Pengertian Zakat Fitrah,Hukumnya dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012

berasuntukzakatfitrah

Zakat terbahagi kepada 2 jenis : 

1- Zakat 'badaniah' ialah zakat tubuh badan atau zakat fitrah . 
2- Zakat 'maliah' ialah zakat harta benda seperti wang, perniagaan, bintang perniagaan dan sebagainya. 

Pengertian Zakat Fitrah 

Jenis zakat ini ialah jenis zakat badaniah yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 

Nabi Saw bersabda menerusi riwayat Ibn Umar : 

"Maksudnya : Rasullulah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin." 

Syarat Wajib Zakat Fitrah 

  • Islam 
  • Merdeka 
  • Mempunyai Harta Lebih daripada keperluan untuk sendiri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

Secara keseluruhannya, waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut : 


1- Harus - iaitu dari malam ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2- Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3- Afdal - iaitu Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat aidilfitri (Solat Sunat Hari Raya). 
4- Haram - Selepas Solat Sunat Aidilfitri. 


  • Golongan Yang Berhak Menerima Zakat

  1. Orang Fakir - Mereka yang tidak berharta,tiada mata pencarian atau mempunyai hasil pendapatan yang tidak sampai separuh daripada keperluan asas. 
  2. Orang Miskin- Mereka yang mempunyai harta tetapi sekadar dapat menampung separuh atau lebih daripada keperluan semasa bagi diri dan tanggungan.
  3. Amil- Pemungut zakat yang ditauliahkan oleh pemerintah.
  4. Muallaf - Mereka yang baru memeluk agama islam.
  5. Hamba Al-Riqab- Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus diri tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.
  6. Mereka Yang Berhutang -Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam
  7. Fi Sabilillah - Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam
  8. Ibn Sabil - Mereka yang kehabisan bekalan untuk meneruskan perjalanan atau musafir atas tujuan yang baik . 
surahtaubahayat60

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2013


  • Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum. Mengikut sukatan atau timbangan sebanyak 2.27 kg bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

NegeriTahun 2012 (RM)Tahun 2013 (RM)
Perlis6.006.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.50
Johor5.00/8.005.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu5.00/7.00/7.60*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak6.506.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00


*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan

Sumber Rujukan :
Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Ismail Kamus
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 17, 2013 at 2:14 PM delete

thanks for sharing :)

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
July 17, 2013 at 2:36 PM delete

zakat fitrah wajib dibuat..dapat bantu orang susah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 17, 2013 at 11:00 PM delete

hmmm... esok baru tergerak hati nak laksanakan perintah ni... insya allah.. rm 7... bukanlah sesuatu yg membebankan... mari sucikan harta... bantu mereka yg memerlukan dan berhak menerimanya...

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
July 18, 2013 at 8:23 AM delete

Salam, terima kasih mselim3. Biasalah...dah masuk pertengahan ramadhan atau ujung2, barulah sibuk nak bayar zakat...hehe.

Satahu sayalah, Bayar zakat selepas solat sunat aidilfitri tidak haram, tapi ianya tidak kira sebagai zakat fitrah, ianya di kira sebagai sedekah sahaja. Wallahualam...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 18, 2013 at 11:42 AM delete

Assalammualikum...sop, tajuk entry salah tapi kadar zakat tahun 2013 betul...

mselim3

pls: sorry atas kesilapan taiping...kepala ingat tahun 2012 lagi...hehehe

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 18, 2013 at 11:57 AM delete

Assalammualaikum...BM,

Memang benar apa yg BM maklumkan .. zakat fitrah yang dibayar selepas solat aidilfitri adalah dikira sedekah...

tp...,
Kita sudah bayar 'sedekah' bukan bayar zakat, seperti yang dituntut dalam rukun islam.\\

Zakat fitrah adalah salah satu daripada rukun islam yang ke 4.
Apabila kita tidak tunaikannya adalah berdosa. Jadi, janganlah melambat2kan pembayaran zakat fitrah, takut terlepas waktu pembayarannya kalau boleh bayar awal-awal..k.

mselim3

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
July 18, 2013 at 3:24 PM delete

salam ramadhan..terima kasih atas perkongsian

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon