قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.
Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.
[HR: Tirmidzi]
Maka menangislah kerana takut dan takjub akan kebesaran Allah yang telah menciptakan kita semua di dunia ini sebaik-baik kejadian. Tidakkah kita patut berasa syukur banyak-banyak dan mengagungkan Allah swt.
Mata yang menangis kerana takutkan Allah ini adalah jenis yang tidak banyak dimiliki oleh banyak orang. Hanya mereka yang mempunyai hati yang suci bersih daripada segi rohani dan jasmaninya serta diiringi dengan rasa takut kepada Allah swt. Barulah nilai air mata yang mengalir kerana takutkan kebesaran dan keagungan Allah itu besar nilainya disisi Allah.
Menangis kerana takut kepada Allah adalah diantara sifat orang-orang mukmin. Orang yang tidak mampu mengalirkan air mata kerana keEsaan dan KeagunganNya adalah tandanya memiliki hati yang keras. Kerasnya hati manusia itu banyak dipengaruhi oleh sebab banyaknya dosa yang disebabkan bahan makanan daripada sumber yang haram,lupa pada kematian,terlalu panjang angan-angan serta terlalu cintakan dunia. Cinta dunia adalah pangkal segala kekeliruan.
"Sesungguhnya orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan sebelumnya apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah mereka sambil bersujud dan mereka berkata:"Maha Suci Tuhan Kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi." Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ~al-Isra :107-109~
"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah hingga susu kembali ke payudara.
(HR: Tirmizi dan Nasai)
Ada banyak jenis tangisan diantaranya seperti yang disebutkan Yazid, beliau berkata :"Menangis itu ada tujuh macam (7) :
- Menangis kerana bahagia.
- Menangis kerana sedih
- Menangis kerana takut
- Menangis kerana riyak
- Menangis kerana kesakitan
- Menangis kerana syukur
- Menangis kerana takut kepada Allah.
Rasullulah saw bersabda :
"Tidak ada sesuatu yang lebih Allah sukai selain dua titis dan dua jejak , titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah."
(Riwayat Tirmizi)
Jenis mata yang kedua ini yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Iaitu seseorang yang sanggup mengorbankan sisa malamnya hanya semata-mata beribadah mendekatkan diri kepada Allah di mana orang lain sedang nyenyak tidur di perbaringan. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan solat-solat sunat dan zikir-zikir yang dapat melembutkan hati yang keras. Merasakan diri ini adalah sebagai hambaNya yang lemah yang hanya meletakkan harapan semata-mata kepada Allah dan mengharapkan ikhsanNya. Percayalah dan berharaplah bahawa sesungguhnya besarnya dosa kita ini besar lagi pengampunan Allah kepada hambanya. Kita masuk syurga kerana ikhsanNya dan masuk neraka kerana keadilanNya.
Dua mata ini pada hari kiamat yang akan mendapat naungan yang tidak akan ada naungan melainkan naungan Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim disebutkan bahawa ada tujuh (7) golongan manusia yang Allah swt naungi melainkan naunganNya, di antaranya ialah "......seseorang yang mengingat Allah di saat menyendiri lalu kedua matanya menitiskan air mata."
(HR : Bukhari & Muslim)
Kredit : Sumber
Tak termasuk mata yang menangis kerana tengok cerita hindustan dan sinetron :-)
ReplyDeletesuka baca entri ni mselim, alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood sharing...
ReplyDeleteSalam Mselim.. Zam ada terbaca komen Mselim kat blog kak mia sall feed blogspot.. Mcm mn ae nak betulkan feed tu? boleh berikan tunjuk ajar? blog Zam bermasalah lah
ReplyDeleteassalamualaikum mselim.. ilmu Fiza untuk hari Rabu nie.. terima kasih..
ReplyDeleteGood One en. mselim..
ReplyDeletemata niesa sll je bocor nih..kdg2 tgk org menang pun niesa plak yg terharu..whahaha
ReplyDeleteperkongsian yg sngat menarik. thanks ^^
ReplyDeleteAssalammualaikum..farid adam,
ReplyDeletemata menangis hidustan..hehehe..
mselim3
Assalammualaikum...farah,
ReplyDeleteterima kasih suka baca di sini...
mselim3
nilai gadaian untuk terlepas dari api neraka begitu mahal sekali...dua jenis air mata ini sukar sekali untuk diberi...tapi kita perlu usaha..usaha...dan usaha lagi
ReplyDeleteAssalammualaikum...zam ,
ReplyDeletetadi mselim3 dah visit zam dan dah bg link cara nak betulkan... harap2 zam berjaya k..
mselim3
perkongsian yg bermakna
ReplyDeletemoga kita snetiasa menitiskan airmata mengenangkanNya
klo tgk drama sedih, air mata laju je nak turun
berkesan di hati ..
ReplyDeleteSalam mselim3,
ReplyDeleteMata anugerah allah yg tidak terrnilai... Ia perlu di jaga sebaiknya, baik gunanya besar pahalanya tapi salah gunanya, buruk padahnya.
Assalammualaikum Mselim3, insyaallah selepas ini lillahitaala kalau is menagis.
ReplyDeletecuit inti satu.
jgn duk menangis tgok Af sudah la
ReplyDeleteT kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini..
ReplyDeleteutk kita yg susah nak menangis kerana takutkan Allah, kita buat2 menangis dulu. fikirkan tentang Allah, ttg nikmatNya, tentang PemurahNya dll. harapannya suatu hari nnti kita akan betul2 menangis kerana takut dan syukur kita kpd Allah
ReplyDeletePerkongsian yang sangat mengesankan hati. Terima kasih admin.
ReplyDeleteadakalanya tika terlampau ngatuk dan mrnguap pon keluar air mata... ini selingan saja. terima kasih dgn perkongsian yg bagus ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Alhamdulillah.. Ini satu perkongsian yang menarik untuk semua..
ReplyDeleteDosa mata ni, adalah antara dosa yang sukar dielakkan zaman sekarang ni. Sana-sini ada je perkara yang boleh merangsang nafsu. Moga dijauhkan dari api neraka hendaknya.
ReplyDelete