Salman Al-Farisi adalah salah seorang sahabat Rasullulah saw . Beliau berasal dari negeri Parsi. Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberikan jawatan sebagai Gabenor di salah sebuag jajahan takluk islam. Namun, demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang merendah diri dan zuhud di dalam kehidupannya. Beliau tidak terpesona dengan kemewahan dunia yang sementara ini. Beliau adalah sahabat yang mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandaq.
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat jelata tanpa mengenali Salman terus menariknya dengan kasar lalu menyuruhkannya membuat kerja berat. Orang itu, menjumpai Salman al-farisi lantas terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja berat. Kemudian menyuruh Salman al-Farisi ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman al-Farisi memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak soal Salman al-Farisi terus memikulnya. Dipertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman al-Farisi memikul karung. Lalu berkata :"Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman al-Farisi, Amir negeri kita ini." Terkejut lelaki itu mendengarnya, apabila dikenangkan orang yang dikasarinya itu adalah gabenornya sendiri.
Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman al-Farisi menurunkan karung yang dipikulnya itu. Tetapi Salam a-Farisi menjawab:"Oh tidak mengapa tuan, biarlah saya memikul barang tuan ini sehingga sampai ke rumah tuan."
12 comments
Write commentsperkongsian yang baik. thanks =)
Replybegitu merendah diri..wajib jadi contoh pemimpin hari ini
ReplyAssalammualaikum mSelim. Kalaulah ada pemimpin begitu di Malaysia, pasti bertambah aman dan makmur kehidupan kita semua. Yang berlambak ialah mereka yang sibuk membuncitkan perut sendiri.
ReplySeorang yang bijak..seorang yang zuhud..yang mulia...indah sekali ceritanya
ReplyAssalam mselim,
ReplyAdakah pemimpin yg bersifat zuhud sepertinya hari ini? Jika kita ditakdirkan menjadi pemimpin satu hari nanti... Ingatkanlah kisah ini agar menjadi ingatan dan amalan...
mampukah amir pada masa sekarang mampu menjadi seperti beliau???
ReplyThanks MS..Pemimpin Islam yang punya pekerti yang mulia dan disegani..Alangkah baiknya kalau semua pemimpin macam nikan..
ReplyAssalam MSelim3
ReplyMmg susah nak dapat seorang pemimpin spt ini pada waktu sekarang. Sifat yg patut kita semua contohi. T kasih atas perkongsian ini.. :)
Susah nak jumpa orang perangai baik macam ni..hehe
ReplyTerima kasih atas perkongsian ini mselim. Beliau mempunyai karisma yang tinggi sebagai pemimpin. Pemimpin kita patut menjadikan beliau sebagai ikon dalam kepimpinan.
ReplyTeringat nama anak seorang kenalan.. salman alfarisi
ReplyPemimpin yang begitu merendah diri.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon