Cara Solat Sunat Nikah Untuk Pasangan Pengantin Baru


Setiap bangsa atau kaum di muka bumi ini mempunyai amalan tertentu yang diwarisi secara turun-termurun dari nenek moyang mereka. Bangsa melayu tidak terkecuali dari kenyataan ini mengenai adat. Dalam soal nikah kahwin, bangsa melayu mempunyai satu adat yang khusus. 

Sekiranya adat kebiasaan itu agak berlawanan dengan syarak, maka sebaiknya adat itu diketepikan. Lebih-lebih lagi apabila adat itu secara terang-terang melanggar hukum syarak. Oleh kerana kebanyakkan orang melayu di negara ini beragama islam, maka perkara ini perlu diambil perhatian utama. 

Kebiasaannya, setelah selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki dibawa bertemu perempuan yang yang telah sah menjadi isterinya untuk "upacara membatalkan air sembahyang."

Syaitan sentiasa berusaha menghalang orang-orang mukmin menjalin hubungan lelaki dan perempuan secara sah. Apabila halangan syaitan itu berjaya ditempuhi maka sepatutnya kita melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt yang telah memberikan pimpinan dan pertolongan dalam melayari bahtera perkahwinan. Tiada cara terbaik bagi pasangan yang baru melepasi halangan syaitan itu selain menunaikan solat sunat 2 rakaat. Inilah sepatutnya yang menjadi adat istiadat kita setelah selesai upacara akad nikah. 

Bunyi upacara membatal air sembahyang itu sendiri sudah mempunyai tanggapan atau nilai yang tidak baik. Maka baiklah solat sunat nikah ini mengambil alih tempat adat yang tidak elok itu. 

Solat sunat nikah sama caranya dengan solat sunat mutlak dari segi praktikal atau gerak lakunya. Cuma ia dibezakan dengan niatnya, 


Lafaz niatnya solat sunat nikah ialah : 


"Usoli sunata nikahi raka'atani lilahi ta'ala " 

Maksudnya : Sahaja aku solat nikah dua rakaat kerana Allah Taala


Bacaaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah: 

Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas

Apabila selesai mengerjakan solat sunat nikah ini dengan tertib dan sempurna, maka berdoalah kepada Allah swt dengan sebarang doa yang dikehendaki serta mengucapkan syukur kepadaNya, pencipta manusia , iaitu adam dan hawa.  

Sumber Rujukan : 
Buku Himpunan 75 Solat-Solat Sunat 
Diolah semula mselim3

17 Comments

  1. Bagus utk diketahui dan diamalkan oleh bakal2 pengantin! Solat suant sebagai tanda syukur dan berdoalah utk bahagia dlm menempuh alam baru, alam rumahtangga.

    ReplyDelete
  2. nice share bagi pengantin baru yang belum tahu.. :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bermanfaat. jarang orang ambil kisah dalam hal ini

    ReplyDelete
  4. amek taw walaupun tak jadi pengantin dlm masa terdekat...hehee

    ReplyDelete
  5. Assalammualikum...rakan blogger mselim3 kepada terima kasih sudi komen dan visit sini...

    mselim3

    pls: puas mselim3 godek kode html nie x berjaya nak buat reply tiap komen...kekawan.
    Ada siapa boleh tolong mselim3 x?...

    ReplyDelete
  6. nice sharing mselim
    moga jadi panduan buat bakal pengantin

    jemput singgah:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/meh-exchange-link-bersama.html

    ReplyDelete
  7. Info yang sangat berguna, saya minta izin utuk dikongsikan di fuh.my..saya akan backlinkkan ke sini

    ReplyDelete
  8. Bagaimana kalau nikah selepas asar,boleh kah kita mengerjakan solat sunat nikah ...kerana selepas asar antara waktu diharamkan utk solat

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..kiefttansnet,

    jawapannya boleh... solat-solat sunat yang lain yang boleh dilakukan dalam waktu yang diharamkan ialah solat tahyatul masjid,solat jenazah,solat sunat wudhu, solat sunat gerhana matahari dan sebagainya.
    Maksudnya disini solat sunat yang dilakukan itu kerana ada keperluan, dibolehkan sekalipun dilakukan dalam waktu yang dilarang....sekian.

    mselim3

    ReplyDelete
  10. Hehehehe terima kasih mselim :D hikhik

    ReplyDelete
  11. perlu niat imam ke klau kita solat dgn isteri?

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3