Tanda-Tanda dan Kelebihan Malam Lailatul Qadar

malamlailatulqadar

Hasan Al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul Qadar diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang,damai dan tenteram,tidak panas, dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokkannya harinya tidak terik. 


Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatul Qadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang islam kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari , menyebabkan suasana di bumi dingin daan tenang. 

kelebihanmalamlailatulqadar


Kelebihan Malam Lailatul Qadar 

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran surah Al-Qadr. Malam Lailatul Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 tahun atau 83 tahun. 


Oleh kerana itu, Rasullulah saw sangat menggalakkan umat islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul Qadar itu. Aisyah ra meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda :
"Carilah malam Lailatul Qadr pada pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan." 
(HR Bukhari,Muslim,At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Sebuah hadis Rasullulah saw yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa Baginda bersabda yang bermaksud :
"Carilah Malam Lailatul Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; pada malam ke 21,23, dan 25." 
(HR Bukhari,Muslim,Abu Daud,An-Nasai,At-Tirmizi dan Imam Malik

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian yang ada berpendapat Malam Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan dan sebagainya dengan masing-masing dengan hujjahnya. 

Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya. 




Doa Malam Lailatul Qadar

Rujukan; Amal Ibadat Malam Bulan Ramadan.
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Nadia Johari
AUTHOR
July 14, 2014 at 2:59 PM delete

Allahuakbar.. Allah selalu beri ganjaran kepada hambanya..

Reply
avatar
July 14, 2014 at 3:20 PM delete

Perkongsian yang berguna ini. Nak kena cari Malam Lailatul Qadar ini.

Reply
avatar
cikpinz
AUTHOR
July 14, 2014 at 3:34 PM delete

Assalammualaikum mselim3..
Semoga kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar. InshaAllah

Reply
avatar
Cik Itah
AUTHOR
July 14, 2014 at 4:39 PM delete

salam. bagus perkongsian ni..thanks share ya :))

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 14, 2014 at 4:44 PM delete

sama - samalah kita mencari malam lailatul Qadar .

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
July 14, 2014 at 4:57 PM delete

Beruntunglah kepada mereka2 yang 'bertemu' Malam Lailatul Qadar.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 14, 2014 at 10:30 PM delete

indahnya Islam ^____^

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
July 15, 2014 at 12:47 AM delete

banyak kan mselim kelebihan lailatul qadar...semoga kita sama2 dapat memanfaatkan malam tersebut insyaAllah :)

ika klik3 promoted content, invest smart n dove :))

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
July 15, 2014 at 8:32 AM delete

Assalamualaikum mselim, Semoga kita beroleh malam lailatul qadar...
Salam Nuzul Al-Quran 1435H... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
July 15, 2014 at 11:32 AM delete

nice sharing mselim,semoga kita semua mendapat manfaat di bulan yg penuh keberkatan ni.. :)

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
July 21, 2014 at 12:28 PM delete

Inshaallah..jom kita usaha mencarinya.

Reply
avatar
Cikna
AUTHOR
July 22, 2014 at 1:04 PM delete

Nice, semoga bertemu mlm lailatulqadar....;-)

Reply
avatar
July 23, 2014 at 7:38 AM delete

Singgah menabung HYPP TV untuk MS...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 23, 2014 at 2:08 PM delete

beruntungnya siapa yg menjumpai malam lailatul qadr kan..:)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon