MAZHAB AHLI SUNNAH WALJAMAAH

mazhabahlisunnah


Empat Imam Besar iaitu Imam Ahmad bin Muhamad bin Hanbal ( Mazhab Hanbali ), Imam Muhamad bin Idris atau Imam Syafie ( Mazhab Syafie ), Imam Abu Hanifah ( Mazhab Hanafi ) dan Imam Malik ( Mazhab Maliki ) harus diketahui riwayat hidupnya Ahli Sunnah Waljamaah oleh umat Islam hari ini . 



Empat Imam Besar ini menjadi terkemuka kerana mereka ulama bebas yang tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula berasa terhutang budi kepada sesiapa ( pemerintah ) . 

Perbezaan pendapat di kalangan mereka hanya berkisar kepada furu' atau cabang hukum agama yang berhubung dengan urusan muamalat atau yang berkait dengan kepentingan masyarakat . Keempat mazhab tidak berselisih dalam urusan pokok agama kerana mereka tetap berpegang kepada Al-Quran , hadis dan sunnah rasul-Nya . 


Keempat imam besar ini sama-sama menentang amalan bidaah atau yang menyeleweng daripada ajaran islam . Mereka juga tidak memaksa pengikutnya supaya bertaklid kepada mazhab masing-masing tanpa menyelidik nas yang yang diambil bagi merumuskan sesuatu fatwa atau masalah . 

Imam Syafie contohnya menasihatkan pengikutnya supaya tidak teragak-agak menolak pendapatnya jika ada nas daripada Al-Quran atau hadis yang sahih berlawanan dengan pendapatnya . 

Timbulnya mazhab-mazhab itu apabila umat islam tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadis pada masa itu . Maka tampil Imam Hanafi, Imam Maliki ,Imam Syafie dan Imam Hanbali memimpin umat islam . Keempat-empat mazhab besar itu semuanya berpegang pada akidah Ahli Sunnah Waljamaah . 

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud, " Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya akan berfikrah umatku sebanyak 73 fikrah . Hanya satu masuk syurga dan yang lainnya masuk neraka . Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasullulah, baginda menjawab Ahli Sunnah Waljamaah .

Petikan : 
Buku " Imam-Imam Yang Benar "  

4 Comments

  1. salam kenal, TQ, sudi singgah laman KA ye, dah follow u 342, selamat hari raya !

    ReplyDelete
  2. huh semoga kita terhindar dari fahaman2 yg mnyeleweng.ape2 pn berpegang le pd Al Quran dan hadis.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. Salam Aidifitri....

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3