Dia memeluk islam pada hari penaklukan Makkah dan tergolong sebagai salah seorang wanita yang berbaiah di hadapan Rasullulah saw. Dia ialah isteri al-Harris bin Hisyam . Ibnu Asakir berkata bahawa Fatimah binti Walid bin Muhgirah adalah saudara Khalid.
Fatimah termasuk salah seorang sahabat yang sering menemani suaminya al-Haris ke Syam. Khalid selalu meminta pendapat saudara perempuannya tentang stategik terutama ketika Khalid dilantik sebagai panglima perang ketika menakluki Parsi dan Rom.
Ketika Umar bin Khattab memberhentikan Khalid daripada jabatannya sebagai panglima, dia bertemu dengan adik perempuannya untuk meminta pendapatnya. Setelah mendengar pendapat adiknya, Khalid mencium kening adiknya dengan berkata:"Benarlah yang kamu katakan." Sesungguhnya Umar lebih tahu urusan yang dihadapinya (berbanding aku) dan dia (umar) tidak akan membohongi dirinya sendiri. "
Inilah Fatimah , wanita teladan yang faham akan erti sebuah persaudaraan saling menasihati dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. Khalid tahu kebijakan dan kearifan adiknya. Oleh itu, Khalid saifullah "pedang Allah" akan bertemu dengan adik perempuannya terutama saat-saat sukar dalam hidupnya dalam membuat keputusan.
"Khalid selalu meminta pendapat Fatimah mengenai beberapa strategik terutama ketika khalid dilantik sebagai panglima perang ketika menakluk Parsi dan Rom.
12 comments
Write commentswah..hebatnya Fatimah ni.thanks sharing mselim, tak pernah dengar kisah dia ni
ReplyAssalammualaikum mSelim. Inilah wanita Islam yang bijak dan wajar menjadi contoh kaum muslimah sekalian..
ReplyAsalam..sebab itu ramai wanita lebih maju dari lelaki, perlu sebenarnya kita dengar pendapat dan idea para wanita...
ReplyKhalid bin walid membunuh Malik bin Nuwairah pengumpul zakat Nabi Saw hanya karena ingin memperkosa isteri Malik yang cantik jelita bernama UMMU TAMiM.
ReplyCerita ini diangkat berdasarkan apa yang dicatat oleh Tabari dalam Tarikhnya ketika Umar berkata keras kepada Khalid :”Kamu telah membunuh seorang Muslim kemudian kamu memperkosa isterinya. Demi Allah aku akan merajam kamu dengan batu.”[Al-Tabari,Tarikh ,IV, hlm.1928]
asalamualaikum Mselim..subahanallah, begitu hebat wanita ni sahabat rasululluh yang terbaik...
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyKisah wanita yg hebat.. t kasih atas perkongsian ini ye.
terima kasih atas perkongsian
ReplySubhanallah..
Replysuka baca kisah2 tauladan ni
salam mselim3, saya dah tukar alamat blog. ada problem sikit. nanti singgah ye
Replyiniblogsal.blogspot.com
Assalam...kisah wanita kebanggaan dan dapat di contohi..
ReplyHebatnya wanita bernama Fatimag seperti yang telah MS ceritakankat atas ..
ReplyHebatnya fatimah...adik yang disayangi abangnya
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon