Hukum Menilik Nasib Haram dan Berdosa.

hukummeniliknasib

Satu fenomena baru yang amat berbahaya kepada umat islam ketika melayari laman Facebook untuk bermain aplications yang berkonsepkan ramalan atau menilik nasib. Selain itu, laman komuniti ada juga menyediakan kuiz-kuiz yang menilik nasib melalui personaliti hari lahir, kedudukan dalam adik beradik, bentuk jari, kedudukan tahi lalat, cara berjalan dan bermacam-macam dan pelbagai lagi yang digemari oleh rakyat kita. 


Apa yang lebih menakutkan kebanyakkan yang turut bermain itu adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul. Pernah juga , kita melihat ada permainan jawab teka-teka untuk mengetahui tentang masa depan atau jodoh dengan tujuan suka-suka.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 90;

surahalmaaidahayat90
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Imam Muslim dalam kitab Shahih Muslim, meriwayatkan bahawasanya Rasullulah saw bersabda:"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim) 


Abu Dawud pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra dari Rasullulah saw . Baginda bersabda :"Barang sesiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Rasullulah saw.

Dari Imam Amran bin Hushain ra, beliau berkata, bahawa Rasullulah saw bersabda:"Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan kepada tanda-tanda benda , burung dan lain-lain) yang meramal atau meminta diramalkan yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dikatakan , maka sesungguhnya ia telah menafikan terhadap wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah saw. (Hadis diriwayatkan Al-Bazzaar)

Oleh itu, buatlah perkara lain yang mendapat rahmat Allah swt dan RasulNya, Muhammad saw perkara sia-sia bukan sahaja merosakkan minda dan iman tapi juga membuatkan kita jauh daripada rahmat Allah.

"Barangsiapa mendatangi kepada tukang tilik, kemudian bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (Riwayat Muslim) 

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
Sheila Salim
AUTHOR
March 19, 2014 at 3:54 PM delete

Assalamualaikum.. Masyallah. dulu suka baca zodiak2.. tengok benda2 gini. semoga dijauhi perkara2 begini.. terima kasih berkongsi hukum ni...

Reply
avatar
shahrilhakime
AUTHOR
March 19, 2014 at 4:10 PM delete

ada satu lagi... yg gile dengan zodiak tu... percaya le sangat2 ramalan zodiak tu..... alahaiii

Reply
avatar
March 19, 2014 at 4:14 PM delete

macam-macam cara nak menyesatkan umat islam kini, cara halus, cara kasar

Reply
avatar
March 19, 2014 at 5:47 PM delete

aslmualaikum mselim, thanks for the great piece of reminder, memang ada yang terlalu taksub dan percaya benda2 ni...

Reply
avatar
Wafi Remli
AUTHOR
March 19, 2014 at 6:09 PM delete

Harap orang2 Islam tak termasuk dalam golongan yang percaya benda macam ni...dah sebut dalam Alquran dan hadis kot...

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
March 19, 2014 at 7:19 PM delete

walaupun hanya permainan.. sikit sebanyak akan mempengaruhi kita juga.. hukum tetap syirik.. berdosa.. thanks mselim atas peringatan

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
March 19, 2014 at 10:53 PM delete

Betul tu MS..kadang-kadang tanpa sedar mengundang dosakan...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
March 19, 2014 at 11:09 PM delete

salam bro mselim..saya x pnah main game ramalan ni... erm..walaupun mainan kat fb..tetap berdosa klau kita pcya..
mnabung inti :P

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
March 19, 2014 at 11:36 PM delete

Nanyak sgt org suka percaya benda2 mcm nie

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 20, 2014 at 12:15 AM delete

Assalam MSelim3;
Semoga kita & keluarga kita semua dijauhi dari dosa2 spt syirik ini... nauzubillah... aamiin..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 20, 2014 at 12:52 AM delete

memang ada segelintir yang terlalu taksub dan terlalu mempercayai ramalan-ramalan sebegitu...terima kasih atas perkongsian :)

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
March 20, 2014 at 3:05 AM delete

terima aksih di atas perkongsian ini meselim.. :D

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 20, 2014 at 5:57 AM delete

perkongsian yg baik.. sama2 kita jaga diri dari terpengaruh dengan budaya tilik nasib ni, sama ada kita sedar atau tak..

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
March 20, 2014 at 10:57 AM delete

Assalammualaikum mselim,
40 hari solat tidak diterima tu..takut la..xpernah lgi cuba game ramalan ni..utk ramalan tarikh lahir dan sebagainya tu niesa baca je tp xpacaya...heee..

click inti kat sini.. :D

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
March 20, 2014 at 11:35 AM delete

Sekarang ni ada trend menilik baru kat Malaysia, tilik pakai buah kelapa dengan teropong buluh.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 20, 2014 at 11:44 AM delete

Salam En. mselim...
Ermm.. memang macam2 cara musuh islam nak pesongkan akidah umat islam nie kan... dan umat islam tu pula tidak peka dengan larangan2 dalam agama itu sendiri... akibatnya... syirik secara tak sengaja... nauzubillah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 20, 2014 at 11:50 AM delete

tq berkongsi , tulah pasal, masih ada yg percaya benda2 macm ni kan !

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
March 23, 2014 at 1:30 PM delete

Dah lama tak tgk zodiak nie...

Reply
avatar
March 26, 2014 at 1:24 PM delete

takutnya..semoga kita terhindar dari syirik

Reply
avatar
April 7, 2014 at 12:49 PM delete

Syaitan cukup licik dalam menyesatkan manusia.

Reply
avatar
April 7, 2014 at 12:49 PM delete

Walaupun dunia sudah moden..masih ramai yang tersesat dengan perkara syirik, Nauzubillah

Reply
avatar
Farina
AUTHOR
June 19, 2015 at 11:54 AM delete

satu info yang bagus. kebanyakan msyarakat masih lagi menilik nasib ni. masa depam kita telah ditentukan oleh Allah. beriman la dengan qada dan qadar. Allah telah bg yg terbaik untk kita.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon