Perbezaan Ayat Makkiyah Dan Madaniyah

al-quran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sebelum kita mengetahui perbezaan ayat Makkiyah dan Madaniyah. Marilah kita sama-sama fahami apa yang dikatakan itu ayat makiyah dan madaniyah. Berdasarkan kepada tempoh turunnya al-Quran itu dibahagikan kepada dua jenis; 

  1. Ayat-ayat Makkiyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah.
  2. Ayat-ayat Madaniyah ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah iaitu sesudah Nabi Muhammad atau Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. 

Perbezaan Ayat Makkiyah Dan Madaniyah : 

  1. Ayat-ayat makkiyah pada umumnya ayatnya pendek-pendek. Ayat-ayat madaniyah biasanya panjang-panjang. Surah madaniyah merupakan 11 juz daripada 30 juz al-Quran. Ayat-ayat madaniyah ini berjumlah 1,456 ayat. Manakala ayat-ayat makkiyah merupakan 19 juz daripada 30 juz al-Quran, ayat-ayat makkiyah ini pula berjumlah 4,780 ayat.  
  2. Kebanyakkan ayat-ayat makiyyah di makkiyah terdapat perkataan "Ya Ayyuhannass" , bermaksud wahai manusia makalah ayat-ayat madaniyah terdapat perkataan "Ya ayuhalladzina anamu" bermaksud wahai orang-orang beriman. 
  3. Ayat-ayat makkiyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah yang terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti. Manakala ayat-ayat madaniyah pula mengandungi hukum-hukum adat, duniawi, kemasyarakatan, hukum tatanegara, hukum perang, hukum antarabangsa, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan lain-lain.
Sumber : http://www.al-azim.com/    
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
BinMuhammad
AUTHOR
April 17, 2015 at 9:13 PM delete

Assalamualaikum,
Pasti ramai yang tidak mengetahui atau dah lupa... Terima kasih kerana mengingati

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
April 18, 2015 at 10:03 AM delete

walaikummusalam... BM,

sesama BM... terima kasih visit mselim3...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 19, 2015 at 1:49 AM delete

Assalamualaikum MSelim3.. perkara mcm ni pasti ramai yg terlupa atau alpa ttgnya.. Perkongsian yg bermanfaat buat semua.. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 14, 2019 at 2:36 PM delete

assalam
mintk izin copy n share ya.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon