Kisah Menarik Tentang Lebah Yang Disebut Dalam Surah An Nahl

perihallebah

Pernah tak kita terfikir tentang kehidupan haiwan atau binatang yang bernama "lebah". Apakah keistimewaan lebah ini sehingga ia disebutkan di dalam surah al-Quran. Pernah dengar dan baca perihal lebah dalam surah al-Naml. Marilah kita sama-sama membaca kisah atau keunikan lebah ini.

Walaupun sebelum ini mselim3 pernah menerbitkan perihal lebah yang bertajuk "Lebah Pun Berselawat" . Lebah juga mempunyai madu yang mempunyai khasiat-khasiat yang tertentu dalam mengubati penyakit. Kajian Saintifik Tentang Khasiat Madu mendapati madu mempunyai khasiat dalam menjaga dan mengimbangi kekuatan badan dan serta menghilangkan kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi, merangsang tenaga batin dan lain-lain khasiat yang sukar untuk kita mengkajinya. 

Apa yang nyatanya madu yang dihasilkan lebah ini mempunyai seribu satu faedah atau khasiat yang tersembunyi dan mempunyai sebab atau asbab yang tertentu mengapa Allah menceritakan perihal lebah ini . 

komponenlebah


  1. Lebah madu Afrika (killer bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter).
  2. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di sebahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya. 
  3. Lebah menggunakan matahari sebagai kompas. Walaupun matahari dilitupi awan ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit. 
  4. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia. 
  5. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (20.92-24.24 km/j) 
  6. Lebah mengembara sebanyak 1,600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 aun madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi. 
  7. Lebah perlu pergi ke 2,000,000 kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu. 
  8. Sepanjang tempoh pengeluaran madu jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja. 
  9. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40,000 hingga 45,000 ekor lebah. 
  10. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia. 
  11. Suhu sarang lebah adalah sekitar (32-35 Celcius) atau 90-95`F.
  12. Permaisuri lebah mengeluarkan 2,000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000-200,00 biji telur setahun. 
  13. Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan. 
  14. Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari. 
  15. Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit.
  16. Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimananya letaknya nektar dan debunga. 
  17. 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor). 
  18. Lebah mempunyai 4 sayap. 
  19. Otak lebah berbentuk bujur dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kekuatan luar biasa dalam belajar dan mengingat sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpul madu lebah. 
  20. Anggaran 1,100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut seorang manusia. 
  21. Drone (lebah jantan) lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak bekerja. Satu-satu tugas drone adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. 
Diharapkan kejadian lebah yang sangat unik ini , menjadi titik tolak untuk kita lebih menghargai madu . Uniknya lebah sehingga hal ini menjadikan lebah disebutkan dalam surah An Nahl ayat 68-69.


surahannahlayat68
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

surahannahlayat69

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

"Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari."


Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

24 comments

Write comments
Niesa
AUTHOR
March 17, 2014 at 1:19 PM delete

Assalammualaikum mselim,
byk jugak pasal lebah yg niesa x tau nih..tau pasal madu lebih boleh sembuhkan batuk je..ahaha..thanks share.. :D

Reply
avatar
Sheila Salim
AUTHOR
March 17, 2014 at 1:54 PM delete

Assalamualaikum. Subhanallah. terima kasih berkongsi ilmu. semua info-info ni first time sheila tahu. Allahuakbar. Madu sedap, banyak khasiatnya. sheila singgah sambil klik tabung di sini ya ~~~

Reply
avatar
shahrilhakime
AUTHOR
March 17, 2014 at 2:32 PM delete

Assalamualaikum tuan.....tq berkongsi.... berkongsi benda baik ni... sama2 kita dapat manfaat...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 17, 2014 at 2:49 PM delete

Assalam MSelim3... subhanallah.. bnyk khasiat madu utk kita.. sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kpd setiap insan... Allahuakbar..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 17, 2014 at 3:17 PM delete

Lebah serangga yang hebat.
Baru cik akak tahu.
Makseh atas perkongsiannya.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 17, 2014 at 3:45 PM delete

khasiat yg tiada tandingannya ... betapa Allah sayangkan kita dengan memberi madu sangat mujarab utk kebanyakan penyakit .

Reply
avatar
PetakBunga
AUTHOR
March 17, 2014 at 4:59 PM delete

makanan sunah ubat paling mujarab

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
March 17, 2014 at 5:26 PM delete

assalamualaikum..good sharing mselim..

Reply
avatar
March 17, 2014 at 5:57 PM delete

Madu lebah adalah antara makanan terbaik kita.

Reply
avatar
March 17, 2014 at 7:46 PM delete

assalamualaikum subhanaALLAH begitu banyak khasiatnya.. terima kasih atas pekongsiannya

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
March 17, 2014 at 9:40 PM delete

subhanallah.. hebatnya ciptaan Allah.. hanya dari seekor lebah dapat menghasilkan madu yang banyak khasiatnya..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 17, 2014 at 10:02 PM delete

Subhanallah..hebat sungguh si kecil nih.. tp lg hebat kalau kena sengat dek dya.. :(

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 17, 2014 at 11:39 PM delete

perkongsian yang menarik ni, banyak juga fakta tentang lebah yang puteri tak tahu sebelum ni :)

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
March 18, 2014 at 7:24 AM delete

Banyak juga fungsi lebah nie...nice sharing..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 18, 2014 at 8:15 AM delete

Salam sahabat,
Wow! Begitu banyak pengetahuan ttg lebah yg saya dapat singgah dientri ini. Sungguh mengagumkan makhluk Allah ini!

Reply
avatar
March 18, 2014 at 4:23 PM delete

salam Tuan mselim..lama tak datang sini

Ciptaan Allah cukup indah. Lebah adalah makhluk yang hebat

Reply
avatar
March 18, 2014 at 7:28 PM delete

lebah, satu serangga kecil rupanya satu makhluk Allah yang hebat..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
March 18, 2014 at 11:23 PM delete

"Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari." Hebatnya kejadian Allah...

Reply
avatar
March 19, 2014 at 4:14 PM delete

lebah memang binatang yang amat mengkagumkan...Subhanallah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 19, 2014 at 4:58 PM delete

Aslkm! Bolih terangkan cara yang terbaik/berkesan untuk menggunakan madu lebah. Tk

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
March 19, 2014 at 7:37 PM delete

besar khasiat madu lebah disamping kehebatan yg ada pada seekor lebah..

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 20, 2014 at 6:00 AM delete

banyak pengajaran yg boleh kita belajar dari lebah..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 20, 2014 at 11:50 AM delete

very nice sharing ni, tq yer !

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
August 14, 2016 at 6:47 PM delete

Hebatnya kurniaanNya..memang madu bagus untuk kesihatan..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon