Kisah Rasulullah s.a.w Membuka Baju Untuk Dipukul 'Ukasyah

kisahukasyah


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa pada saat wafatnya Rasullulah saw, beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para muhajirin dan ansar di Masjid Rasullulah saw. Kemudian Rasullulah saw menunaikan solat dua rakaat bersama jemaah yang hadir.


Setelah selesai mengerjakan solat Baginda bangun dan naik ke ataas mimbar dan berkata :

"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinNya. Saya ini adalah sebagai saudara kandung kalian,yang kasih dan sayang pada kalian sebagai seorang ayah. Oleh kerana kalau ada yang mempunyai hak untuk menuntutku, maka hendaklah dia bangun dan balaslah saya sebelum saya dituntut di kiamat."

Rasullulah saw berkata sebanyak 3 kali, bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan seraya berkata : "Demi ayahku dan ibuku Ya Rasullulah saw kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu melakukan hal ini."

Lalu 'Ukasyah berkata lagi :"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu Ya Rasullulah pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang setelah dekat saya saya pun turun menghampiri Rasullulah supaya bertujuan dapat mencium pahamu Ya Rasullulah tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul untamu untuk berjalan cepat yang mana pada masa itu Rasullulah telah pukul pada rusuk saya. Oleh itu, saya ingin tahu samada Rasullulah hendak memukul saya atau unta tersebut."


Rasullulah saw berkata :" Wahai 'Ukasyah Rasullulah saw sengaja memukul kamu."

Kemudian Rasullulah saw berkata kepada Bilal ra :"Wahai Bilal kamu pergi keluar pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata :"Rasullulah saw telah menyediakan dirinya untuk diqisas."

Setelah Bilal sampai ke rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah ra menyahut dengan berkata :"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasullulah saw untuk mengambil tongkat beliau.

Kemudian Fatimah ra berkata :"Wahai Bilal untuk apa tongkat itu?
Berkata Bilal ra :"Wahai Fatimah ayahandamu telah menyediakan dirinya untuk diqisas."

Bertanya Fatimah ra lagi :"Wahai Bilal siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqisas Rasullulah saw?.

Bilal ra tidak menjawab pertanyaan Fatimah ra, segera Fatimah ra memberikan tongkat tersebut Bilal untuk dibawa tongkat itu kepada Rasullulah saw.

Setelah Rasullulah saw menerima tongkat itu daripada Bilal ra maka Baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Ketika melihat hal itu, maka Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar berdiri dan berkata :"Hai 'Ukasyah! kami sekarang berada di hadapanmu! Pukullah dan qisaslah kami berdua sepuasmu dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasullulah saw!." Namun, dengan lembut Rasullulah saw berkata kepada kedua sahabatnya yang dikasihi."Duduklah kalian berdua, Allah telah mengetahui kedudukan kalian."

Kemudian berdiri Saidina Ali yang langsung berkata:"Hai Ukasyah! Aku masih hidup di hadapan Nabi saw. Aku tidak sampai melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasullulah saw. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku semahumu dengan tangan engkau sendiri! Berkata Rasullulah saw Allah swt telah tahu kedudukanmu dan niatmu,Wahai Ali".

Setelah itu cucu Rasullulah Hassan dan Husin bangun dengan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasullulah saw kalau kamu menqisas kami sama dengan kamu menqisas Rasullulah saw."

Mendengar kata-kata cucu Rasullulah saw itu, Rasullulah saw berkata:"Wahai buah hatiku duduklah kalian berdua ." Kemudian Rasullulah saw berkata:"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukulku." 

Kemudian 'Ukasyah berkata :"Ya Rasullulah saw anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju ." Maka Rasullulah saw pun membuka baju maka terlihatlah kulit Baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir. 

Seketika 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasullulah saw maka ia pun mencium badan Baginda dan seraya berkata:"Saya tebus Rasullulah dengan jiwa saya Ya Rasullulah saw siapakah yang sanggup memukul Rasullulah. Saya melakukan begini kerana saya hendak menyentuh badan Baginda yang mulia ini dengan badan saya, dan Allah swt menjaga saya dari api neraka dengan kehormatanmu." 

Kemudian Rasullulah saw berkata:"Dengarlah kamu sekalian sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga inilah orangnya."
Kemudian semua jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa genting ini. Setelah itu para jemaah pun berkata:"Wahai 'Ukasyah inilah keuntungan yang paling besar bagimu engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasullulah saw di dalam Syurga."

"Maka Rasullulah saw pun membuka baju maka terlihatlah kulit Baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir. "

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

19 comments

Write comments
sitirohaida
AUTHOR
February 14, 2014 at 2:35 PM delete

subhanallah...sungguh terkesan...thanks sharing mselim..

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
February 14, 2014 at 2:55 PM delete

Subhanallah.... sebak saya baca....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 14, 2014 at 3:00 PM delete

Subhanallah...menitis air mata cik akak baca entri nie.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 14, 2014 at 10:29 PM delete

Assalam MSelim3;
Selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw.. pemimpin sepanjang zaman.. T kasih diatas perkongsian.. salam Jumaat.. :)

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
February 15, 2014 at 5:58 AM delete

Ya Allah..sesungguhnya Rasullullah itu kekasih Allah...bertuah kita menjadi umatNya...

Reply
avatar
Zam
AUTHOR
February 15, 2014 at 4:40 PM delete

pernah terbaca juga dlu kisah ni..

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
February 15, 2014 at 9:32 PM delete

sungguh mulia baginda rasulullah saw.. sikap yang perlu kita semua contohi.. selawat ke atas baginda rasulullah saw..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
February 15, 2014 at 10:47 PM delete

Sungguh tersentuh hati dengan kisah ini. Betapa adil dan rendah dirinya Rasulullah SAW. Betapa beruntungnya Ukasyah...

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
February 16, 2014 at 12:39 AM delete

Baginda Rasulullah, memang seorang yang hebat lagi mulia. beruntung lah dapat sentuh tubuh nabi Muhammad.

Reply
avatar
February 16, 2014 at 8:37 AM delete

nice sharing, satu perkongsian yang bermakna... hebatnya beliau, adil dan saksama..

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
February 16, 2014 at 8:43 AM delete

Assalam, tiba2 rasa rindu sangat dengan baginda Rasulullah..

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
February 16, 2014 at 1:36 PM delete

good sharing..perkongsian yang hebat..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
February 16, 2014 at 10:24 PM delete

terima kasih berkongsi...terkesan sungguh puteri membaca kisah ni :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 17, 2014 at 3:43 PM delete

Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling mulia paling handsome, paling cantik paling semuanya ... :')

Reply
avatar
onlajer
AUTHOR
February 17, 2014 at 3:55 PM delete

Tak jemu mendegar dan membaca kisah - kisah nabi jungjungan kita ini

Reply
avatar
ajax85
AUTHOR
February 17, 2014 at 4:42 PM delete

Itulah nabi kita...adakah kita tidak bersyukur

Reply
avatar
ajax85
AUTHOR
February 17, 2014 at 4:43 PM delete

Itulah nabi kita..adakah kita tidak bersyukur

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
February 18, 2014 at 4:36 PM delete

Subhanallah...terkesan di hati..sebak bila baca...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 8, 2016 at 12:02 AM delete

Assalamualaikum..mohon izin utk share ye ..trma kasih atas prkgsian saudra 😊

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon