Saudah binti Zam'ah Isteri Rasullulah Selepas Kewafatan Saidatina Khadijah

saudahbintizam'ah


Walaupun nama saudah binti zam'ah tidak popular berbanding isteri-isteri rasullulah saw yang lain, dia tetap termasuk wanita yang mewakili martabat yang mulia dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah swt dan RasulNya. 


Rasullulah saw menikahinya bukan semata-mata kerana harta dan kecantikkan. Sesungguhnya Saudah tidak tergolong dalam wanita yang cantik dan kaya. Rasullulah saw melihat dalam dirinya semangat jihad yang tinggi di jalan Allah swt,kecerdasan otak,perjalanan hidup yang baik, keiamanan serta keikhlasannya kepada Allah dan RasulNya. 

Dalam keadaan kesepian selepas kematian Khadijah ,peristiwa israq dan mikraj berlaku. Di sana baginda menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Kaum musyirikin yang mendengar kisah itu tidak mempercayainya , bahkan memperolok-olokkan baginda. Dalam keadaan seperti itu, Saudah binti Zam'ah tampil untuk turut sama berjuang dan sentiasa menyokong Rasullulah saw kemudian dia menjadi isteri Rasullulah saw yang kedua selepas Khadijah. 

Kaulah binti Hakim salah seorang mujahid wanita yang pertama memeluk islam. Khaulah adalah isteri Usman bin Madh'um. Melalui kehalusan perasaan dan kelembutan fitrahnya Khaulah sangat memahami keadaan Rasullulah saw yang sangat mendambakan pendamping yang akan menjaga dan menguruskan baginda serta mengasuh Ummu Kalthum dan Fatimah selepas Zainab dan Ruqayah berkahwin. 

Kemudian, Khaulah menemui dan bertanya langsung kepada Rasullulah saw tentang orang yang akan menguruskan rumahtangga baginda. Baginda setuju dengan cadangan Khaulah. Baginda Rasullulah saw bertanya,"Siapakah yang kamu pilih untukku?" 
Dia menjawab,"Jika kamu menginginkan seorang gadis Aisyah binti Abu Bakar ialah orangnya dan jika kamu inginkan seorang janda Saudah binti Zam'ah ialah orangnya." Rasullulah saw mengingati nama Saudah kerana sejak keislamannya beliau begitu banyak memikul beban perjuangan menyebarkan islam. Akhirnya pilihan Baginda jatuh kepada Saudah. 

Pernikahan baginda dengannya bukanlah atas dorongan keinginan duniawi semata-mata tetapi kerana Rasullulah saw yakin bahawa Saudah dapat menyertai serta menjaga keluarga dan rumahtangga Rasullulah selepas kewafatan Khadijah. 


Saudah merupakan seorang wanita yang besar tinggi,berbadan gemuk, tidak cantik dan tidak kaya. Dia adalah seorang janda. Perkahwinan pertamanya dengan anak bapa saudaranya Syukran bin Amr dan menjadi isteri yang setia dan tulus. Suaminya Syukran , adalah orang yang pertama menerima hidayah Allah swt. Rasullulah saw memilihnya sebagai isteri kerana keimanannya yang kukuh yang mampu menjadi pemimpin di rumah ayahnya yang masih musyirik. 


Khaulah menemui Saudah dan menyampaikan berita gembira bahawa tidak semua wanita dianugerahi oleh Allah swt menjadi isteri Rasullulah saw. Ketika bertemu dengan Saudah, Kaulah memberitahu"Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah swt memberkatimu dengan nikmat sebesar ini? Rasullulah saw mengutusku untuk meminang kamu untuknya." 

Hal itu, merupakan berita besar , Saudah tidak sekali mengimpikan menjadi isteri Rasullulah setelah orang ramai membiarkannya setelah kematian suami. 

Saudah mula menguruskan rumahtangga Rasullulah saw , dia menjaga Ummu Kalthum dan Fatimah seperti menjaga anak sendiri . Saudah memiliki kelembutan dan kesabaran yang dapat menghiburkan Rasullulah saw, sekaligus memberikan semangat . 

Dia tidak pernah mengharapkan dirinya dapat sebaris dengan Khadijah di hati Rasullulah saw. 

Namun, pada dasarnya dia belum mampu mengisi kekosongan hati Rasullulah saw walaupun dia memperolehi limpahan kasih sayang daripada Rasullulah saw. Tidak berapa lama kemudian turun wahyu yang memerintahkan Rasullulah saw menikahi Aisyah binti Abu Bakar yang masih muda. 

Saudah rela dan tidak sedikit pun memiliki perasaan cemburu kepada Aisyah. Dia merelakan madunya berada dalam keluarga Rasullulah saw . Dia merasa cukup bangga menyandang gelaran ummul mukminin dapat menyayangi Rasullulah dan dapat menyakini ajarannya, sehingga dia tidak terpengaruh oleh kepentingan duniawi.

Wajahnya sentiasa ceria dan tutur katanya lemah lembut. Dia bahkan sentiasa membantu dan menyelesaikan urusan-urusan Aisyah. Aisyah sangat menyayangi Saudah. Aisyah berkata :"Tidak ada wanita yang kucintai untuk berkumpul bersama-samanya selain Saudah binti Zam'ah kerana dia memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh wanita lain."Saudah merelakan malam-malam gilirannya untuk Aisyah semata-mata untuk memperolehi keredhaan Rasullulah saw. 

Saudah mendampingi Rasululah dalam perang khaibar. Pada peperangan ini pula Rasullulah saw Safiyah binti Huyay bin Akhtab. Mendengar khabar pernikahan itu, Saudah tetap rela dan menerima kehadiran Safiyah dengan hati yang terbuka dan bersih hati daripada perasaan cemburu dan iri hati. 

Saudah menunaikan haji wada' bersama isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. Setelah haji wada' , Rasullulah saw sakit tenat dan meminta persetujuan isteri-isteri baginda yang lain untuk tinggal di rumah Aisyah. Ketika Rasullulah saw sakit Saudah sentiasa menziarahi baginda dan membantu Aisyah menjaga Rasullulah saw sehingga Rasullulah saw wafat. 

Pada zaman kegemilangan Khalifah Umar bin Khattab , Saudah tetap meneruskan kehidupannya secara sendirian untuk beribadah sehingga ajal datang n. Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Saudah meninggal pada tahun ke 19 H. 

Saudah wanita istimewa kerana kekuatan dan keteguhannya dalam menempuh derita,pengusiran,penganiayaan dan kezaliman daripada kaum quraisy maupun daripada keluarganya sendiri. 
Sifat mulia yang ada dalam dirinya adalah kesabaran dan keredhaannya menerima takdir Allah swt ketika suaminya meninggal dunia, dia perlu kembali ke rumah ibu bapanya yang masih musyrik, sehingga Rasullulah saw memilihnya menjadi isteri. Tak pernah ada perasaan cemburu dalam hatinya terhadap isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. 

Saudah juga dikenali dengan kemurahan hatinya dan suka bersedekah. Semga rahmat Allah sentiasa menyertai Sayidah Saudah binti Zam'ah dan Allah swt memberinya tempat yang layak di sisiNya.. Amin. 

"Saudah rela dan tidak sedikit pun memiliki perasaan cemburu kepada Aisyah. Dia merelakan madunya berada dalam keluarga Rasullulah saw . Dia merasa cukup bangga menyandang gelaran ummul mukminin dapat menyayangi Rasullulah dan dapat menyakini ajarannya, sehingga dia tidak terpengaruh oleh kepentingan duniawi."


Sumber : 100 Tokoh Wanita Disisi Rasullulah
Previous
Next Post »

28 comments

Write comments
May 16, 2014 at 8:55 PM delete

terima kasih untuk artikel ini.. serius pertama kali baca tentang kisah ini

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
May 16, 2014 at 9:40 PM delete

perisian jumaat yang baik mselim

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
May 16, 2014 at 10:42 PM delete

Assalamualaikum MSelim3
Pengetahuan yg baharu buat saya ni.. t kasih atas perkongsian ilmu...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 16, 2014 at 10:50 PM delete

Cik akak baru pertama kali tahu kisah nie
Perkongsian yang hebat

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
May 17, 2014 at 2:28 AM delete

hebat beliau.. setahu saya, aisyah r.a pun ada sifat cemburu, tetapi dengan khadijah ra..
menabung sini.. :)

Reply
avatar
farahiyah
AUTHOR
May 17, 2014 at 7:41 AM delete

tq share. xtahu pun ttg Saudah sebelum ini

Reply
avatar
May 17, 2014 at 8:40 AM delete

wah! serius baru taw..timakasih share!

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
May 17, 2014 at 12:46 PM delete

Kisah2 dibawah tokoh wanita Islam ni banyak yg saya tak tau, terima kasih sahabat.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 17, 2014 at 4:57 PM delete

SubhanAllah isteri-isteri baginda juga semuanya memiliki akhlak mulia.. syukran atas perkongsian tentang Saudah binti zamah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 17, 2014 at 4:58 PM delete

terlupa nk bagitau, anda ditag, kalau ada masa lapang nnti jawablah ^^

http://thekreatifketayap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award_17.html

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
May 17, 2014 at 6:37 PM delete

terima kasih ats perkongsian..byak pengajaran dan peringatandi perolehi

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 17, 2014 at 10:06 PM delete

selamat malam..
husna singgah dari segmen kak mia..:)

klik nuffy whisper..

Reply
avatar
Nina Mads
AUTHOR
May 17, 2014 at 11:22 PM delete

Assalammualaikum...

perkongsian yg menarik malah sy xtahu pun ada lg isteri2 rasullullah. wanita2 yg tabah dan solehah

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
May 18, 2014 at 4:05 PM delete

Kisah wanita solehah yang bersemangat jitu...
Yang bunda sendiri tak pernah tahu sebelum ini...
Terima kasih atas perkongsian ini...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 18, 2014 at 7:01 PM delete

perkongsian yang bermanfaat ...

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
May 19, 2014 at 5:18 PM delete

assalamualaikum..

good entry..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 19, 2014 at 11:16 PM delete

Perkongsian berilmu untuk PC..syukur alhamdulillah..rindunya pada mu Rasulullah SAW..

Reply
avatar
May 20, 2014 at 10:28 AM delete

Ya Allah..mmg ni kali pertama sally tau pasal beliau...sucinya hati beliau..

Reply
avatar
May 20, 2014 at 11:50 AM delete

Salam

Islam tidak membezakan rupa paras. Hati yang ikhlas itu keutamaan

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
May 20, 2014 at 1:35 PM delete

Assalammualaikum mselim,thanks utk perkongsian ni....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2014 at 1:59 PM delete

Salam mSelim. Malangnya di zaman kita sekarang, semua nak ikut Sunnah Nagi kahwin 4 tapi nak yang dara dan cantik sahaja.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 22, 2014 at 3:41 PM delete

sangat menarik ceritanya... tapi org zaman skrg nak kawen 4 sebab nak nunjuk dan sebab tak syg isteri lama.. hmm ..panaih gok citer gini..hehehe

Reply
avatar
May 24, 2014 at 11:52 AM delete

Salam ...Arini bila baca baru tahu ..Tq sudi berkongsi info

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
May 27, 2014 at 10:51 AM delete

Kesabaran macam ni tak semua orang akan ada...kan bro..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon