بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Karamah Saidina Ali bin Abi Talib Berdialog Dengan Ahli Kubur
Seperti diketahui bahawa Ali bin Abi Talib ialah salah seorang dari keluarga Nabi saw yang mula-mula masuk islam. Beliau juga adalah sepupu Nabi saw dan menjadi menantu, sahabat, penolong dan pembela Nabi saw yang paling setia. Saidina Ali juga seorang pejuang yang handal warak serta zuhud dalam kehidupan seharian. Maka banyaklah karamah dan kelebihan yang dapat dilihat oleh orang dari Ali bin Abi Talib.
Imam Baihaqi memetik Said Ibnul Musaiyab berkata:"Kami masuk ke sebuah tanah perkuburan di Madinah bersama-sama. Saidina Ali bin Abi Talib memberi salam kepada para penghuni kuburan itu dan berdialog sambil bertanya keadaan mereka di dalam kubur saat itu. Tiba-tiba kami mendengar suara jawapan salam dari dalam kubur kepada Amirul Mukminin gelaran kepada Saidina Ali bi Abi Talib.
Suara dari dalam kubur berkata:"Wahai Amirul Mukminin harap diberitahu apa yang berlaku selepas kematian saya (selepas meninggalkan alam dunia yang fana)!.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata :"Isteri kamu telah berkahwin lagi dan harta kamu dibahagikan kepada waris yang berhak. Adapun anak-anak kamu telah menjadi anak yatim manakala rumah kamu yang besar dan indah itu telah didiami oleh musuh-musuh kamu. Ini berita yang aku tahu mengenai kamu. Bagaimana keadaan kamu di dalam kubur sekarang?
Ahli kubur menjawab:"Nasib dan keadaan kami semakin teruk, kain kapan yang membaluti tubuh kami telah hancur, rambut telah hancur, kulit dan daging kami telah berkecai, biji mata kami telah turun ke pipi dan mulut kami telah memuntahkan cecair busuk. Kami menerima balasan atas kemungkaran yang kami lakukan sepanjang hidup, kami tidak berpeluang memohon Allah mengampuni dosa kami. Maka kami serahkan diri kami kepada Allah SWT menentukan segala-galanya kerana Dia Maha Pemurah dan Maha Pengampun.
Sumber : Siapakah Wali.
4 comments
Write commentsperkongsian yg menarik,,..ade dlm silibus pendidikan islam ni
ReplyTerima kasih mazs sudi bertandang ke mari.. lama tak dengar berita..
Replybertaubatlah serta mohon keampunan ketika nyawa masih ada ...
ReplyMoga2 kisah ini menjadi renungan buat kita yang masih hidup, Banyak2 mengingati mati dan bersedia menghadapinya...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon