Masjid Al-Jumu'ah ini terletak ditengah-tengah kebun tamar di Wadi (lembah) Ranauna di perkampungan Bani Salim bin Auf. Jaraknya kira-kira setengah (1/2) km dari utara Masjid Quba dan 2.5 km dari bandar Madinah.
Setelah empat (4) hari di Quba, Rasulullah saw keluar dari Quba pada hari jumaat menuju ke bandar Madinah dan ketika Baginda tiba di Wadi Ranauna iaitu berhampiran dengan perkampungan Bani Salim bin Auf waktu solat Jumaat telah masuk. Baginda pun menunaikan solat Jumaat yang pertama didirikan oleh Rasulullah saw selepas hijrah. Walaupun solat Jumaat telah diwajibkan di Makkah tetapi kerana terdapat halangan maka ia tidak dapat dilaksanakan. Sebuah masjid kemudiannya dibina di tempat tersebut dinamakan Masjid Al-Jumu'ah bersempena dengan peristiwa tersebut. Masjid ini terkenal juga dengan nama Masjid Al-Wadi atau Masjid Atikah. Sehingga kini masjid ini masih kekal dengan binaannya yang indah.
Terima kasih kerana membaca artikel > Masjid Al-Jumu'ah ini .
Daripada ;
http://mselim3.blogspot.my
3 comments
Write commentsTo know more about Islam....read http://myislamawareness.blogspot.my/
ReplyMaksudnya Masjid Al Jumu'ah simbolik daripada solat jumaat pertama yang Rasulullah SAW dirikan ye MSELIM. .
Replynice info.. mnrik ni kongsi masjid2 yg indh
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon