binatang yang hendak disembelih itu perlulah dibaringkan di sebelah rusuk kirinya. 
4-Menghadap Kiblat. 

Korban 

Korban bermaksud hampir . Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 11,12,dan 13 Zulhijah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah swt. 

Dalil yang menerangkan tentang ini ialah ; 
(surah al-Kausar;2) 
"Maksudnya : Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah."

Hukum korban ialah sunat maukkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti islam,sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat waktu penyembelihan itu dilakukan. 

Binatang Yang Disyariatkan Untuk Korban 

Bintang yang hendak dikorbankan mestilah mempunyai ciri-ciri tidak cacat , tidak sakit,tidak buta,tidak berkurap,manakalah jenis binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut ; 
1-Kambing biri-biri yang berusia satu tahun ke atas
2-Kambing biasa yang berusia dua tahun dan ke atas
3-Unta yang berusia lima tahun ke atas
4-Lembu atau kerbau yang berusia dua tahun ke atas

Syarat-Syarat Orang Yang Ingin Melakukan Ibadah Korban 
1-Islam 
2-Baligh dan berakal 
3-Berkemampuan 

Hikmah Disyariatkan Korban

1-Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail as.
2-Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah swt 
3-Menambah rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan. 

Petikan : 
Buku "Indahnya Hidup Bersyariat"
Dato Ismail Kamus
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
October 25, 2012 at 3:22 PM delete

Tq atas penerangan terperinci ni yek...banyak y M baru tau..

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
October 25, 2012 at 3:32 PM delete

ape jua yg dianjurkan islam pasti ade hikmahnye kan.salam aidiladha buat selim sekeluarga :D

Reply
avatar
sayang
AUTHOR
October 25, 2012 at 5:13 PM delete

salam 'aidil adha lah ye :D semoga hari esok lebih baik dari hari nih..

Reply
avatar
safiah sokher
AUTHOR
October 27, 2012 at 9:38 AM delete

saya dari SEGMEN: Jom tingkatkan follower sampai lebam. Ok,tau benda dah lama.
1st-TQ sebab follow.
2nd-Sorry lambat sebab takde internet connection.Ahakssss. PEACE
3rd-Follow anda balik ^^

Reply
avatar
RuMaH TuA
AUTHOR
October 27, 2012 at 2:31 PM delete

Salam aidiladha.
Moga Allah kasih dirimu. ^^,

Reply
avatar
October 29, 2012 at 10:55 AM delete

salam aidil adha..

wah nice sharing kak..

follow sini:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon