Pernahkah kita minum air Kopi Luwak (musang). Dimana Kopi Luwak Musang ini sangat terkenal suatu ketika dahulu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
- biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
- biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
Kredit : Jakim
15 comments
Write commentserk..ada lagi ke org minum kopi ni..tak reti rasa geli ke
ReplyAssalammuaalaikum, semga kita sama-sama dihindarkan daripada makanan2 bersifat najis lagi haram. InsyaAllah, banyak lagi pilihan kopi yang ada, terpulang pada kita membuat pilihan kan..
ReplyKopi ni yg dikutip dr najis musang tu kan?? Hehehe
ReplyPerhimpunan 31 Disember 2013 | Bantah Kenaikan Harga Barang Baru Betul | http://www.papablogger.my/2013/12/perhimpunan-31-disember-2013-bantah.html?m=0
erk..dengar nama kopi ni pun buat saya confirm takkan minum
Replyoohh tentang kopi ini ..^_^ acik mmg tak suka minum kopi
Replyeee tgk cari buatan pun kotoq ni nak minum ewww hg bangkai yg xtau hukum najis ja yg minum kppi ni
ReplyAssalam MSelim3, T kasih diatas perkongsian ini, walau bagaimanapun, saya mmg tak teringin lagi lah nak merasa kopi ni.. :) :)
Replyterima kasih bro muslim..
Replysaya pun x terfikir pasai kopi luwak..
sperti kita sedia maklum kopi dihasilkan drpada najis haiwan yg memakan kopi..
good information :)
Biarpun hukumnya harus dan dikatakan sedap, tidak teringin pun nak meminumnya... kembang tekak.
Replypernah dengar juga ni hmmm
Replydan ika memang tak minum apa jenis kopi sekali pun...
pernah tengok dokumentari pasal kopi ni .. rasanya dalam Majalah 3 TV3.
Replygood sharing
ReplyAllahu Rabbi.. nice sharing... keep it up
Replykopi itu sedap tapi kalau bagitaw husna itu kopi najis musang.. sumpah muntah balik.. :(
Replydulu masa belajar di KEPHAL pernah berdebat pasal isu kopi luwak ni.. bru tahu apa itu kopiluwak ... gud info refresh balik apa yg saya belajar dulu >_<
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon