Hukum Mendengar Muzik Nasyid?

Realitinya manusia yang memburu hiburan sangup wang demi menikmatinya. Tidak kiralah secara sendirian atau mencari hiburan di luar . 

Barangkali itulah yang Allah maksudkan dalam firman-Nya : 
"Dan ahli-ahli syair itu diminati oleh golongan sesat. Tidakkah engkau melihat mereka mengembara di setiap lembah , dan mereka melafazkan apa-apa yang mereka tidak lakukan." (surah al-Syura 26: ayat 224-226) 

Menurut sejarah , orang Arab Jahiliyah mencintai syair. Syair dan qasidah ini akan diperdengarkan di pasar-pasar dan pentas-pentas hiburan. Meskipun mereka sedar bahawa syair itu hanya cetusan rasa penyair, namun yang penting mereka terhibur. 

Begitu juga nyanyian dan nasyid hari ini ada peminatnya yang tersendiri. Disebabkan minat mereka selalu mendengar malah sanggup mendapatkan CD nyanyian tersebut. 


Evolusi Nasyid 


Perkembangan nasyid bermula sebagai satu aktiviti pelajar sekolah agama. Pelajar yang berbakat dalam nyanyian akan dilatih bernasyid. Liriknya ialah syair-syair dalam buku berkaitan akhlak dan sebagainya. Namun ada juga guru yang kreatif mencipta lirik dan lagu sendiri untuk didendangkan oleh para pelajar. 

Ketika itu, nasyid hanya dikenali dalam kalangan sekolah agama. Terutamanya sewaktu perhimpunan mingguan atau muktabar tahunan. 

Pada tahun 70-an , muncul kumpulan El-Suraya dari Indonesia dan Al-Mizan dari Singapura. Mereka menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan peringatan tentang iman dan takwa. Lagu tersebut kemudiannya dikenali sebagai lagu dakwah. 

Walaupun diminati pada peringkat awal kemunculannya, tetapi akhirnya lagu itu hanya disiarkan di radio atau televisyen sebelum azan dikumandangkan. 

Kemudian pada tahun 80-an nasyid nasyid diperkembangkan oleh kumpulan al-Arqam. Nasyid pada waktu itu dipentaskan atas nama Malam Puisi Islam. lagu-Lagu itu dirakamkan dan jualannya mendapat sambutan. Begitu juga dengan video Malam Puisi Islam yang boleh dibeli dengan mudah. 

Ini menjadi petanda nasyid sudah berada dalam hati umat islam walaupun kurang disiarkan di radio dan televisysen. Malah ramai yang terdidik iman mereka dengan dendangan nasyid tersebut. 



Berikutan sambutan orang ramai terhadap nasyid pada tahun 1996 lahir kumpulan nasyid Raihan dengan album pertamanya puji-pujian. Album ini mendapat liputan luas media. Penjualan albumnya telah mencecah sehingga 600,000 unit. 

Pencapaian kumpulan Raihan yang mengangkat nasyid setaraf dengan lagu hiburan yang lainnya sehingga mendorong wujudnya kumpulan nasyid yang lain seperti Hijjaz dan Rabbani. Hingga kini berpuluh-puluh kumpulan nasyid yang bergerak aktif di pentas hiburan disamping berdakwah. 

Jualan album nasyid masih mendapat sambutan walaupun tidak mampu mengalahkan populariti kumpulan Raihan. Malah apa yang membanggakan mereka mampu menjelajah dunia untuk membawa mesej dakwah dalam hiburan. 


Agar Hiburan Patuh Syariat : 

  • Niat yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak. 
  • Cara berhibur tidak melanggar batas-batas syarak. 
Ulama juga mengariskan syarat tambahan bagi penghibur : 

  1. Berpenampilan pakaian yang sopan dan menutup aurat baik lelaki maupun perempuan. 
  2. Menjaga pergaulan lelaki dan wanita.
  3. Lirik lagu yang dinyanyikan mengajak manusia kepada kebaikan, amal makruf dan nahi mungkar. 
  4. Melodi yang boleh membawa ketenangan jiwa.
  5. Penyanyi menjaga solat dan kesopanan sekaligus disenangi penonton.
Jelas disini, tanpa label nasyid lagu itu boleh diputarkan sepanjang masa. Dengan cara ini, mesej dakwah yang terdapat dalam lirik lagu itu boleh diterima oleh semua orang. Kita perlu sedar bahawa bukan sahaja atas nama nasyid kita boleh berdakwah. Percayalah , kalau semua pihak dapat membawa niat yang baik dan tidak bertentangan dengan syarak maka setiap masa mereka akan mendapat hiburan yang sempurna. Jadi berhiburlah, semoga kita semakin hampir dengan Allah. 

Sumber : 
Majalah Solusi 
Diolah semula mselim3 
oleh Ustad Ahmad Baei Jaafar 
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
July 18, 2013 at 5:20 PM delete

suka mendengar alunan muzik nasyid yang lembut.

Reply
avatar
krole
AUTHOR
July 18, 2013 at 6:12 PM delete

lagu berunsurkan dakwah ini selalu menjadi pilihan krole dalam mendengar muzik, bukannya krole tak minat lagu genre lain...hm... boleh kata krole minat semuanya cuma...bezanya dengan nasyid...nasyid ni indah dan mendalam maksud liriknya, lagipun byk ilmu didalam sebuah lagu nasyid itu...cth dlm lagu kmplan raihan "25rasul" rasanya ramai umat islam di Malaysia mengetahui nama 25 rasul yang wajib diketahui adalah melalui lagu ni...tapi ini semua pendapat krole, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu semuanya dari krole...thanks bro mselim...suka sangat entri ini

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 18, 2013 at 9:18 PM delete

maher zain tu dikategorikan sebagai ape? i mean genre muzik dia?

Reply
avatar
Sop
AUTHOR
July 18, 2013 at 9:59 PM delete

antara kesan ketara kumpulan raihan ialah baju raihan :)
nasyid mmg mendamaikan dengan lirik2 yg mengajar kearah kebaikan dan memuji Allah :)

Reply
avatar
fyna
AUTHOR
July 19, 2013 at 9:54 AM delete

suka dengar lagu nasyid. tenang~

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 22, 2013 at 10:53 AM delete

Assalammualaikum...nurfaezah,

maher zain...genre muzik dia ialah general (umum)sesuai untuk semua lapisan tetapi kebanyakkan peminat2 maher zain lebih mengkategorikan muzik2 nyer lebih kepada nasyid...

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon