Masjid Al-Musallah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Masjid Al-Musallah
Masjid Al-Musallah 


(Dikawasan inilah dilaksanakan hukuman qisas)

Masjid Al-Musallah yang sekarang dikenali Masjid Al-Ghamamah terletak disebelah selatan Madinah iaitu berhadapan dengan Pasar Tamar sekarang. Warnanya kelabu dan berkubah putih. Ia mendapat namanya sebagai Al-Musallah yang bererti tempat solat kerana Rasulullah saw mengerjakan solat hari raya disekitar kawasan terbuka di Al-Manakha dan kemudiannya menjadikan kawasan masjid ini sebagai tempat khas solat hari raya. 


Telah sabit riwayat mengatakan bahawa Rasulullah saw telah melakukan solat hari raya di beberapa tempat kawasan ini kemudian Rasulullah saw mengekalkan tempat ini untuk solat hari raya dan juga solat istisqa (solat minta hujan) . 

Berhampiran dengan masjid ini terdapat dua buah masjid yang lain. Masjid Abu Bakar As-Siddiq ra dibin salah satu tempat musallah Rasulullah saw dan dinamakan Masjid Abu Bakar ra kerana beliau telah melakukan solat hari raya di tempat berkenaan semasa pemerintahannya. Sementara sebuah lagi masjid Ali bin Abi Talib ra juga telah dibina disalah satu tempat musallah Rasulullah saw. Di tempat tersebut Saidina Ali ra telah menunaikan solat hari raya sewaktu pemerintahan Saidina Uthman bin Affan. 

Adapun solat hari raya diadakan di luar masjid ialah kerana umat islam digalakkan membawa bersama mereka semua keluarganya samada tua, muda, kecil dan besar. Al-Waqidi berkata :"Solat hari raya yang pertama dilakukan oleh Rasulullah saw ialah pada tahun kedua Hijrah (624Masihi) .

Abu Hurairah meriwayatkan:"Setiap kali Rasulullah saw melalui Al-Musallah Baginda akan menghadap ke arah kiblat dan berdoa." 

Tambahan : 

Dinamakan Al-Ghamamam (Awan) kerana diriwayatkan bahawa setiap kali Rasulullah saw bersolat di kawasan tersebut awan akan sentiasa menaungi Baginda daripada terikan cahaya matahari. 


Menurut Al-Wakeel , nama Al-Ghamamah tidak ada asalnya. Mungkin sesetengah orang terkeliru di antara awan yang datang memayungi Rasulullah saw sewaktu berjalan di tengah padang pasir dengan solat ditempat yang tidak beratap lalu menamakannya sedemikian. 

Berdekatan dengan Masjid Musallah ini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Usman Zi-An-Nurain. Masjid ini dibina oleh Syeikh Usman Sadaqah Khasyaqji di awal abad 15H dan tidak termasuk dalam masjid bersejarah. 

Tidak jauh dari tempat itu ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Bilal. Masjid ini dibina oleh Syeikh Mohd Husin Abu Al-Ula pada awal abad 15H juga tetapi bukan masjid bersejarah. 

Sumber : 
Masjid-Masjid Bersejarah Di Madinah. 
Daripada http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih membaca artikel Masjid Al-Musallah ini .
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
December 3, 2015 at 2:01 PM delete

WAALAIKUMUSSALAM.
JALAN2 http://jmbelog.blogspot.my/2015/01/blogger-mselim3blogspotcom.html

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
December 3, 2015 at 2:11 PM delete

terbaik saudara ku Meslim..teruskan dakwah bogger

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 3, 2015 at 2:18 PM delete

Terima kasih JM....

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 3, 2015 at 2:19 PM delete

Terima kasih juga etuza yang tak putus2 menyokong mselim3..

mselim3

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 3, 2015 at 4:31 PM delete

Terima kasih mselim berkongsi info ini...alhamdulillah..

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
December 4, 2015 at 7:19 AM delete

Asalam ..selawat dan salam ke atas nabi ju njungan..nabi yang menjadi role model sepanjang zaman..subahanallah ..memng indah tiap masjid yang di bina..melihat masjid tenang hati kita sebenarnya

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 4, 2015 at 9:16 PM delete

sama-sama PC... alhamdulilalh sama2 berkongsi..

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 4, 2015 at 9:17 PM delete

Insaallah saudara Khairuddin...

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 4, 2015 at 9:18 PM delete

Waalaikummusalam etuza,

terima kasih etuza sentiasa menyokong sesama blogger...

mselim3

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
December 7, 2015 at 3:38 PM delete

mm kenapa g umrah dulu x nmpk ek masjid ni?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 7, 2015 at 3:57 PM delete

tuan boleh buat satu segmen...dari masjid ke masjid baru rare

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon