Setiap isteri Nabi saw memiliki kelebihan. Begitu kjuga dengan Juwairiyah yang telah membawa keberkatan yang besar kepada kaumnya, Bani Musthaliq. Setelah dia memeluk islam, Bani Musthaliq mengikrarkan diri menjadi pengikut Nabi saw. Juwairiyah ialah seorang anak perempuan kepada pemimpin bani Musthaliq yang bernama al-Haris bin Abi Dhiraar yang sangat memusuhi islam. Sudah tentu dia memiliki sifat dan kehormatan sebagai keluarga seorang pemimpin.
Dia merupakan gadis cantik yang luas ilmu dan budi pekerti dalam antara kaumnya. Rasullulah saw memerangi mereka sehingga ramai dikalangan mereka yang terbunuh dab wanita menjadi tawanan perang. Antara tawanan perang tersebut adalah Juwairiyah yang memeluk islam dan keislaman adalah merupakan kebaikan bagi kaumnya.Tentang Juwairiyah, Aisyah menceritakan sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Sa'ad dalam Tobaqat,"Rasullulah saw menawan wanita Bani Musthaliq , kemudian baginda mengasingkan sperlima daripada mereka dan membahagikan kepada kaum Muslimin. Penunggang kuda mendapat dua bahagian dan lelaki mendapat satu bahagian. Juwairiyah jatuh ke tangan Tsabit bin Samas al-Anshari.
Sebelum itu, Juwairiyah bernikah dengan anak bapa saudaranya, iaitu Musafi bin Safwan bin Malik bin Juzaimah yang tewas dalam pertempuran melawan kaum muslimin. Ketika Rasullulah saw sedang berkumpul denganku, Juwairiyah datang bertanya perjanjian pembebasannya. Aku sangat membencinya ketika dia menemui Baginda.
Kemudian dia berkata :"Wahai Rasullulah saw aku Juwairiyah binti al-Haris pemimpin kaumku. Kini aku berada dalam kekuasaan Tsabit bin Qais. Dia membebaniku dengan 9 keping wang emas, padahal aku sangat menginginkan kebebasanku."
Baginda menjawab,"Aku penuhi permintaaanmu untuk membayar 9 keping emas dan aku akan menikahimu." Dia menjawab ,"Baiklah wahai Rasullulah saw." Baginda bersabda, Aku akan melaksanakannya."
Kemudian tersebarklah khabarnya itu dan para sahabat Rasullulah saw berkata,"Ipar Rasullulah saw tidak layak menjadi hamba."
Mereka membebaskan tawanan Bani Musthaliq yang jumlah 100 keluarga kerana perkahwinan Juwairiyah dengan Rasullulah. Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang banyak berkat berbanding Juwaiiyah."
Selain itu, Aisyah sangat mengambil berat akan kecantikkan Juwairiyah dan itulah antara sebab Rasullulah saw menawarkan diri untuk menikahinya. Rasullulah saw meminang Juwairiyah dengan mas kahwin 400 dirham. Aisyah sangat cemburu dengan keadaan seperti itu.
Padahal Rasullulah saw berbuat baik kepada Juwairiyah bukan semata-mata kerana kecantikan wajahnya, melainkan belas kasihan Baginda kepadanya.
Ketika Juwairiyah menikahi Rasullulah saw Baginda mengubah namanya daripada Burrah kepada Juwairiyah sebagaimana disebutkan Tobaqat Ibnu Saad "Nama Juwairiyah binti al-Haris merupakan perubahan daripada Burrah."
Setelah Rasullulah saw wafat, Juwairiyah mengasingkan diri serta memperbanyakkan ibadat dan bersedekah pada jalan Allah. Ketika terjadi fitnah besar berkaitan dengan Aisyah ra dia banyak berdiam diri dan tidak berpihak dengan mana-mana pihak.
Juwairiyah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Mua'wiyah bin Abu Sufian pada usia 60 tahun. Dia dikebumikan di Baqi' bersebelahan dengan makam isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. Semoga Allah meredhainya dan semua isteri Rasullulah saw.
Sumber : 100 Tokoh Wanita Di Zaman Rasullulah saw
24 comments
Write commentsnice sharing....
ReplyPC suka baca kisah Rasulullah SAW dan keluarga baginda..best entry..tak jemu dan semakin rindu Rasulullah SAW..moga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak..amin..
Replyterbail.. :)
ReplyThanks MS..Mereka semua bertuah kerana menjadi sebahagian dari hidup Rasulullah SAW.
Replyassalammualaikum mselim,
Replyperkongsian yg bermanfaat..byk jugak yg niesa xtau pasal wanita2 yg pernah menjadi isteri Rasulullah ni..thanks sbb share.. :)
Perkongsian yang berguna. Banyak sejarah yang kita tak tahu tentang kehebatan Orang Islam pada masa kegemilangan Islam.
ReplyAssalammualaikum mselim3..
ReplyPerkongsian yang bermanfaat..CP banyak juga dapat info dan ilmu di blog mselim3..
CP
Assalamualaikum..
Replykisah-kisah Rasulullah mmg bagus di baca... banyak tauladan yg kita dpt... suka baca entry yg mcm ni.. thanks bro share ni...
owh baru2 ni ada dgr kisah isteri rasullah ..juwairiyah pun ada diceritakan.. terima kasih ats pkongsian bro
ReplyEmm inilah salah satu contoh yang harus di ikuti..terima kasih kongsikan cerita yang sangat bermanfaat..
Replybagus bila boleh baca kisah isteri2 Rasullulah..byk yg sy belum tau..:)
ReplyAssalammualaikum mSelim. Nak cari isteri Rasulullah yang mcm ni, ada ke? hehe
ReplyAssalamualaikum Selim..
ReplyTerima kasih atas perkongsian Selim..
Alhamdulillah... baru tau... TQ mselim :)
ReplySalam MSelim
ReplyJuwairiah digambarkan dengan kecantikan dalaman dan luaran yang baik sekali..
Begitu besar sekali peranan Juwairiyah terhadap bangsanya. Sungguh bijak sekali keputusan Rasulullah saw menikahi Juwairiyah.
ReplyTerima kasih sahabat diatas perkongsian ini.
menarik membawa kisah kisah di blog ni..banyak tauladan yang diperolehi..terima kasih berkongsi :)
Replybertambah lagi ilmunya ...
ReplyTerima kasih atas perkongsian nie MSelim..
ReplyAssalamualaikum MSelim3
ReplyPerkongsian yg sgt baik utk ilmu kita semua.. t kasih ye...
Terimakasih.. Nurul suka baca posting Mselim tentang Rasulullah
ReplyPerkongsian yang sangat bagus, buat kita lebih ,mengenali sirah isteri Nabi kita.
ReplySudah lama tidak membaca kisahnya hampir terlupa, terima kasih tolong mengingatkan semula
ReplyNice N3......;-)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon