Kisah Syuhada Yang Dapat Berbicara Dengan TuhanNya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah Syuhada Yang Dapat Berbicara Dengan TuhanNya- Sahabat ini bernama Abdullah bin Umar bin Huram ia adalah seorang yang syuhada yang diberikan kelebihan bercakap dengan TuhanNya. Ini adalah merupakan kelebihan yang sangat luar biasa. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah ra ia berkata:"Aku bertemu dengan Rasulullah saw beliau bertanya kepadaku :"Wahai Jabir apakah gerangan yang membuatmu nampak muram durja?" 


Aku menjawab:"Wahai Rasulullah , bagaimana tidak ayahku telah gugur dalam pertempuran, sedangkan beliau meninggalkan anak-anak masih kecil dan hutang.

Lalu Rasulullah saw bersabda :"Apakah engkau ingin aku beritahu apa yang ditemui ayahmu dihadapan Allah SWT?

Aku menjawab :"Sudah tentu Ya Rasulullah.

Maka Rasulullah saw bersabda :"Tidak pernah sekalipun Allah SWT berbicara dengan seorang manusia kecuali dari sebalik tabir atau hijab dan bertuah sekali bagi ayahmu. Allah SWT berbicara secara langsung kepadanya tanpa ada hijab. Lalu ayahmu berkata :"Ini yang aku harapkan dan ia berkata :"Ya Allah hidupkan aku kembali sehingga aku boleh merasai nikmat terbunuh dijalanMu sekali lagi.


Lalu Allah SWT berfirman : "Bahawa sesungguhnya telah aku tetapkan bahawa mereka tidak dapat kembali lagi.

(13) Rasulullah saw bersabda :"Lalu turunlah ayat yang bermaksud :


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; ."( Surah Al-Imran ayat 169)


(13) Hadis Shahih diriwayatkan oleh Ahmad :3/361, Tirmidzi :3010, Ibnu Majah :190, Ibnu Hibban :9/83,
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
March 24, 2016 at 2:52 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Malang sekali pada zaman ini perjuangan jihad telah dicemari dengan sengaja oleh musuh2 Islam sehingga hampir hilang keindahannya..:(

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 24, 2016 at 3:37 PM delete

Besarnya nikmat ganjaran untuk para syuhada

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 25, 2016 at 2:36 PM delete

WAALAIKUMUSALAM. SINGGAH DARI http://jmbelog.blogspot.my/. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN.

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 29, 2016 at 11:22 AM delete

terima kasih JM datang visit mselim3.

mselim3

pls; insaallah nanti mselim3 visit balik

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 29, 2016 at 11:31 AM delete

waalaikummusalam... SP,

Jihad nie meluaskan kan maksud nya.. :). Musuh islam lemah andai umat islam bersatu seperti zaman rasulullah dan sahabat2... Insaallah satu hari nanti umat islam akan bersatu dan bangkit ..menentang musuh2 islam.

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
March 29, 2016 at 11:34 AM delete

Insaallah.... mommavogue,

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon