Hukum Memegang Kemaluan Dengan Tangan Kanan Tanpa Ada Keuzuran.

Assalammualaikum...wkt, 

Kepada pembaca blog mselim3 dan rakan-rakan blog mselim3 sekian. Hari ini mselim3 ingin berkongsi sikit ilmu melalui pembacaan hukum memegang kemaluan dengan tangan kanan dan bercebuk dengan tangan kanan tanpa ada keuzuran. Sedia mana maklum bahawa sesungguhnya sesuatu yang dilarangkan mesti ada maksud yang tersirat kan. 


Menggunakan tangan kanan dalam urusan buang air besar samada memegang kemaluan atau bercebuk makruh hukumnya. Hal ini ditegaskan seperti hadis yang dipetik :

Makruh Bercebok dan Memegang Kemaluan Dengan Tangan Kanan Tanpa Ada Keuzuran

Dari Abu Qatanah ra dari Rasullulah saw : 
"Jikalau sesorang di antara engkau semua hendak kencing (hadas kecil) maka janganlah sesekali memegang kemaluannya itu dengan tangan kanannya, jangan pula bercebok dengan tangan kanannya dan janganlah seseorang mengambil nafas dalam wadah-ketika minum." 

Maksud tersirat, rasullulah saw sangat menyuruh umat mendahului tangan dalam ada sahaja urusan , kecuali bercebuk dan urusan buang air besar atau qada hajat. Ini kerana rasullulah sangat-sangat menegah kita meniru amalan atau perbuatan syaitan yang makan menggunakan tangan kiri serta banyak mendahulukan tangan kiri dari tangan kanan. 

Makruh disini bukanlah bermaksud sesuatu perkara atau perbuatan itu tidak boleh dibuat tetapi hal ini sangat dibenci dan tidak disukai oleh Allah dan rasullulah saw. 

Walaubagai manapun, jika ada keuzuran seperti tangan kanan tercedera atau patah maka, menggunakan tangan kanan ketika itu adalah boleh dimaafkan atas sebab-sebab mudarat atau sebab kesusahan. Sebagaimana kita tahu bahawa agama islam itu sendiri tidak pernah menyusahkan umatnya. 

Sekian, sahaja perkongsian hari ini daripada mselim3.blogspot . Insaallah kalau ada ilmu pengetahuan baru akan mselim3 kongsikan di blog ini. 

Sumber Rujukan : 

Buku "Riyadhus Shalihin" 
Halaman 1518 Bab 298
Imam Nawawi
Diolah semula mselim3

5 Comments

  1. kdg2 kan minum air pun pegang cawan dgn tangan kiri sbb tangan kanan kotor...hee elok dielakkan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. salam

    Hebatnya ulama dahulu. pelbagai isu agama telah dikaji dan di cari penyelesaian untuk umat sepanjang zaman

    ReplyDelete
  4. bercebok tu maksud dia apa ya? kurang jelas... adakah maknanya pegang cebok?

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3