Ini adalah kisah para syuhada perang mut'ah. Perang Mut'ah ini berlaku pada sekitar tahun 629 Masihi atau 5 Jamadil Awal 8 Hijrah dekat kampung bernama Mut'ah di sebelah timur Sungai Yordan dan al-Karak, Jordan ketika akhir kehidupan Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda sebelum melepaskan pasukan tentera islam : "Sekiranya Zaid gugur hendaklah digantikan dengan Jaafar bin Ali Talib dan jika Jaafar gugur, hendaklah digantikan dengan dengan Abdullah bin Rawahah."
Sesuai dengan perintah Rasulullah saw pasukan islam dipimpin oleh Zaid bin Haritsah dengan bendera di tangannya memimpin pasukan islam yang berjumlah 3,000 orang melawan 100,000 tentera Rom yang jelas tidak seimbang daripada segi bilangan tetapi Zaid bin Haritsah berperang dengan gagah berani sehingga tombak terpacak di tubuhnya. Darah 'assaabiquunal awwalun' tumpah di bumi Mut'ah. Tubuhnya yang mulia mengeletak sudah tidak bernyawa lalu gugur sebagai para syuhada.
Selepas itu, pasukan tentera islam dipimpin oleh Jaafar bin Ali Talib lalu beliau pun bertempur dengan penuh semangat, gagah dan berani sambil memegang bendera atau panji kemegahan islam. Jaafar bin Ali Talib ini berjuang bertempur dengan menunggang kudanya. Ketika di dalam pertempuran ini kuda terkena panahan senjata musuh lalu Jaafar bin Ali Talib tersungkur. Ia segera bangun dan bertempur sambil tangan kirinya memegang erat panji kemegahan islam. Hal ini membuat beliau diserang bertubi-tubi sehingga tangan kirinya Jaafar bin Ali Talib putus ditebas oleh pasukan tentera Rom. Lalu dipegang panji kebesaran dan kemegahan islam dengan tangan kanannya. Sayang sekali tangan kanannya juga turut ditebas sehingga putus. Kini ia kehilangan kedua-dua tangannya. Apa yang ada tertinggal ialah sedikit lengan bahagian atas tangannya. Dengan semangat yang tidak pernah mengenal erti kalah beliau tetap berusaha mempertahankan bendera atau panji islam dengan memeluknya sampai beliau gugur oleh senjata tentera kerajaan Rom. Ada diantara mereka yang menyerang Jaafar bin Ali Talib dan membelah tubuhnya menjadi dua. Berdasarkan keterangan Ibnu Umar ra salah seorang yang turut serta dalam Perang Mut'ah ini terdapat lebih kurang 90 luka di bahagian tubuhnya akibat tusukan pedang dan anak panah. Darah suci pahlawan ini mengalir tumpah membasahi bumi Mut'ah.
Kemudian, kepimpinan islam dipimpin pula Abdullah bin Rawahah ini menerjang ke depan, belakang, kiri dan kanan tanpa ragu-ragu dan peduli. Setelah menjadi panglima tentera islam, beliau rela mati demi pasukan islam yang dipimpinnya. Terlihat kehebatan tentera Rom itu sedikit pun dia tidak gentar atau ragu-ragu. Dengan pedang terhunus di tangan Abdullah bin Rawahah ia menebas musuhnya dengan gagah berani tanpa rasa takut untuk merasai mati demi mempertahankan maruah islam agar tidak dipersendakan oleh kerajaan Rom yang kuat masa itu. Namun, sudah suratan illahi Abdullah bin Rawahah juga tewas di dalam peperangan yang dasyat dan sengit ini. Jasadnya jatuh terkapar tetapi rohnya suci menghadap illahi.
Lalu di bawah kepimpinan Khalid bin al-Walid tentera islam dapat berundur dengan selamat di sebabkan kebijaksanaannya teknik mengelirukan dan membuatkan mereka menyangka bahawa tentera islam mendapat bantuan dari Madinah. Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisyam menyebutkan bahawa pertempuran ini berakhir seimbang. Sedangkan Ibnu Katsir menyebutkan bahawa peperangan ini dimenangi oleh tentera islam. Perang ini adalah perang yang sangat sengit meskipun korban hanya sedikit daripada pihak muslim. Di dalam peperangan ini Khalid bin al-Walid telah menunjukkan suatu kegigihan yang sangat mengagumkan. Imam Bukhari meriwayatkan dari Khalid al-Walid sendiri bahawa : "Dalam perang Mut'ah sembilan pedang patah di tanganku kecuali sebilah pedang kecil dari Yaman." Ibnu Hajar menyatakan hadis ini menunjukkan bahawa kaum muslimin telah banyak membunuh musuh mereka.
Ketika peperangan Mut'ah sedang sengit Rasulullah sedang duduk bersama sahabat membincangkan tentang tentera islam yang dihantar di dalam Perang Mut'ah. Tiba-tiba perbincangan mereka terhenti. Rasulullah saw terdiam dengan serta-merta Rasulullah saw menitiskan air mata seraya memandang para sahabat sambil berkata:" Panji islam yang dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, kemudian Jaabar bin Ali Talib dan kemudian Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga sahabat telah syahid."
Para sahabat yang lain turut menitiskan air mata. Tangis duka. Tangisan kerana kehilangan sahabat yang terbaik. Kehilangan sahabat yang berani. Bersamaan itu ada berita gembira buat mereka bertiga. Bahawa ketiga sahabat itu disambut para malaikat dengan penuh hormat dijemput bidadari mendapat janji syurga dan redha illahi. Jaafar bin ali Talib yang terbelah dua tubuhnya di dijuluki dengan ath-thayyar (penerbang) atau Dzul-Janahain (orang yang memiliki dua sayap) sebab Allah menganugerahi dua sayap disyurga dengan sayap itu ia boleh terbang sekehendaknya.
Ya Allah, jika kami memang belum pantas atau layak untuk semua ini janganlah biarkan kami mengeluh di jalan dakwahmu ini. Ya Allah anugerahkanlah hidayah-Mu kepada kami dan janganlah Engkau jadikan hati-hati kami condong pada kesesatan sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami...Amin.
Daripada;
mselim3.blogspot.com
5 comments
Write commentsAssalamualaikum... sedih pula bila membaca kisah ini.. Allahuakbar...
Replysalam..tq for this entry sekurng2nya tau lh sikit2 done digi
ReplyAssalammualaikum mSelim. Semoga kita mendapat manfaat..
Replysedih juga..
Replyantara kisah yang cukup teruja unutk aku baca...macam mana hebatnya para sahabat sangup berdepan tentera musuh yang cukup ramai
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon