Urwah bin Mas'ud sangat besar pengaruhnya di kalangan kaumnya di Thaif. Dia seorang pemimpin yang sangat dicintai oleh kaumnya dan sangat dipercayai sehingga ada yang berkata bila al-Quran itu turun kepada urwah atau kepada Al-Walid mereka adalah pengaut islam yang setia. Demikianlah besarnya kepercayaan dan kecintaan mereka kepada urwah.
Urwah pernah terpilih menjadi utusan untuk menghadap Rasullulah saw di Hudaibiyah. Disitu ia menyaksikan umat islam dari dekat, dilihat dan didengar hal ini telah menyakinkan bahawa islam itu benar dan umat islam merupakan kesatuan yang kuat, mereka selalu bantu membantu dalam satu saf,serasa,sesuara dan seusaha.Pulangnya dari Hudaibiyah Urwah memberikan nasihat kepada orang Quraisy agar menerima Muhammad .
"Telah diwawarkan kepada kepada kamu satu garisan petunjuk yang baik maka hendaklah kamu menerimanya."
Urwah di Hudaibiyah ialah kekuatan islam yang dengannya kian bertambah dakwah islam terus berkembang meluas ke daerah-daerah yang lain. Akhirnya orang quraisy turut menerima tempiasnya perkembangan islam ini.
Diriwayatkan bahawa urwah mendahului kaumnya masuk islam dari Thaif dia ke Yaman. Waktu pulang kembali ke Thaif dia menyakini agama islam yang dibawakan oleh Muhammad saw.
Maka urwah dengan penuh rasa keyakinan bahawa kaumnya akan mengikuti jejaknya memeluk islam. Dia yakin kaumnya sangat cinta dan percaya pada dirinya dan pengaruhnya untuk mengajak mereka masuk islam.
Rasullulah saw menasihati urwah agar berhati-hati sebab kecintaan dan kepercayaan mereka itu adalah bukan cinta yang mutlak melainkan cinta kerana ia menjadi pembela atau pelindung kemusyrikan mereka dalam memusuhi Rasullulah saw.
Urwah tetap yakin mereka pasti akan tunduk dan taat kepadanya . Dia berkata :"Mereka mencintai saya lebih daripada mata mereka sendiri."
Rasullulah saw tahu bahawa kaum urwah itu percaya kepada tuhan mereka, Lata dasarnya bukan ilmu dan akal tetapi taqlid yang demikian itu tidak mudah untuk dibasmi sekaligus dengan dalil sebab ibadah mereka semacam selera yang tidak dapat diperdebatkan. Oleh itu, Rasullulah saw dengan mengatakan kepada urwah:"Orang Thaif akan membunuh kamu!"
Setibanya urwah kepada kaumnya di Thaif dia terus mengumpulkan kaumnya untuk menyeru dakwah agar menerima dakwah yang di bawa oleh Rasullulah saw itu. Sayang ia tidak mendapat sambutan melainkan diam dan tidak menyatakan persetujuan. Akhirnya, semangat urwah semakin kuat untuk berdakwah kepada kaumnya lalu ia menyatakan bahawa dia telah memeluk islam.
Pada waktu subuh, ia naik ke bumbung rumah dan melaungkan azan dan berdakwah. Lalu orang Thaif bangun bukan untuk solat tetapi mereka beramai-ramai tekad untuk membunuh urwah.
Urwah akhirnya dihujani dengan anak panah oleh kaumnya yang dahulu sangat mencintainya kini beralih menjadi sangat-sangat membencinya dan kemarahannya kaumnya tidak dapat ditahan lagi.
Tetapi urwah tidak menyesal bahkan dia merasa gembira malahan panah-panah yang menembusinya itu disambut dengan ucapan : "Adalah suatu penghormatan Allah berikan kepada saya"
Dia bergembira seandainya ditakdirkan Allah SWT dia mati syahid kematian yang ertinya menghidupkan.
Dia berwasiat agar dikuburkan di kuburan para syuhada umat islam. Tidak sia-sia kematian urwah sebab dengan peristiwa inilah di sekeliling Kota Thaif dihuni oleh ramai orang islam. Darah urwah telah menghidupkan semangat dan ikatan ukhuwah serta keimanan yang kuat terhadap islam.
Urwah mempunyai anak, namanya Adul Malih masuk islam setelah ayahnya terbunuh. Bersamanya yang masuk islam saudara sepupunya iaitu Qarib bin Aswad.
Setelah perang thabuk baru mereka sedar dan ingin berjumpa dengan Rasullulah saw di Madinah. Utusan yang dihantar ke Madinah masa itu adalah Abu Yalail. Abu Yalail sangat berhati-hati ke Madinah untuk menghadap Rasullulah saw kerana takut nasibnya sama seperti urwah. oleh itu dia ditemani lima orang pengiring ketika ingin pergi ke Madinah. Sampai di Madinah, Abu Yalail tidak makan dan minum kecuali makanan dan minuman itu dimakan oleh umat islam terlebih dahulu kerana takut diracuni.
Mereka berada di Madinah pada bulan Ramadan, waktu itu umat islam berpuasa mereka orang musyikin juga turut berpuasa. Mereka berjanji akan memeluk islam tetapi dengan bersyarat iaitu bebas dari solat wajib, berperang,zakat dan turut juga mengusulkan agar patung tuhan mereka iaitu Lata daripada dihancurkan selama 2 tahun. Akan tetapi usul mereka ini ditolak. Mereka tidak dibenarkan masuk islam setengah-setengah. Sehubung dengan itu Rasullulah saw bersabda:"Sia-sia beragama tanpa solat."
Diriwayatkan oleh Abu Daud:"Tidak ada sebarang kebaikan dalam agama padanya tidak ada rukuk (solat)."
Rasullulah saw memutuskan agar menghancurkan berhala, Lata setibanya dia di Thaif. Apabila mereka tidak mahu menghancurkan patung berhala, Lata lalu diutuskan orang-orang dari Madinah iaitu Abu Sufyan bin Harb dan Mughirah untuk menghancurkannya.
Rasullulah saw mengangkat Utsman bin Abil Ashi menjadi pemimpin mereka atas sebab dia yang paling muda dan seorang pemuda yang paling rajin belajar al-Quran dan paling baik pengertian fiqihnya.
Rasullulah saw mewasiatkan kepada Utsman apabila menjadi imam bagi mereka di sana tidak membaca surah yang panjang-panjang sebab ada diantara mereka yang sakit,tua dan ada pula urusan atau hajat yang harus segera diselesaikan.
Pada waktu penghancuran Lata, ramai perempuan yang menangis dan ada pula yang merasa takut akan turunnya bala atau malapetaka kerana murka Lata.
Walaupun orang Thaif masuk islam dengan syarat tetapi kerana mereka mendirikan solat dengan sebaik-baiknya, akhirnya mereka memenuhi segala kewajipan mereka seperti zakat dan turut berjihad. Sungguh tepat! kini terbuktilah apa yang diucapkan oleh Rasullulah saw sia-sia beragama tanpa solat sebab dengan bersolat maka akan mudah untuk melakukan ibadah-ibadah yang lain.
Sumber : Cerita-Cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa
15 comments
Write commentsAssalammualaikum mSelim. Begitu besarnya pengorbanan para sahabat sanggup menggadai nyawa demi perjuangan Islam.
ReplyAlhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih mselim3
ReplySalam Selasa MS....Thanks for sharing..
ReplyPengajaran penting yang kita semua perlu ingat. "Sia-sia beragama tanpa solat."
beliau sanggup mati syahid demi agama islam tercinta...
ReplyKental sungguh pendirian Urwah...wajar di contohi
Replyentry yg bagus
Replykisah yg bagus dijadikan teladan buat kita. hendaklah kita sama2 menjaga solat kita. perkongsian yg bermanfaat mselim alhamdulillah,
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyPengorbanan yg mmg tiada tandingannya jika dibandingkan dgn zaman sekarang.. T kasih atas perkongsian ini. :)
Best bila baca kisah para sahabat nabi ni. Thanks mselim :)
ReplyAssalamualaikum Mselim.. semoga sihat selalu :)
ReplyPerkongsian yg bermanfaat mselim...
Replynice sharing
ReplyBegitu besar cabaran Nabi dalam berdakwah..ramai yang mati sahid.. Terbaik entry menjadi rujukan...
ReplySolat itu tiang agama.
ReplyBeanr apa yang Rasulullah perkatakan
nice entry Mselim...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon