Zainab binti Khuzaimah al-Hilaliyah ialah ummul mukminin isteri Nabi Rasullulah saw. Jika Jaafar bin Abi Thalib diberikan gelaran Abul Masakin, Zainab dikenali dengan gelaran 'ummul masakin' atau ibu orang miskin kerana banyak bersedekah dan memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sebelum menikahi Rasullulah saw suaminya ialah Abdullah bin Jahsy. Ketika pahlawan besar ini terbunuh dalam perang Uhud, Zainab dinikahi oleh Rasullulah saw . Namun, dua atau tiga bulan setelah pernikahan dia meninggal dunia pada zaman Rasullulah saw.Namun, ada juga yang berpendapat sebelum menikahi Rasullulah saw Zainab bernikah dengan Hushain atau Thaufail bin Harit. Zainab meninggal dunia di Madinah dan merupakan isteri pertama nabi yang meninggal di Madinah. Namun , Imam az-Zahabi mengatakan bahawa suami Zainab binti Khuzaimah yang pertama ialah Abdullah bin Jahsy.
Ketika majlis pernikahannya dengan dengan Nabi saw Baginda memberikan mahar kepada Zainab berupa 400 dirham. Baginda juga membinakan sebuah rumah yang sederhana di sebelah rumah Aisyah dab Hafshah.
Sejak zaman jahiliyah, Zainab dikenali sebagai wanita yang dermawan. Ketika memeluk islam sifat kedermawannya semakin menyerlah. Apatah lagi setelah disunting menjadi isteri Rasullulah saw kederwamannya lagi menyerlah. Sebelum Zainab masuk dalam lingkungan keluarga Nabi saw
Aisyah dan Hafshah terlebih dahulu telah menjadi sebahagian daripada keluarga Nabi saw. Kedua-dua wanita ini memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Nabi saw. Namun begitu, kehadiran Zainab tidak menganggu ketenangan kelurga Nabi saw . Mereka tidak cemburu dengan kehadiran Zainab dalam keluarga mereka.
Ia disebabkan kerana keutamaan Nabi saw yang dapat membahagikan hak isteri-isteri baginda secara adil, ditambah lagi dengan sikap Zainab yang tidak mahu menganggu ketenangan rumah tangga Rasullulah.
Zainab menghabiskan masanya untuk beribadah kepada Allah dan bersedekah kepada orang miskin. Disebabkan oleh sifatnya itu di lebih dikenali dengan nama Ummul Masakin (Ibu Orang Miskin).
Gelaran ini amat indah dan menyebarkan semerbak harum jasanya.
Zainab binti Khuzaimah ialah wanita baik hati dan memiliki jiwa mulia. Semua yang keluar dari rumahnya hanyalah sedekah dan ketaatannya kepada Allah. Inilah penyebab dia menjadikannya wanita agung dan mulia.
Namun, kemuliaan itu tidak lama kerana Allah memanggilnya. Imam az-Zahabi menyatakan,"Dia sama sekali tidak sempat meriwayatkan hadis ." Mungkin hal ini disebabkan waktu yang singkat Zainab bersama Nabi saw dan sibuk menguruskan orang miskin." Usianya pendek, tetapi namanya mengharum sehingga kini.
8 comments
Write commentssungguh mulia hatinya . zmn sekarang ni nak bersedekah pun fikir dulu ada ke tidak duit nak makan ...
ReplyBertuahnya Zainab...Thanks for sharing MS...
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyBeliau antara wanita yg sentiasa dirahmati & dikasihi Allah swt. T kasih atas perkongsian ini.
kisah yang menarik
Replymemang mulia hati beliau
ReplyMenarik kisahnya. Terima kasih berkongsi
ReplyAl-Fatihah.... :) suka membaca peribadi Zainab ....
ReplyWalaupun hidupnya singkat tapi penuh dengan bakti kepada masyarakat.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon