mselim3.blogspot.com

Blog perkongsian agama, nuffnang, dan join segmen atau contest

...

...

Panduan Doa Ringkas Selepas Solat

berdoa

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

Sesudah selesai solat fardu maupun sunat sunat berdoalah kita mengharap keredhaanNya moga-moga permohonan kita ditunaikan. Hanya kepada Allah SWT tempat kita memohon pertolongan, kuatkan dalam hati dengan penuh pengharapan memohon hajat atau keinginan yang diingini itu. 

doaselepassolat

Maksudnya : 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya . Ya Allah, wahai Tuhan kami , hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah , Ya Tuhan kami ampunilah segala dosa kesalahan dan dosa-dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu-bapa kami serta kasihanilah ibu bapa bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Enkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah Ya Tuhan kami janganlah engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahi kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan kebaikan di dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat , dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat Baginda . Dan segala puji itu tertentu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. 


Sumber : Doa-Doa Selepas Solat
Share this article :
+
Previous
Next Post »
18 Komentar untuk "Panduan Doa Ringkas Selepas Solat "

Aminn..salam hujung minggu MS...

perkongsian yang bermanfaat untuk amalan kita semua.. :D

perkongsian yang bermanfaat untuk amalan kita semua.. :D

Amiin...amalan yg wajar kita rebut, teramat rugi kalau tidak berdoa selepas solat.

Assalamualaikum.. terima kasih berkongsi doa yang berguna ni.. hehe sheila membalas kunjungan kamu dan follow sini ya ~~~

Assalam MSelim3;
Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini..

assalamualaikum sahabatku mselim... alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang indah ni. Bolehlah krole amalkan doa ini nanti... terus save gambar... tq

Alhamdulillah makseh perkongsiannya

terima kasih kongsi doa ni ya Mselim. berguna sangat

Alhamdulillah.. tq for sharing.. mmg tgh nak cari sgt doa ni..

Allahuuuuu...alhamdulillah.. syukran!

cukup simple tp penuh bermakna :)

Cantik :)
bagus di jadikan perkongsian ..moga2 semua mendapat manfaat

aamiin. amalan pembacaan doa yg baus selepas solat. nice sharing mselim

alhamdulilah terima kasih berkongsi ilmunya..seronoknya ^_^

Admin, kita mau menawarkan kerjasama, utk detailnya, bisa baca di http://gudangfashionpria.com/kerjasama
Thx

Alhamdulillah..thanks share mselim!honestly niesa mmg tgh cari maksud doa solat yg mudah ni sbb niesa pnya dh hilang...hehe

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By. Kunci Dunia
Back To Top