Bidadari Untuk Saidina Umar ra

umar-al-khattab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Bidadari Untuk Saidina Umar ra- Umar adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin telah memperolehi suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah kaum muslimin berani solat dan tawaf di kaabah secara terang-terangan. Saidina Umar ra seorang yang sangat warak dan tekun mengamalkan islam. Saidina Umar ra mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun. Ia kemudian menghadap Rasulullah saw,"Wahai Rasulullah saw adakah aku telah mengamalkan surah Al-Baqarah jika aku belum mencerminkan surah Al-Baqarah aku tidak akan berpindah ke surah berikutnya." Rasulullah saw menjawab,"Sudah." 


Saidina Umar ra mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT kerana kesungguhannya ini maka banyak ayat di dalam surah Al-Baqarah menceritakan tentang pengharaman arak, mengenai hijab, dan lain-lainnya. 

Rasulullah saw seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan israj mikrajnya menghadap Allah SWT. Rasulullah saw menceritakan bagaimana keadaan syurga sepertimana yang dijanjikan Allah SWT. Suatu ketika Rasulullah saw melihat sekumpulan bidadari yang sedang bercengkarama ada seorang bidadari yang begitu berbeza dengan yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan sangat pemalu. Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as bidadari siapa itu?"
Malaikat Jibrail menjawab,"Bidadari itu adalah bidadari Umar ra." 

Saidina Umar ra pernah membayangkan tentang keindahan syurga dan menginginkan seorang bidadari yang berbeza dengan bidadari yang lainnya. Bidadari yang diingini itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah dan bahagian bawahnya berwarna biru serta memiliki sifat sangat pemalu. Kerana itu, saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari sesuai dengan kehendak Saidina Umar ra sepertimana yang dikehendaki. 

Terima kasih kerana membaca entry Bidadari Untuk Saidina Umar ra 

Daripada ; 
http://mselim3.blogspot.com

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
ohpanduan
AUTHOR
August 19, 2015 at 3:29 PM delete

Saidina Umar RA memang terkenal dengan ketakwaanya. Sahabat Nabi SAW adalah semua insan yang terpilih untuk mendampingi Nabi SAW.

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
August 19, 2015 at 3:42 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Semoga bidadari untuk kita semua juga secantik bidadari saidina umar. Itupun jika diberi peluang oleh Allah memasuki jannah-Nya. InsyaaAllah..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 19, 2015 at 6:03 PM delete

subhanallah ... beruntungnya umar krn Allah memakbulkan permintaannya ...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 19, 2015 at 8:38 PM delete

Subhanallah..Allah hadiahkan bidadari seperti yang diingini..berkat ketakwaan yang tidak berbelah bahagi.,

Reply
avatar
August 20, 2015 at 8:02 AM delete

Umar RA adalah khalifah ke-dua setelah kewafatan Nabi SAW. Sahabat yang hebat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 20, 2015 at 9:34 AM delete

lelaki memang takleh lari dari nak kawen...tu la di akhirat boleh kahwen dgn beribu2 bidadari..itu fitrah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon