Bacaan Wirid Selepas Solat Fardu

wiridselepassolat

Selepas habis solat fardu janganlah kita terus bangun tetapi berwirid lah dahulu. Paling baik sekali hafalkanlah bacaan wirid selepas solat fardu ini. Jika tidak boleh baca wirid-wirid selepas solat di bawah ini :

wiridselepassolat

Maksudnya : Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan melainkan Dia yang hidup dan berdiri dengan sendiriNya dan aku bertaubat kepadaNya.

wiridselepassolat2
Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNYa kerajaan, bagiNya segala puji. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu.

wiridselepassolat3

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Kami, jauhkanlah kami daripada api neraka.

wiridselepassolat
Maksudnya : Ya Allah Engkau sejahtera dan daripada Engkau kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga negeri yang aman sejahtera bertambah-tambah berkatMu, Tuhan Kami, dan Maha Kuasa. Wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia.
wiridselepassolat5

Maksudnya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

alfatihah

Maksudnya :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani {1} Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam {2} Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani {3} Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) {4} Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.{5} Tunjukilah kami jalan yang lurus.{6} Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.{7}



Maksudnya : Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Baqarah 163) 


Maksudnya : 
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
(Surah A-Baqarah ayat 255) 
surahalimranayat18-19

Maksudnya : 
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. 
(surah al-Imran ayat 18-19)

surahalimranayat26-27


Masudnya : 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(Surah Ali Imran ayat 26-27)


surahalfalaq

surahannas


Maksudnya :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani {1} Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam {2} Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani {3} Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) {4} Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.{5} Tunjukilah kami jalan yang lurus.{6} Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.{7}
(Surah al-Fatihah ayat 1-7)


Wirid13-wiridselepassolatfardu
Maksudnya : Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

subhanallah
Maksudnya : Maha Suci Allah

wiridselepassolat
Maksudnya : Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya.

alhamdulilah
Maksudnya : Segala puji bagi Allah
Maksudnya : Segala puji bagi Allah sekalian alam ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan
Maksudnya : Allah Maha Besar
Maksudnya : Allah Maha Besar, Sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu bagiNya,baginya segala pemerintahan dan bagiNya segala pujian,Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. 

Selepas itu bacalah doa-doa pilihan yang dikehendaki atau yang telah dihafal. Jika tidak hafal, baca doa ini<<<< Klik Sini

Daripada ;
blogger mselim3
sumber rujukan zikir,solat, dan doa-doa harian

26 Comments

  1. Wah...terima kasih krn kongsi mselim.. Lama tak baca yg panjang2 ni..selalu diringkaskan..:)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum mSelim. Semoga kita semua mendapat kebaikan dengan sentiasa mengamalkannya. Amiin..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg baik, insya Allah sama kita amalkan slalu..:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...ilmu yang baik dan bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum MSelim3;
    T kasih atas perkongsian & peringatan ini. Mudah2an kehidupan kita semua bertambah berkat & dirahmati Allah sentiasa... aamiin.

    ReplyDelete
  6. moga dapat diamalkan ilmu dr perkongsian ini InsyaAllah...

    ReplyDelete
  7. Salam Mselim3,

    Kadang tu terkurang daripada yg atas ni...thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. Peringatan yang baik...sama-sama kita jadikan amalan.

    ReplyDelete
  9. betul mselim, apalah salahnya kita duduk seketika selepas solat. Bukan mana lama pun utk berwirid...tetapi ganjarannya amat besar sekali.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum mselim. alhamdullilah. perkongsian yang berguna. semoga semua memanfaatkannya bersama. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. perkongsian yg bermanfaat
    insha allah akan kami amalkan bacaan wirid ni lepas solat

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsiannya ^_^

    ReplyDelete
  14. ilmu yang berguna. simple tapi selalu diabaikan. terima kasih atas peringatan. ESP Shaklee Shake and Take

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...leh amalkan nanti..dulu memang baca semua ni..tapi bila dah lama tak amal...jadi lupa..hari ni, ingtkan balik dengan hafal ayat2 ni..terima kasih bro..hehe

    ReplyDelete
  16. perkongsian yang sangat berguna

    mohon ijin promo dagang saya cikgu .. bisa dikunjungi melalui link berikut ini

    terima kasih atas kesediaannya :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih dia atas wirik lps solat amat berguna kpd yg baru belajar solat/ masuk Islam

    ReplyDelete
  18. Terima kasih sahabat atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat Doa Selepas Solat

    ReplyDelete
  20. terima kasih atas perkongdsian.mohon izin copy

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum.. mohon dikungsi dua nya ya..

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3