Ciri-Ciri Orang Munafik

munafik

Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

ciriciriorangmunafik

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.


Kredit : Sumber
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Affy Afiqah
AUTHOR
February 22, 2014 at 11:50 PM delete

Ika pernah dengar ceramah di ikim.fm mengenali ciri-ciri orang munafik. Bila baca post mselim ni teringat balik ceramah masa dalam kereta dulu :)

Reply
avatar
Linda
AUTHOR
February 23, 2014 at 12:04 AM delete

semoga dijauhkan drpd mempunyai ciri2 munafik ni kan...nauzubillah...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 23, 2014 at 1:14 AM delete

Assalam MSelim3... semoga kita semua ttp berada diatas landasan yg benar & diberkati... aamiin..

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
February 23, 2014 at 8:03 AM delete

Allahuakhbar...jauhilah umat Mu dari sifat munafik ini...

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
February 23, 2014 at 11:23 PM delete

Mintak dijauhkan daripada termasuk dalam ciri-ciri ini..aminnn..thanks kongsikan..hehe

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
February 25, 2014 at 7:05 AM delete

Semoga Allah lindungi kita dari sifat-sifat munafik..Aminn!!!

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon