Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada hari itu Rasulullah saw didatangi tetamu yang terdiri daripada sahabat Rasulullah saw. Tiba-tiba Rasulullah saw terdengar suara pinggan pecah di dapur. Suara pinggan atau bekas makanan yang pecah itu datangnya daripada pinggan atau bekas yang dibawa oleh pembantu Zainab, isteri Rasulullah saw. Pinggan atau bekas makanan itu pecah apabila dipukul atau ditepis oleh Aisyah ra gara-gara cemburu kerana pembantu Zainab menghantar makanan untuk Rasulullah saw sedangkan masa itu adalah giliran Rasulullah di rumah Aisyah ra. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di hati Aisyah ra. Tindakan Rasulullah saw apabila menyaksikan Aisyah ra memecahkan pinggan atau bekas makanan itu, Rasullulah hanya tenang sambil memungut makanan (kurma) yang jatuh itu. Kurma yang jatuh itu dibersihkan lalu dihidangkan kepada para tetamu (sahabat) yang hadir. Lalu Rasulullah saw bersabda:"Maaf . Isteriku cemburu".
Tidak lupa Rasulullah saw menggantikan pinggan atau bekas makanan yang pecah tadi dengan pinggan atau bekas makanan yang elok untuk dibawa kembali oleh pembantu Zainab ra. Namun memecahkan pinggan atau bekas makanan orang lain tetap tidak dibenarkan. Hal ini diperbahaskan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bahri.
Rasulullah saw tenang sahaja di hadapan para sahabat, Rasulullah Saw tidak pun menyalahkan tindakan Aisyah ra yang memecahkan pinggan sebagai tanda cemburu. Menyalahkan isteri di hadapan sahabat bukanlah tindakan yang baik. Sahabat yang mendengar pasti mengetahui keluarga Rasulullah bermasalah.
Bolehkah kita mengawal emosi seperti Rasulullah yang begitu sabar menghadapi permasalahan keluarga apatah lagi jika isteri marah-marah kerana cemburu dan memecahkan pinggan? Kebanyakan orang akan memarahi atau memukul isteri yang berkelakuan tidak sepatutnya. Begitulah tingginya akhlak Rasulullah saw yang perlu kita contohi.
Sumber : Tokoh Wanita Disisi Rasulullah.
2 comments
Write commentsSifat Rasullullah saw yang maksum amat sukar diikuti namun itulah contoh terbaik kita untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Replysebaik akhlak ialah rasulullah.. :)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon