Solat Tahiyyatul Masjid ini digalakkan kita mengerjakannya setiap kali kita melangkah masuk ke masjid sebelum kita mengerjakan solat sunat mutlak, sulat rawatib atau solat fardu atau pada bila-bila masa dengan tujuan lain daripada solat. Apabila seseorang yang masuk masjid serta mempunyai keluasan masa yang mencukupi untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid maka hendaklah dikerjakan kerana meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran hukumnya makruh.
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud :"Apabila seseorang kamu masuk masjid , maka janganlah kamu teus duduk sebelum kamu solat dua rakaat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niatnya :
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat sunat ini dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Pada rakaat itu selepas Al-Fatihah sebaik-baiknya kita membaca surah. Jika ditinggalkan membaca surah pun tidak mengapa.
Masjid adalah rumah Allah yang wajib dihormati dan diperlihara kesucian dan kemuliannya. Pergi ke masjid hendaklah dalam keadaan bersih,khusyuk dan merendah diri. Hendaklah membersihkan badan daripada kekotoran dan berwuduk serta berpakaian dengan pakaian yang paling baik dan rapi.
Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat
ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan
pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.
(Surah al-Araf : 31)
Apabila keluar/masuk rumah menuju ke masjid bacalah doa berikut :
Selepas itu, apabila masuk/keluar ke dalam masjid bacalah doa ini :
Setelah selesai solat hendaklah niat duduk iktikaf dalam masjid, bacalah pula doa iktikaf :
Diwaktu iktikaf ini sebaik-baiknya diisi dengan membaca al-Quran,zikir,selawat atas nabi,solat sunat dan lain-lain. Di dalam masjid hendaklah dielakkan dari perbuatan yang bersifat keduniaan.
Daripada ;
mselim3.blogspot.com
24 comments
Write commentsterima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini mselim...
Replyperkongsian yang amat berguna mselim...terima kasih
Replyassalammualaikum mselim,
Replylama niesa xsinggah sini..thanks utk perkongsian ni..
misalnya, masuk masjid, terus solat fardhu dulu, dah tak bolehkan buat solat sunat tahiyat masjid lepas tu?
ReplyAssalammualaikum...mujahidah maisarah,
ReplyJika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. Tetapi jika terlupa barang sekejap maka boleh bangun dan terus solat. Tetapi jika kadar terlupanya lama .. tidak dibolehkan solat tahiyyatul masjid... sekian..
mselim3
Salam Mselim
Replybagus panduan ini.
nampak remeh tapi ramai yang mungkin tidak tahu
Replysedangkan pahalanya amat besar
ReplyAssalammualaikum mselim...
ReplyBagus sekali entry ini... selain mengingatkan kepada yang dah lupa... dapat juga memberi pengetahuan kepada yang belum tahu... :) TK
Assalamualaikum mselim...
ReplyBagus sekali entry ini... selain mengingatkan kepada yang dah lupa... dapat juga memberi pengetahuan kepada yang belum tahu... :) TK
perkongsian yang sangat bermanfaat :)
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyPerkongsian yg bermanfaat. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
Terima kasih atas peringatan.
ReplyInsyaa Allah tak akan lupa.
ada yang pergi ke masjid untuk tidur sebelum solat atau selepas solat..adakah perbuatan ini wajar dilakukan..
ReplyAssalam mselim
ReplyMacam2 doa dan amalan boleh kita lakukan diMasjid...peluang mudah untuk mendapat ganjaran pahala.
Thanks for sharing.
Replyterima kasih untuk perkongsian ni :)
ReplyAssalammualaikum mSelim. Kadang2 ada jemaah yg duduk terlebih dahulu kemudian baru solat sunat tahiyyatul masjid. Terima kasih diatas perkongsian..:)
ReplyAssalammualaikum mselim.. Thanks for sharing this :)
Replyterima kasih
Replyselalu sampai masjid imam dah mula so terlepas nak bertahyatul masjid dulu..
ReplyThanks MS...peringatan & ilmu yang baik untuk kita semua...
ReplyNice sharing mselim ;)
ReplyTerima kasih bro kongsikan..nanti saya nak amalkan...hehe
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon