Keajaiban Hafalan dan Kekuatan daya ingatan adalah satu kurnia dan pemberian kepada Allah SWT sebagai nikmatnya kepada mereka yang dipilihNya. Sebahagian mereka adalah qari, mufassir, muhaddis, fuqaha, ahli sastera, ahli sejarah dan sebagainya. Diantara itu, tentang kekuatan hafalan Hisyam bin Muhammad An-Nassabah.
Al-Jambarah fi Al-Ansab :"Dahulu saya mempunyai seorang pakcik yang selalu menegur dan membetulkan hafalan A-Quranku. Aku pun masuk rumah dan bersumpah tidak akan keluar rumah sehingga aku menghafalnya. Dalam tiga hari aku telah hafal Al-Quran."
Amir Asy-Sya'bil seorang tabi'in yang terkenal dan termasuk dalam kategori ulama yang berjaya menghafal Al-Quran dalam masa 40 hari sahaja."
Dalam biografi Ibnu Syihab Az-Zuhri ia berjaya menghafal Al-Quran dalam masa 80 hari sahaja. Abu Wail Syaqiq bin Salmah telah menghafal Al-Quran dalam masa 2 bulan. Al-Khathib Al-Baghdadi dari gurunya Abdullah bin Al-Luban bahawa ia telah menghafal Al-Quran masa 5 tahun.
Imam Syafie ra berkata:"Sesekali saya tidak membaca hitam di dalam putih kecuali aku telah menghafalkannya." Mereka menyebutkan bahawa Imam Syafie telah menghafal Al-Muwatta karya Imam Malik ra dalam masa 40 hari.
Ishaq bin Rahawaih dan Ibnu Jarir ra dikatakan mereka menghafal ribuan hadis dengan perawi hadis yang berbeza. Imam Al-Hafizd Ad-Daraquthni ra penulis kitab As-Sunan bahawa masa mudanya ia pernah menghadiri majlis Ismail Ash-Shaffar . Satu juz miliknya hilang ketika Ismail membukukannya atau dijilidkan.
Sebahagian orang menyatakan kepada Ad-Daraquthni :"Tidak sah kamu dengar hadis yang telah hilang."
Ia menjawab:"Pemahamanku tentang ilmu berbeza dengan pemahamanmu. Adakah kamu hafal seluruh hadis hingga akhir."
Orang yang hadir menjawab:"Tidak!"
Ad-Daraquthni berkata:"Hadis pertama dari....mantan seperti ini. Hadis kedua dari perawi ini... " Ia terus menyebutkan sanad hadis juga mantannya secara urutan hingga akhir sesuai dengan apa sedang orang ramai bincangkan. Orang ramai sungguh kagum kehebatan hafalan Ad-Daraquthni.
Ibnu Shalah ra menyebutkan dalam Muqaddimah Ulumul Hadis ( buku ini lebih dikenali dengan nama Muqaddimah Ibnu Shalah, ed ) , bahawa diriwayatkan dari Ibrahin bin Saad Al-Jauhari :"Saya melihat seorang anak berumur 4 tahun sedang dibawa menghadap Ma'mun yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia juga memerhatikan pendapat dalam masalah Fiqh dan ia menangis pada masa lupa."
Dalam biografi Al-Hafidz As-Siraj As-Siraj Al-Balqini , ia telah menghafal Al-Quran masa berumur 7 tahun dan telah menghafal kitab "Al-Muharrir" dalam Fiqh Syaffiyah, "Mukhtahar Ibnu Hajib" dalam Usul Fiqh dan "Asy-Syathibiyyah" dalm ilu Qiraat, "Al-Kafiyah" dalam ilmu nahwu karya Ibnu Malik. Ia juga menghafal 3,000 bait syair. Ia menguasainya dan menghafalnya sebelum berumur 10 tahun.
Demikian pula, Al-Hafidh Al-'Iraqi pengarang Al-Alfiyah yang terkenal dalam ilmu Musthalah hadis dan Syeikh Al-Hadis Ibnu Hajar Al-Asqalani.telah menghafal Al-Quran pada umur 8 tahun. Setiap hari mereka menghafal 400 baris.
Adapun Al-Hafidh Ibnu Hajar, imam besar dan khatimul huffadz (penutup para hafiz) mengaku telah hanya membaca tulisan sebanyak 2 kali ia pun menghafalnya.
Daripada Sumber : Kisah Motivasi Untuk Hidup Bertakwa
6 comments
Write commentsterima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini mselim...
ReplyAssalammualaikum mSelim. Dan sudah pasti beriringan dengan ingatan yang kuat itu bersama penjagaan akhlak yang sempurna..
ReplyMasyaAllah..bertuahnya sesiapa yang Allah kurniakan ketajaman daya ingatannya..mudah menghafal,,senang menghafaz..nikmat..lagi lagi menghafal dan menghafaz wahyu Allah..kalammullah..subhanallah..PC sangat cemburu dengan hafiz..hafizah..
Replyumur 8 thn hafal 400 baris ayat quran..subhanallah..moga kita jadikan idola
Replybudak indonesia tu pun dah blh hafal quran..bagusnye
Salam Pagi Rabu Mselim :)
Replysatu info yang baik dan bermanfaat untuk kita semua. faktor pemakanan juga perlu dijaga untuk daya ingatan kita.banyakkan selawat dan mengaji al quran
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon