Aku Memohon KemuliaanMu Yang Tidak Pernah Habis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

berdoa

Aku Memohon KemuliaanMu Yang Tidak Pernah Habis- Ibnu Abi ad-Dunya berkata :"Ada seorang sahabat Ansar yang biasa dipanggil dengan nama nama Abu Mughlaq. Ia adalah seorang pedagang yang warak lagi alim. Beliau memakai modalnya sendiri untuk berdagang dipelbagai tempat untuk mencari rezeki..


Suatu hari seperti biasa beliau keluar berdagang. Tapi didalam perjalanan ia ditahan oleh seorang perompak yang mengancam untuk membunuhnya dengan parang seraya perompak berkata :"Serahkan semua yang kamu bawa ! Aku ingin membunuhmu."

Ia berkata :"Apakah kamu hanya menginginkan nyawaku atau hartaku? Tidakkah harta lebih penting bagimu?

Perompak menjawab :"Soal harta jelas ia akan menjadi milikku tidak ada lagi yang aku inginkan setelah itu selain membunuhmu."

Aku berkata :"Jika seperti itu mahumu, biarkanlah aku solat empat rakaat sebentar."

Bentak perompak :"Cepatlah!"

Abu Mughlaq pun berwuduk dan mendirikan solat empat rakaat . Di akhir solatnya beliau berdoa dengan berkata :"Wahai Zat yang dicintai, Wahai Zat Pemilik 'Arasy yang Agung, Wahai Zat yang melaksanakan apa yang diinginkan. Aku memohon kepadaMu dengan kebesaran dan kemuliaanMu yang tidak pernah habis dan dengan KuasaMU yang tidak pernah kurang dan dengan cahayaMu yang memenuhi seluruh penjuru ArasyMu. Jagalah diriku daripada keburukan dan kejahatan perompak ini ! Tolonglah hambuMu ini Wahai Zat yang melapangkan kesusahan ! Tolonglah hambaMu ini ( ia mengulanginya sebanyak 3 kali ) . 


Tiba-tiba ada seorang penunggang kuda yang tidak dikenali berdiri dihadapannya dengan membawa sebatang tombak . Ketika itu juga, penunggang kuda itu menghampiri perompak dan terus menusuknya dengan tombaknya sehingga perompak itu mati. Setelah itu, penunggang kuda menghampiri pedagang itu seraya berkata :"Bangunlah"

Pedagang bertanya :"Siapakah kamu?

Lalu ia menjawab :"Saya adalah malaikat penghuni langit keempat. Ketika kamu berdoa dengan doamu tadi saya melihat pintu langit bergetar. Kemudian aku mendengar doamu kali kedua penghuni langit huru-hara. Kemudian ketika aku mendengar doamu yang ketiga , dikatakan kepadaku :"Ini adalah doa orang yang sedang berada didalam kesusahan. Aku pun meminta kepada Allah SWT untuk menolongmu untuk membunuhnya."

Kisah ini dipetik daripada "Kisah Motivasi Hidup Tenteram & Bahagia"

Terima Kasih membaca entry ini > Aku Memohon KemuliaanMu Yang Tidak Pernah Habis ini .
Daripada blogger ; http://mselim3.blogspot.my

Pls : Sunat berdoa diulang-ulang sebanyak 3 kali.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
March 30, 2016 at 4:17 PM delete

Assalamualaikum mselim. Lama dah saya tak singgah sini.
Moga hidup kita semua sentiasa diberkati. Aamiin.

Reply
avatar
March 30, 2016 at 11:48 PM delete

timm pun lma xsinggah sini :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 31, 2016 at 9:57 AM delete

Subhanallah ka :)
makasih artikelnya untuk menambah pengetahuan

oh iya ka tlg bantu komen blog sya dong untuk penilaian di sekolah . thanks ya

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon