Panduan atau Cara Solat Sunat Tarawih Keluaran JAKIM

ahlansahlanyaramadan

Panduan atau Cara Solat Sunat Tarawih Keluaran JAKIM - Setiap tahun, kita umat islam berpuasa di bulan ramadan yang mulia dan sempena itulah kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadah sembahyang sunat tarawih,sunat witir,tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. 


Oleh itu, supaya kita sama-sama dapat menghidupkan dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini , dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam "Lailatul Qadr" seperti yang dijelaskan dari firman Allah swt pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud "Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain" dan sebagaimana sabda Rasullulah saw di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:"Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu". Maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. 

Hukumnya solat sunat tarawih ini adalah sunat Muakkad (yang sangat-sangat dituntut) dikerjakan oleh orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. 


Sunat dikerjakan di Masjid,Surau, dan lain-lain tempat. 
Dilakukan solat sunat tarawih ini adalah selepas solat isyak. Pada umumnya masyarakat Malaysia mendirikan sembahyang atau solat sunat tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. 

Pada zaman Rasullulah saw sembahyang atau solat sunat tarawih ini dikerjakan 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan pada umatnya. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasullulah saw pernah mengerjakan solat ini sebanyak 20 rakaat. 

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab ra beliau berpendapat orang islam pada zamannya tidak keberatan menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat.
Sembahyang atau solat sunat tarawih hendaklah ditunaikan atau dilakukan 2 rakaat satu salam sehingga genap rakaat yang dikehendaki. 

Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu"

Berikut adalah buku online panduan Sembahyang (Solat) Sunat Tarawih keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

panduansembahyangsunattarawih
Previous
Next Post »

27 comments

Write comments
Affy Afiqah
AUTHOR
June 30, 2014 at 8:24 PM delete

dekat kampung ika hanya buat 8 rakaat je, setiap tahun macam tu...mgkin utk memudahkan warga emas utk menunaikan terawih jgk..sbb kmpung ika ni ramaii dah warga emas, yg muda2 sume dh keluar dr kampung...

semoga kita istiqamah terawih ya mselim walaupun hanya sunat...

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
June 30, 2014 at 11:00 PM delete

assalam abg selim nice sharing

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
June 30, 2014 at 11:36 PM delete

Istimewanya terawih hanya di bulan Ramadan. .jom ramai2 rebut pahala.

Reply
avatar
July 1, 2014 at 12:06 AM delete

Terima Kasih MS atas perkongsian yang bermakna ini ...
Moga ianya banyak meberi manfaat utk kita semua ../
Salam ramadhan

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
July 1, 2014 at 4:03 AM delete

Assalam MSelim3;

Perkara spt ini mmg tak boleh dipandang ringan.. mmg perlu dirujuk kan. T kasih atas perkongsian ini.

Reply
avatar
cikpinz
AUTHOR
July 1, 2014 at 10:48 AM delete

Assalmmualaikum mselim3..
terima kasih sebab berkongsi panduan solat sunat tarawih..

Reply
avatar
July 1, 2014 at 11:56 AM delete

terima kasih kerana berkongsi ^_^

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 1, 2014 at 12:31 PM delete

Assalamualaikum tuan blog mselim3..
terima kasih atas perkongsian ilmu.. salam ramadhan..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
July 1, 2014 at 1:04 PM delete

Thanks MS...Moga-moga amalan Terawih kita diterima Allah..

Reply
avatar
Mokcik Ann
AUTHOR
July 1, 2014 at 1:29 PM delete

Terbaikk.. Selamat Berpuasa & Menjalankan ibadah lain dengan penuh tawaduk..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
July 1, 2014 at 10:35 PM delete

terima kasih berkongsi...selamat berpuasa bro mselim3 :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 2, 2014 at 5:54 AM delete

Selamat berpuasa mselim... betul ke ada yang kata solat tarawih berjemaah tu adalah bidaah? sepatutnya ia di lakukan bersendirian...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 2, 2014 at 7:02 AM delete

besar sungguh pahala solat terawih nih..

Reply
avatar
aizu's life
AUTHOR
July 2, 2014 at 8:14 AM delete

assalamualaikum.. salam ramadhan :)
alhamdulillah. skrg ni mudah nk dapatkn info2 cmni. whether refer buku or on9.. mudah2an amal ibadah kita diterima

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
July 2, 2014 at 11:35 AM delete

assalammualaikum selim..tq share..wah selim penyokong brazil rupanya..good luck untuk brazol ;)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 2, 2014 at 11:55 AM delete

Assalammualaikum...acik idah,

betul ke ada yang kata solat tarawih berjemaah tu adalah bidaah? sepatutnya ia di lakukan bersendirian...

Jawapannya :
Memang ada sesetengah pendapat mengatakan ia adalah bidaah ..
Nabi Muhammad SAW. sengaja tidak menjadi imam saat sholat tarawih berjamaah karena Beliau takut sholat tarawih (dikerjakan berjemaah di masjid) disangka Wajib hukumnya... sedangkan sholat sunnah lebih baik dikerjakan dirumah masing - masing... tetapi Nabi Muhammad SAW sama sekali tidak melarangnya (sholat tarawih berjamaah)......
Perkara ini perlu perbincangan agak mendalam tentang hadis2.. yang menyatakan solat berjemaah ini adalah bidaah.. namun tidak dapat dibincangkan disini. Ini kerana solat sunat tarawih berjemaah ini telah menjadi amalan masyarakat di Malaysia kecuali Majlis Fatwa Malaysia mengatakan atau mengeluarkan fatwa tentang solat sunat tarawih adalah bidaah dan tidak digalakkan berjemaah di Masjid2 di Malaysia...

mselim3

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
July 3, 2014 at 11:41 AM delete

Perkongsian yang baik. Salam Ramadhan mselim :-)

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
July 3, 2014 at 1:46 PM delete

terima kasih bro muslim..
bgus entry ni saling mngingatkan.. :)

Reply
avatar
July 3, 2014 at 7:22 PM delete

Ada yang buat lapan ada yang buat 20, bg Muz, yg lebih penting bukan angka ttp keikhlasan ;)

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
July 4, 2014 at 6:29 PM delete

Assalamualaikum..

terima kasih mselim share info bgus nih...leh donlod jap gi...leh tmbh ilmu dgn membaca dan blaja

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
July 6, 2014 at 1:41 PM delete

bukan bilangan rakaat yang penting, tapi khusyuk dalam solat dan buat semata-mata mengharap keampunan Allah. itu yang paling penting

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
July 9, 2014 at 4:47 PM delete

terbaca jwpn kpd soalan acik idah tu..niesa pn tertanya2 gak sebelum ni..thanks atas perkongsian dan pencerahan tu mselim...

menabung kt sini..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon