Baru-baru ini kita digembarkan dengan pemberian dividen oleh pemegang ASB dengan pemberian dividen untuk tahun 2013 sebanyak 8.7% (dengan dividen 7.7 seunit,bonus 1.0%) yang mana dianggap pemberian dividen yang kompetitif ditengah-tengah ketidakketentuan ekonomi global. Anda boleh semak dividen ASB di website ini <Klik Sini>. Hukum berkenaan dengan "Hukum Pelaburan Dalam ASB,ASN dan seumpamanya" ada 2 pandangan :
1- Pandangan Pertama :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
Sumber : JAKIM
2- Pandangan Kedua :
Pandangan kedua ini mselim3 lebih sukai berbanding dengan dengan pandangan pertama. Pandangan Ustaz Azhar Idrus ini lebih telus, dalam permasalahan dan perselisihan antara halal dan haram ini. Untuk lebih lanjut boleh tonton video utube di atas.
Author by :
mselim3.blogspot.com
15 comments
Write commentsalhamdulilah acik dapat info yang jelas... ASB acik ada buat simpanan juga
ReplyAssalammualaikum. salam singgah. dulu sebelum buat asb ada baca dulu keputusan fatwa ni. tu yang ambil keputusan untuk ambil. apapun good info..
ReplySalam Tuan mselim3, info yang menarik. Perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dalam bidang syariah atau perundangan Islam dianggap satu rahmat kerana disebalik perselisihan pendapat ini telah membawa kepada pertemuan, perbincangan dan perbahasan dia antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat.
ReplyWalau bagaimanapun perbezaan pendapat dalam bidang politik dan akidah lebih cenderung kepada malapetaka serta peperangan saudara umat Islam. Ia mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak diinginkan oleh Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam.
Semoga kita umat Islam khususnya di Malaysia dijauhkan dari malapetaka yang membinasakan. Amiin
Info yang sangat berguna kepada pembaca yg melabur .
ReplySalam mselim3
ReplyBenda ne ahir nye terjawab..dah lame cik cube cari info pasal pelaburan asnb ne...
Dengar juga mengenai pelaburan ASB ini haram kerana sumber pelaburannya yg tidak jelas dan telus. Saya lebih kepada pandangan UAI...ada ragu2 baiklah tak payah.
Replyasb terbaik, risiko hampir takde
Replymemang keliru pada mulanya...ada baca tentang syubhah ini....telah lama buat simpanan di ASB.......
Replyustaz zaharuddin juga lebih mengatakan yg ianya haram..
ReplyTerpulang kepada pilihan masing2. Kalau sudah labur, jangan ragu2 pula
ReplyAssalam MSelim3, Alhamdulillah.. bersamalah kita memikirkannya.. T kasih diatas perkongsian.
Replythanks for sharing,,info yg sgt menarik
Replyjemput follow blog saya
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
betul, daripada jawapan UAI, lebih jelas dan lebih mudah difahami :)
Replygood sharing..
Replyhusna baru je cakap2 pasal pelaburan siang tadi..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon