SEKIRANYA KAMU BANYAK MENGINGATI MATI PASTI KAMU TIDAK BANYAK KETAWA......

bayiketawa

Suatu ketika Rasulullah S.A.W dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan orang yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yang saya lihat ini"


"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat-ulat ".

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Drpada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yang paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "

Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
September 6, 2012 at 2:46 PM delete

tq berkongsi sesuatu yg bagus ye

Reply
avatar
September 6, 2012 at 10:05 PM delete

Salam ustaz..Selamat hari raya. maafkan saya lama rasanya tak beri komen..tapi saya sentiasa ke blog ni ustaz. Antara blog kegemaran saya ni...

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
September 7, 2012 at 3:34 AM delete

Moga2 kita diberikan pengakhiran yang baik oleh Allah...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon