Masjid Al-Fath ini terletak dibahagian barat laut Jabal ( bukit ) Sila' dan menghadap Wadi But-han atau sekarang dikenali sebagai Wadi Abu Jidah iaitu disebelah selatan dari bahagian barat Khandak (parit dalam peperangan Ahzab) . Ia juga mempunyai dua lagi nama lain iaitu masjid Al-Ahzab atau Masjid Al-A`la (yang tinggi) . Beberapa buah lain yang dibina diselatan masjid ini juga dikenali dengan nama masjid Al-Fath .
Rasulullah saw beada di tempat ini setelah selesai menggali parit. Di kawasan inilah juga Rasulullah saw memeriksa tentera muslimin sebelum berdepan dengan tentera kafir. Adapun sewaktu kerja-kerja menggali parit sedang dijalankan Rasulullah saw berada di atas bukit Zubab.
Menurut satu riwayat daripada Imam Ahmad, Jabir bin Abdullah ra menceritakan :"Pada hari peperangan Ahzab (khandak) Rasulullah saw telah berdoa sebanyak tiga hari iaitu pada hari isnin, selasa, dan Rabu di tempat kedudukan masjid hari ini supaya Allah SWT mengalahkan tentera Ahzab , Allah SWT telah memakbulkan permintaan Rasulullah saw tersebut pada hari ke tiga iaitu pada hari Rabu.(Imam Ahmad , Al-Musnad 3/332) .
Diantara doa Rasulullah saw itu ke atas tentera Ahzab ialah :
Maksudnya :"Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang cepat membuat perhitungan . Wahai Tuhan kalahkan tentera Ahzab. Wahai Tuhan kalahkan dan goncangkan mereka. (Sahih Al-Bukhari No.4115)
Sewaktu Rasulullah saw berdoa dan bersolat belum ada masjid didirikan disitu. Masjid didirikan atau dibina selepas itu oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. ra.
Di sekitar pinggir Jabal Sila' terdapat lagi beberapa masjid yang dikenali sebagai Masjid Tujuh . Namun begitu hanya beberapa masjid sahaja yang kekal sehingga ke hari ini.
- Masjid Salman Al-Farisi
- Masjid Umar bin Al-Khattab
- Masjid Ali bin Abi Talib
- Masjid Saad bin Muaz ra ( sekarang dikenali dengan nama Masjid Fatimah Az-Zahra ra)
- Masjid Abu Bakar As-Siddiq
Pada tahun 1414 H sebuah masjid diruntuhkan iaitu masjid yang terletak berhampiran dengan jalan. Ia telah dijadikan medan tempat letak kereta atau kenderaan. Mengikut penulis Al-Masajid Al-Athariyyah masjid itu ialah Masjid Ali bin Abi Talib. Bukan Masjid Abu Bakar As-Siddiq seperti yang mashyur di kalangan orang awam.
Menurut sejarahnya tempat asal kawasan masjid tersebut merupakan tempat perkhemahan tentera islam semasa perang Ahzab dan nama-nama yang diberikan itu tidak semestinya tepat bahkan tidak ada asas sejarah langsung. Menurut Ibnu An-Najjar hanya terdapat empat buah masjid sahaja dizamannya.
Sumber : Madinah Munawarah Kelebihan dan Sejarah .
Terima kasih membaca artikel Masjid Al-Fath ini .
Daripada :
http://mselim3.blogspot.com
8 comments
Write commentscantik masjid tu
ReplyAssalammualaikum mSelim. Inilah masjid yang dinamakan sempena seorang pemimpin, sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera..Maha Suci Allah
Replyassalammualaikum wbt...
ReplyTuan,bole bagi alamat tuan ke no tepon saya ni 01132260775..saya nak poslaju buku sempena ulangtahun blog SWEET LIZAHANUM saya..terima kasih
Banyak kesan sejarah masjid ni. bagus info ini mselim.
ReplyAssalammualaikum mSelim. Wahai Tuhan kalahkan tentera dizaman ini. Amiin..
ReplyAssalamualaikum mselim,
ReplyBaru kini dapat singah sini membaca kisah masjid yg indah ini.
p/s: Saya sukakan template baru ni...lebih kemas dan menarik. Belum siap edit ye...slow2 ya!
Terima kasih atas perkongsian info ni...;-)
ReplySubhanaAllah...cantiknya masjid ni.....
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon