Kisah Ketegasan Saidina Ali bin Abi Talib

setiaujianallah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kisah ketegasan Saidina Ali bin Abi Talib memang telah banyak kita ketahui. Kisah ini adalah kisah ketegasan Saidina Ali bin Abi Talib dalam mempertahankan hak seorang wanita yang bergelar isteri. Pada suatu hari Saidina Ali bin Abi Talib terlihat seorang wanita berwajah pucat kering seakan mencari-cari seseorang. Saidina Ali datang menghampirinya.


"Siapakah yang kamu cari"tanya Saidina Ali 

"Aku mencari seorang lelaki yang dapat melindungiku dari ancaman suamiku,"jawabnya sambil ketakutan. 

"Ia telah berulang kali menampar dan memukulku,"tambahnya wanita itu. 

"Sungguh terkutuk lelaki itu,"jawab Saidina Ali dengan geram. 

"Bawalah aku kerumahmu!" seru Saidina Ali (menantu Rasulullah saw) ini. 

Kedua-duanya berjalan menyusuri beberapa lorong dan akhirnya sampai di rumah lelaki itu (suami wanita tadi). Saidina mengetuk pintu sambil memberi salam. Tidak lama kemudian, seorang lelaki keluar menampakkan wajahnya. 

"Mengapa kau selalu menganiayai isterimu padahal setiap malam kau merasakan kehangatan tubugnya?" tanya Saidina Ali tenang. 

"Hai apa urusanmu dengan isteriku?" bentak lelaki itu yang tidak mengenali wajah menantu Rasulullah saw itu. 

"Kerana kau banyak tanya biar aku mengajarmu," tambahnya sambil menghayunkan pedangnya. 

Dalam sekelip mata pedang Saidina Ali mengenai perut lelaki itu. 

"Demi Allah , jika kau masih mengulangi perbuatan kamu lagi akan ketebas batang lehermu." tegas Saidina Ali sambil berdiri tegak dihadapan lelaki yang mengerang kesakitan itu. 

Perlahan-lahan lelaki itu mengenali wajah lelaki yang berdiri di hadapannya, Saidina Ali bin Abi Talib. Oleh kerana itu, takut dan malu lelaki itu menyatakan penyesalannya dan berjanji akan meletakkannya wajahnya di kaki isterinya sebagai tanda tebusan. 

Wanita itu yang sejak tadi menyaksikan dari kejauhan begitu terharu melihat kepahlawanan Saidina Ali dan penyesalan suaminya. Sambil mengusap air matanya, ia berjanji di hadapan Saidina Ali untuk memaafkan suaminya. 


Daripada : 
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
May 28, 2015 at 10:33 AM delete

Assalam MSelim3.. ketegasan Saidina Ali patut kita jadikan contoh ikutan dlm kepimpinan, pembelajaran dan juga kehidupan.. t kasih atas perkongsian kisah ini ye.. :)

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
June 4, 2015 at 9:49 AM delete

Assalaamualaikum mSelim. Begitulah tegasnya Islam dalam melindungi wanita..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon