Doa Rawatan Penyakit Buasir

Apakah itu penyakit buasir? Buasir atau hermoraid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan disekitarnya membengkak, terasa sakit , perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi dibahagian rektum menyebabkan dinding vena salur darah teregang atau memberi dan membonjol, kekadang boleh pecah terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-Jenis Buasir 

1- Buasir Dalaman 
Lazimnya buasir ini terasa gatal dan sakit kerana ia terletak jauh daripada rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar beoleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah dimangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan ini kerana mungkin darah tersebut datangnya daripada sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2- Buasir Luaran 
Buasir jenis ini yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala seperti sakit, gatal, dan pedih di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah aka terputus) bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadilah buasir adalah sukar untuk dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringgan berbanding dengan yang dahulunya.

3- Punca Penyakit Buasir 
Antara faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat masalah buasir ialah :

1- Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir, buasir ini sebenarnya lazimnya boleh berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara lazimnya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyka tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang berkaki empat.
Disamping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

2- Duduk atau Berdiri Dalam Jangka Masa Yang Terlalu Lama.
Orang yang selalunya duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak datau terkeluar.

3- Masalah Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan tekanan yang kuat untuk membuangnya. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan menyebabkan saluran venus membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman dalam pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

4- Berat Badan Berlebihan
Berat badan berlebihan akan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

5- Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang menbesar.Disamping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ia dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi releks dan memburukkan lagi keadaan ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Sumber : www.anispharmacy.com

Untuk rawatan penyakit buasir ini, kombinasi bacaan doanya ialah :


1- Surah al-Fatihah
surahalfatihah

2- Selawat Syifa
selawatsyifa

3- Selawat Tajrijiyyah
selawattafrijiyyah

4- Doa buasir
doabuasir
Maksudnya : Aku Berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku alamidan aku takuti

Doa Tambahan Jika Penyakit Masih Belum Sembuh :
astaghfirullah
Maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung yang tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup lagi Perkasa, dan aku bertaubat kepadaNya. 

Sumber : Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab
Previous
Next Post »

18 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
February 19, 2014 at 11:23 PM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah... semoga kita dihindarkan dari penyakit2 spt ini, in shaa Allah.. aamiin.. T kasih diatas perkongsian.. :)

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
February 20, 2014 at 1:24 AM delete

Emm mintak jauh la dari buasir ni..aminnn...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 20, 2014 at 9:18 AM delete

sangat bermanfaat.. terima kasih atas perkongsian sedara

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
February 20, 2014 at 11:32 AM delete

assalamualaikum..mselim

terima kasih atas perkongsian ini..

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
February 20, 2014 at 11:59 AM delete

terima kasih untuk perkongsian ini bro mselim..mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari penyakit

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
February 20, 2014 at 2:24 PM delete

terima kasih mselim atas perkongsian..

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
February 20, 2014 at 2:28 PM delete

Assalammualaikum mselim,
terima kasih kongsi..ayah niesa kdg2 ada gak dia terkena buasir ni..bolehla amalkan lepas ni.. :)

Reply
avatar
February 20, 2014 at 4:01 PM delete

Assalammualaikum w.k.t,

terima kasih kongsil ilmu ini ..sangat bermanfaat ,..dan terima kasih doanya

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 20, 2014 at 6:07 PM delete

doa yg bagus utk buasir
moga mereka yg mengamlami mengamalkan doa ni

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
February 20, 2014 at 10:43 PM delete

Thanks for info MS...moga dijauhi..

p/s: kita ada sediakan sedikitartikel untuk menjawab soalan MS dulu. Boleh baca disini ya:
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/02/mengapa-kualiti-backlink-penting-untuk.html

Reply
avatar
onlajer
AUTHOR
February 21, 2014 at 8:51 AM delete

alhamdulilah tidak aku sangka Selawat Tajrijiyyah juga salah satu daripada zikir untuk merawat penyakit buasir

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
February 21, 2014 at 10:46 AM delete

Salam,
Tak pernah alami tapi melihat pengalaman kawan2...kesian sungguh. Semoga ilmu diberi ini dapat menjadi amalan. Tq sahabat.

Reply
avatar
fizalinolie
AUTHOR
February 21, 2014 at 3:37 PM delete

Minta dijauhkan daripada terkena buasir. Namun terima kasih kerana berkongsi info yang baik lagi menarik. Berguna tu.

Reply
avatar
July 4, 2014 at 2:34 PM delete

salam Mselim

Terima kasih...doa juga merupakan usaha

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 29, 2015 at 9:54 PM delete

Penawar buasir di Fb tumbuhan herba mujarab penawar buasir.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 29, 2015 at 9:56 PM delete

Klik Fb tumbuhan herba mujarab penawar buasir.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 9, 2015 at 11:23 AM delete

Kena elakkan diri daripada meneran dan mengangkat benda berat, berat badan berlebihan pun boleh menyebabkan buasir

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 23, 2018 at 11:48 PM delete

Terima kasih atas perkongsian..mohon kebenaran untuk di amalkan..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon